Dua puluh satu

1.4K 212 481
                                    

"Akh, perlahan sikit.." Changbin meringis apabila Chan mengubati luka yang ada di pipinya.

"Kenapa abang Riz boleh jadi macam ni?" tanya Chan hairan, Changbin menjeling adiknya dengan tajam.

"Sebab kaulah!"

Tuk!

"Bertuah punya budak, hei kira untung Ayyan nak ubatkan kau. Yang kau nak marah dia kenapa?" marah Jeongin, Changbin mencebik kerana diketuk dengan pengaru belakang badan Jeongin lagi. Sang nenek memang takkan pernah membela dia, ingin rasanya Changbin menggunakan pintu ajaib Doraemon untuk pergi ke tempat sunyi dengan membawa diri serta hati yang terluka.

Tapi dia sedar dia itu Changbin bukan Nobita.

"Kenapa Mirah pergi pukul Riz? Sampai kemik pan kakak ipar Mirah ni." tanya Yongbok kepada Minho pula, hampir semput dirinya tatkala membuka pintu rumah dan melihat Changbin sedang dijadikan seperti punching bag oleh Minho.

Minho melirik pan yang agak kemik itu sebentar sebelum menjawab.

"Riz cakap bebukan kat Ayyan." katanya. Wajah Changbin terus memucat, dia sedaya upaya menghindarkan daripada memandang wajah Jeongin.

"Kau cakap apa kat Ayyan?!"

"T-T-Takde apa-apa!"

"Tipu, dia cakap.." Minho berbisik kepada Jeongin, mata Jeongin terjegil.

Baru dia ingin membuka mulut tubuh Changbin telah hilang dari pandangan.

"KAU NAK KE MANA, BUDAK BERTUAH?!"

"ARGGHH NENEK DAH JADI MONSTER!" jerit Changbin sambil menyorok di belakang Jisung yang  baru pulang dari tempat kerja. Dahi Jisung berkerut.

"Yah.. Tolong Riz, yah.."

"Kenapaー AKH ADUH KENAPA MAK PUKUL ROSLI NI? PAKAI PAN PULA TU ADUH ADUH!" Jisung cuba mengelak serangan "maut" Jeongin, Changbin ketawakan ayahnya namun Jisung dengan cepat menyorok di belakang Changbin.

Buk

Buk

"AKH AYAH, KENAPA AYAH NYOROK BELAKANG RIZ PULA NI? ADUH NEK, SAKIT!!"

Minho merakam kejadian itu untuk dijadikan kenangan indah, Yongbok menghembus nafas sambil menutup mata Chan.

"Atok, kenapa ayah dengan abang Riz menjerit?" tanya Chan.

"Cintaku dah jadi hulk, cu.."

Jeongin menghentikan pukulannya pada Changbin, dia menoleh kearah Yongbok dan masa itu dimanfaatkan dengan baik oleh Jisung dan Changbin untuk lari dari situ.

Yongbok menelan air liur, adakah Jeongin mendengar kata-katanya tadi?

"SIAPA YANG JADI HULK HAH?!"

"C-CINTA DENGAR KE ABANG CAKAP APA TADI?!"

"EH TAKLAH, TAK DENGAR!"

"HUARGHH MAAF CINTA! MAAF ANDAI KAU TERLUKA MAAF KU TAK SENGAJA!" Yongbok berlari keluar rumah agar nyawanya selamat daripada seksaan Jeongin.

"Abah, kenapa abah lari ni?!" tanya Jisung yang terkejut melihat ayahnya tiba-tiba ada di sebelah.

"Cinta dengar abah panggil dia hulk."

Jisung terus ketawa besar.

"Habislah abah kena tidur luar malam ni hahahaha!!"

"Atuk, ayah! Nenek ada kat belakang!" jerit Changbin. Mereka berdua menoleh ke belakang dan melihat Seungmin dan Jeongin sedang mengejar mereka dengan menggunakan motorsikal.

Han FamilyWhere stories live. Discover now