07 - Roommate

312 38 36
                                    

"WOAAHHH MACAM MANA KAU BUAT TADI TU?"


'Ah sudah. Macam mana aku boleh tak sedar dia datang ni?' Gempa memandang datar ke arah budak yang berada di depan pintu itu.


'Mata biru. Muka ceria...'


'Kenapa aku macam pernah nampak muka dia ni?'


Budak bermata biru itu terus pergi ke arah Gempa dan memegang bahunya dengan kuat. Matanya dipenuhi dengan perasaan teruja dan ingin tahu.


"Wehhh, bagitahulah aku macam mana kau buat tadi tu," dia mengoncangkan badan Gempa dengan kuat sehingga muncul bintang-bintang di atas kepalanya.


Gempa lantas memegang kedua-dua tangan budak itu dengan kuat untuk menghentikannya. Dia merenung budak itu dengan tajam. Aura gelap mula keluar dari badan Gempa.


"Kau ni siapa pulak sedap-sedap je masuk bilik ni tak ketuk pintu lepastu suka-suka hati je main terjah orang hah?" budak bermata biru itu mula mengecil kerana ketakutan.


"Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak, memang roh aku datang kacau kau balik sampai bila-bila," peluh dingin mula keluar dari budak itu.


"E-e-err, n-nama a-aku T-T-Taufan," katanya. "Masa aku masuk sini tadi aku t-ternampak kau buat apa yang tadi tu— ha apa benda yang kau keluarkan barang tu ha."


'Dah kenapa budak ni tergagap teruk ni ha? Aku ni seram sangat ke?' Gempa menyengetkan kepalanya melihat Taufan yang berpeluh teruk itu.


"Selama ni aku tak pernah nampak ada orang yang guna magic macam tu. Jadi aku...macam curious ha gituu," sambung Taufan. Kemudian dia megelap peluh yang asyik mengalir di dahinya.


"Magic aku guna tadi tu untuk summon barang yang aku dah tetapkan sebelum ni. Lagipun aku sebut re-summon. Kiranya aku seru balik barang-barang tu," jelas Gempa.


"Lagi satu kan, guna magic selain waktu sekolah tak dibenarkan kalau tak silap aku. Sebab tu aku buat cepat-cepat tadi. Nanti kalau kantoi dengan cikgu tak pasal-pasal kena denda free," sambungnya.


"Ah, aku lupa nak perkenalkan diri. Nama aku Gempa," dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Taufan.


Taufan tersenyum lalu menyambut tangan Gempa. "Jadi kau tak boleh ajar aku la ni?" Taufan menelengkan kepalanya.


"Nampak gayanya macam tu lah. Nanti dalam kelas ada la cikgu ajarkan tu," balas Gempa.


"Alaaaaaaaaa."


"Sudah la tu wei. Kau tu baru je sampai sini. Lebih baik kau kemas barang-barang kau dulu lepas tu rehat. Kalau tak silap aku malam ni ada taklimat tentang aturcara aktiviti esok," kata Gempa sambil menyusun harta-harta yang baru dikeluarkannya tadi.

The Lost Princes | BBB |Where stories live. Discover now