✨Bab 54✨

571 86 18
                                    

Felia tersenyum puas sebaik sahaja gaun pengantin yang ditempahnya tempoh hari sudah pun selamat sampai di rumah. Dia tidak bercadang langsung untuk menempah di butik yang ada di sini. Dia lebih gemar berunding melalui atas talian sama ada panggilan video atau panggilan biasa. Felia sendiri pun tidak pasti sebabnya. Padahal jika berbincang mengenai hari bahagia, sudah pasti lebih puas jika dapat bersemuka dengan perancang perkahwinan dan pereka gaunnya.

Semakin hari, Felia semakin tidak sabar mahu memberikan kejutan kepada Jungkook. Pasti lelaki itu cukup terkejut dengan apa yang berlaku di rumah ini terutama sekali rekaan dan susunan perabot. Puas dia mengupah pereka hiasan dalaman untuk menukar kedudukan perabot dan menggantikan mana yang perlu. Felia ubah suai mengikut citarasanya tanpa ada rasa bersalah walau sedikit pun. Sedangkan nama dan tanah di rumah ini jelas sekali bukan atas namanya.

"Tak kisahlah orang nak cakap apa sekalipun. Yang penting, aku suka." Bibir tersenyum. Wajahnya yang cantik itu mula tersenyum apabila teringatkan rancangan yang bakal berjalan dengan lancar nanti. Masih berbaki lebih sebulan lagi sebelum Jungkook pula. Tidak mengapa jika membuat persiapan awal. Tiada yang salah. Malah, lebih memudahkan.

Felia menarik nafas panjang. Sekali lagi buat kali yang terakhir dipandang gaun pengantinnya yang tergantung elok bersebelahan dengan sut pengantin Jungkook. Sut yang memang ditempah juga mengikut seleranya. Dia tidak mahu menggunakan apa yang ada kerana dia tahu ianya ada kena-mengena dengan Min Young.

Felia tidak suka, malah semakin hari hatinya semakin benci jika terbayangkan wajah sahabatnya itu. Entah kenapa, dia sendiri tidak pasti.

Pintu bilik ditarik dan dikatup rapat. Kaki mula diatur menuju ke tangga untuk ke tingkat bawah. Rumah Jungkook sudah digayakan seperti rumahnya sendiri. Tiada langsung rasa segan atau serba salah menggunakan semua peralatan yang ada di rumah ini dan meletakkan barang-barangnya di rumah ini.

Rumah bakal suami kononnya.

Ding dong! Ding dong!

Mata Felia terus menangkap pintu rumah. Jantungnya agak berdegup kencang kerana selama dia berada di sini, tidak pernah ada satu hari pun loceng rumah dibunyikan. Tetapi kali ini tiba-tiba sahaja berbunyi.

"Siapa pula ni?"

Felia melangkah perlahan-lahan. Skrin monitor yang terpamer pada sebelah pintu dipandang lama. Susuk tubuh seorang wanita yang agak kabur pada pandangan matanya. Kurang jelas dan gagal dikenal pasti kerana tubuh itu membelakangkan kamera monitor. Dengan jaket labuh panjang, agak sukar untuk Felia mengenal pasti. Tetapi dia positif.

"Jiran agaknya." Felia terus menuju ke pintu rumah dan menguak sedikit sahaja daun pintu.

"Ya? Ada apa?"

"Dah selesai buang semua benda yang ada dekat dalam rumah ni? Kenapa tak buang je bumbung rumah sekali? Hmm?"

"Min.. Min Young..."


*****

Susah nak habiskan cerita ni sebab macam2 jenis jalan cerita ada gahahaahaha. Minta2lah jalan cerita yang saya pilih ni paling buat awak semua tak tidur malam memikirkannya. 

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now