Dua puluh empat

1.6K 200 523
                                    

Warning, chap ni agak hambar. Kot lah.

"Halim Seungmin Han!"

Brak!

Jisung menghempas meja makan secara mengejut, Seungmin yang duduk di sebelahnya hanya diam. Tidak terkejut dengan tindakan itu kerana mungkin sudah terbiasa.

"Kau nak apa?" tanya Seungmin. Di dalam rumah itu hanya terdapat mereka berdua sahaja pada petang itu.

"Kenapa kau tak baca buku tu lagi?" tanya Jisung serius.

"Buku mana?"

"Buku akulah!"

"Perlu ke?"

"Perlu!"

"K." balas Seungmin sebelum menyambung makan maggi, Jisung bercekak pinggang. Dia merampas mangkuk maggi Seungmin.

"Oi, maggi aku!" marah Seungmin.

"Dengar cakap aku atau aku habiskan maggi kau!" ugut Jisung. Seungmin memutarkan mata.

"Takutnya aku dengan ugutan tu." sindirnya. Jisung dengan penuh rasa tak bersalah memasukkan semua mee segera itu ke dalam mulutnya.

Mata Seungmin terbeliak.

"BAPAK AH, TAKYAH MAKAN BEBETUL LAH ANJAY!" jerit Seungmin.

"Tu lagi tak nak dengar cakap aku." ujar Jisung setelah menelan maggi, Seungmin mendengus. Kenapa dalam banyak-banyak manusia, Jisung juga yang terpilih untuk menjadi abang Seungmin?

Situasi ini membuatkan Seungmin terfikir untuk menjual abangnya di dark web. Jika ada yang berminat boleh mesej Seungmin secara pribadi tapi dengan syarat Jisung tidak boleh dikembalikan semula kepada Seungmin jika pelanggan tidak berpuas hati.

"Seungmin, dengar sini adikku. Aku sebagai abang kau cuma nak kau hidup bahagia sebab tu aku bagi kau buku tu secara percuma."

"Buku kau tak boleh pakai, semua tak jalan." balas Seungmin.

"Dik, kita kena usaha beribu kali baru berjaya."

"Malas."

Telefon Seungmin berbunyi semasa mereka berbual.

"Hello." ujar Seungmin.

"HALIM!!!"

Seungmin menjauhkan telefon itu daripada telinga tatkala Hyunjin menggunakan sepenuh tenaga untuk memanggil namanya.

"Kak, takyah jerit-jerit. Aku belum pekak."

"Sorry sorry, tapi ni penting gila. Sumpah penting!"

"Apa?"

"Mirah ada dalam kedai bunga dengan budak laki tu! Oh gosh, macam mana kalau budak tu nak lamar Mirah?! Jadi duda nanti kau, Lim!" ujar Hyunjin sambil menjadi batu api. Seungmin terdiam selama beberapa saat.

"Lim? Oi, Lim. Kau hidup lagi ke tak?"

"Share location." kata Seungmin.

"Okey, Lim. Nanti akak hantar, ingat jangan biarkan budak tu dapat Mirah. Han family takkan lengkap tanpa dia walaupun perangai dia macam pengikut abdi Abuja."

Selesai memburukkan adik ipar, Hyunjin mematikan panggilan mereka. Seungmin lantas berdiri apabila Hyunjin sudah menghantar lokasi itu.

Han FamilyWhere stories live. Discover now