2009 part 1

233 9 0
                                        

Lebih satu juta rakyat menunggu kapal terbang Azlan dari Perth ke Wijayapura.

Melalui Facebook, Azlan memberitahu followers, "Saya akan pulang ke Wijayapura, dan kembali berkhidmat untuk rakyat Gelanggayu", yang dishare lebih 1 juta share di Facebook.

Sejak peristiwa Azlan ditembak pada demonstrasi tahun 2007, Azlan dilihat sebagai hero rakyat yang menentang kezaliman.

"Selamat pulang ke tanah air," kata Ali sambil menepuk bahu Azlan. Beberapa ahli Ayam Hitam juga bersama Azlan dan menjaga keselamatan Azlan dengan memegang rifle.

"Mer, Jess, Jugra, duduk belakang," kata Ali, yang kemudiannya memandu keretanya. Azlan melambai-lambai ke arah rakyat yang dah menunggunya sejak awal pagi ini.

Di flyover highway dari lapangan terbang ke pusat bandaraya, ada sepanduk berwarna hitam tulisan putih yang tertulis, "Kami Rakyat Gelanggayu Kenang Jasa Baik Azlan Muhammad Niat!" dan di satu lagi flyover tergantung sepanduk, juga berwarna hitam tulisan putih, "Allah Lanjutkan Usia Azlan Muhammad Niat!"

Di tepi sepanjang jalan, kiri-kanan semua dipenuhi oleh rakyat yang mahu melihat Azlan dengan lebih dekat.

Disebabkan faktor keselamatan, Azlan tidak dibenarkan buka tingkap, dan cermin tingkapnya kalis peluru.

"Ramainya peminat daddy!" kata Jugra yang terkejut melihat ayahnya yang tak ubah seperti seorang rock star.

"Daddy kau ni, People's Champion, Jugra," kata Merlina.

--

Azlan

Di sepanjang perjalanan, aku nampak ada banyak bangunan berlubang, bangunan runtuh dan kehancuran di sana sini.

Perang dah berakhir, tapi kesan kehancurannya mula kelihatan.

Hati aku rasa hiba, tapi pembinaan semula harus dilakukan.

"Kau rasa Gelanggayu boleh ke bangun balik dari kehancuran ni?" tanya Merlina.
"Jerman dengan Ryukyu lepas 1945 boleh je."
"Tu dorang. Kita orang Melayu ni asyik berebut kuasa je."
"Aku akan pastikan orang Melayu kita tidak akan bergaduh sesama sendiri berebut kuasa sahaja. Ini janji aku."

"Daddy, kita nak pergi mana ni?" tanya Jugra.
"Nak jumpa mommy. Jugra rindu kat mommy kan?" kata aku.
"Mommy kan dah mati? Macam mana nak jumpa dia?"

Merlina pandang Jugra, kemudian dia pandang aku.

"Kita pergi kubur dia, sayang."
"Ye lah tapi mommy dalam kubur, mana boleh bercakap."

Merlina terus senyap, dah tak nak cakap apa.

"Jugra tak rindu mommy ke?" tanya aku.
"Rindu, tapi kita semua kan akan mati. Daddy pun akan mati, aunty Mer pun akan mati, Uncle Ali pun akan mati, aunty Jessie pun akan mati, Jugra pun akan mati. Mati itu pasti, jadi buat apa kita nak sedih?"

"Tapi tanggungjawab Jugra sebagai seorang anak untuk doakan mommy," kata Merlina.
"Oohh, macam ustaz Bakar cakap alam kubur ya? Faham, faham."

--

Kami berempat tiba di tanah perkuburan keluarga al-Daulah. Kubur Tengku Ariffin dan Mina berada di sebelah menyebelah, jadi aku bentang tikar sambil kami bertiga membaca Yasin kepada kedua-duanya.

Alhamdulillah, berkat Jugra belajar mengaji dengan Pak Jamil, dia dah boleh baca Yasin dengan lancar.

"Darjah berapa si Jugra ni?" Ali berbisik kepada aku.
"Darjah tiga."
"Pandai dia baca Yasin."
"Tiap-tiap malam Jumaat dia bacakan Yasin untuk mommy dia. Pak Jamil ajar dia mengaji sampai khatam kat sana."
"Anak kau ni terang hati, Lan."

Sidang Dewan part 2Donde viven las historias. Descúbrelo ahora