Bab32(bantuan)

1.1K 111 42
                                    

Ok... Author dah rehat lama dh.. Jadi jom sambungs..

"BDuM!"

"Ergh!"

Ringis Ray yang tersandar di dinding gudang itu akibat pukulan yang kuat diberikan oleh Boboiboy memandangnya tajam bagi menopengkan mukanya yang sudah tiada daya lagi untuk terus berlawan. Ray seakan tahu perkara itu mula menggariskan senyuman. Dia berhajat untuk membalas serangan boboiboy namun tubuhnya tidak mengizinkan lalu rebah dalam keadaan berlutut seiring tanganya yang menampung beratnya.

"Sudahlah uncle... Hentikan semua ni! Uncle takkan bahagia kalau uncle lakukan semua ni..." Boboiboy mula menyuarakan hasrat hatinya setelah lama berkeinginan untuk berkata sebegitu. Ray memandangnya sekilas menunjukkan bahawa dia merespon soalan boboiboy.

Perlahan lahan dia mula mendirikan tubuhnya bagi membentuk kekeduanya semula.

"Kau ingat senang senang je aku nak merelakan dendam aku ni pergi macam tu je.... Setelah 16 aku menyusun strategi aku? Huh... Dalam mimpi!" nyaringnya. Boboiboy hanya terdiam, baginya ada benar juga pernyataannya.. Meskipun begitu.. Ia adalah salah, kerana berdendam di atas benda kecil yang dibuat oleh dirinya sendiri.

"Haih, macam mana aku nak sedarkan dia ni.. Ergh! Kenapa dengan mata aku ni?!" desisnya hairan kerana matanya yang terang berubah menjadi kekaburan. Dia dapat merasakan bahawa kepalanya sudah menjadi pening lalat. Kalau dia sedang di MATA lagi, mesti dia sudah rebah dalam separuh sedar tetapi dia harus menunjukkan yang dia kuat... Ya, kuat untuk melawan Ray seorang diri.

"Ish, macam mana aku nak tolong anak aku ni... Kalau aku mechanize dengan mechabot. Alat tu dekat poket seluar aku... Macam mana nak ambil ni.. Dahla pegangan robot ni terlampau kuat.. Tch! Fikir Amato.. Fikir.." rancangnya yang mengeluarkan persoalan bertalu talu.

Namun ia mendapatkan satu idea membuatkan dia tersenyum sendiri dan berharap idea itu akan berjaya. Dia memandang mechabot sekadar memberi isyarat bahawa mereka akan ambil risiko. Mechabot hanya menjongket kening robotnya menandakan dia was was untuk melakukan perancangan Amato itu tetapi apabila dia melihat riak wajah Amato yang menyakinkan itu dia hanya menurutinya.

❣︵✦✧✧✧✧✦︵❣

"Err... Kat mana silap dia ni ye.. Kat sini ke? YES! Berjaya!" soraknya apabila wayar yang menyalurkan gas beracun itu terputus lalu cepat cepat dia membuka pintu dan menuju pada Afina.

"Aunty! Aunty okay ke?" cemas Ali yang mengimbangi posisi duduk Afina manakala yang lain masih tidak sedarkan diri

"Ergh! Apa yang dah jadi?" Alicia bertanya dengan tangannya menyentuh kepalanya sebaik sahaja tersedar dari pembaringannya. Mungkin bau gas itu amat kuat dan memberi kesan kepada penghidunya.

"Korang kena gas tidur tadi.. Lepastu di masukkan ke dalam ni... Mujur aku sempat selamatkan korang kalau tak lagi 30 saat korang akan mati." terangnya dan menunduk pada ayat akhir. Afina mengariskan senyum perlahan. Bangga akan kejayaan anak buahnya yang berjaya menyelamatkan mereka semua.

Dia memeluk Ali sambil mengucup dahinya. Ali seakan terkelu dengan perbuatan Afina itu seperti mamanya pernah melakukan perkara yang sama terhadapnya sewaktu dia mahu mengalahkan Niki.

'Bbzzzzztt' bunyi gegaran terhasil pada poket seluar Afina yang memakai baju kulit serba hitam bersama hijabnya. Dia menyeluk sang pembuat gegaran itu untuk dijawab. Rupa - rupanya itu adalah alat komunikasi mereka yang kedua apabila alat komunikasi pertama mereka dirampas.

Memang tidak dinafikan lagi bahawa mereka semua telah memasang langkah berjaga jaga sekiranya perkara begini berlaku.

"Afina, status!" Ejen Dayang memangil.

Get well soon boboiboyWhere stories live. Discover now