08 - Hari Pertama

245 23 19
                                    

Skip time ke hari esok ditaja oleh kemalasan diri sendiri


Gempa, Taufan, Hali serta pelajar-pelajar lain mula bergerak ke dewan perhimpunan. Suasana pada ketika itu riuh dengan pelbagai ragam, bebelan serta rungutan daripada manusia dan makhluk-makhluk yang ada.


"Gempaaaa."


"Gempa, aku tengah panggil kau ni. Jangan la palau aku," rengek Taufan.


"Iya, aku dengar ni. Kau nak apa," jawab Gempa dengan malas.


"Gempaaaaaaaaaaaaaa—"


"Kau ni dah kenapa?" tanya Hali yang dah mula rimas.


"Kenapa kita kena pergi perhimpunan awal sangat? Baru pukul 6:30 wei..." balas Taufan.


Hali berfikir sejenak. "Bila kau cakap macam tu, ada betulnya jugak. Sepatutnya perhimpunan mula pukul 7:30 tapi semalam cikgu suruh semua orang datang dewan sebelum 6:40. Kenapa eh?"


"Kalau tak silap aku lah kan semalam. Aku macam ada terdengar yang hari ni ada tetamu istimewa datang. Tapi aku tak pasti lah betul ke tak," kata Gempa. Mereka masih meneruskan perjalanan sehingga sampai ke dewan.


"Kot-kot pun ye lah ada tetamu nak datang, tak payah lah suruh kita masuk dewan sejam awal. Aku mengantuk ni," Taufan yang pada mulanya berdiri terus duduk di atas lantai dewan.


Gempa hanya mengangkat bahunya. Suasana riuh di dewan itu lebih menarik daripada melihat Taufan yang sedang merengek di atas lantai. Gempa pun berkeliaran di sekitar dewan itu untuk mengambil nafas sekejap. Sedang dia berjalan sambil menghirup udara,  dia melihat pelbagai ragam dan kerenah pelajar-pelajar di situ. Tidak kira senior atau junior, dua kali lima sahaja dia nampak. Tak ada beza pun.


Tiba-tiba Gempa terdengar suatu perbualan menarik yang membuatkannya berhenti berjalan sebentar.


"Aku dengar yang Raja Azkarel nak datang hari ni. Sebab tu kita kena masuk dewan awal."


"Kau serius lah?"


"Iya, semalam aku ada dengar dari cikgu."


"Raja Azkarel? Siapa tu?" tanya Gempa yang kebetulan berada berhampiran dengan dua budak perempuan yang bergosip tu.


"Kau tak kenal Raja Azkarel? Kau duduk dalam hutan ke apa ni?" soal balik salah seorang perempuan itu kepada Gempa.


"Err...hehe. Aku tak berapa ambik tahu sangat pasal bab-bab ni," balas Gempa sambil menggaru kepalanya.


'Agak-agak kalau aku bagitahu diorang yang aku memang tinggal dekat hutan, mesti kena gelak punya,' bisiknya.


"Kalau kau nak tahu, dia tu raja ke-61 dan raja yang paling berpengaruh dalam kerajaan ni."


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 08, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Lost Princes | BBB |Where stories live. Discover now