Bab 14

3.1K 208 3
                                    

Perut yang sudah berbunyi, dipeluknya rapat. Senak dan pedih. Sudah dua hari dia merasakan sakit itu disebabkan hampir setiap hari dia hanya menjamu mi segera sebagai pengalas perut.

Nak makan nasi? Duit simpanannya sudah pun habis. Miskin. Yurp, untuk kali ini dia benar-benar diisytiharkan muflis.

"Lapar.."rengekan kecilnya kedengaran.

Malam itu dia tidak dapat untuk pejam mata. Tiap kali dia mahu terlelap pasti perutnya yang sakit akan berkeroncong dan terkadang juga menusuk. Dia cuba untuk lupakan namun tak mampu. Akhirnya, dia hanya mampu merintih.

Setelah hampir beberapa minit berperang dengan perutnya, Daniel ambil keputusan untuk bangkit daripada tidur. Langkahnya sudah diatur menuju ke luar dari bilik.

Keluar saja dari bilik, batang hidungnya menangkap bau nasi goreng yang datang dari tingkat bawah. Tak membuang masa, Daniel perlahan menuruni tangga. Sambil itu, dia membayangkan kenikmatan rasa nasi goreng tersebut.

Inilah manusia. Apabila rezeki yang dulunya banyak langsung diabaikan namun apabila Tuhan uji sedikit dengan dugaan, baru tahu nikmat nya bersyukur dengan rezeki yang ada sekarang.

Tiba sahaja di ruang makan, kelihatan beberapa bekas makanan berada di dalam plastik. Daniel yang masih termangu sudah mengurut kecil perut nya. Termasuk kali ini, sudah lebih tiga kali dia meneguk air liur.

Dia lihat wap yang keluar dari salah satu bekas polisterina yang terbuka. Jelas telur mata terpampang depan matanya dan hal itu jelas sekali memancing selera Daniel ketika ini.

Kerana rasa lapar yang menghurung diri, Daniel pantas saja menyambar nasi goreng tersebut. Langsung tak terlintas akan pemilik makanan tersebut. Yang penting, perutnya yang lapar sudahpun terisi. Itu sudah memadai.

"C*laka!"

Terkedu Daniel tatkala suara lantang itu menyapa halwa pendengarannya dari arah belakang. Apabipa dipusingkan kepalanya, dilihat figur Syazwan yang sudah berang mencerlung ke arahnya.

"Sat, Wan. A-aku boleh jelaskan.." Daniel sudah berundur. Entah kenapa, gentar suaranya apabila melihat raut singa temannya itu.

"Kau dah kedana sangat ke sampai nasi aku pun kau nak kebas?! Huh!! Kalau dah tak ada duit, jangan kau nak mencuri pula, s*al!" bukan setakat amarahnya dilontar malah panggilan hina juga diberi.

Daniel kelu. Hanya kerana nasi goreng, teman akrabnya sanggup menghina dia begitu?! Apa sangat harga nasi goreng itu jika nak dibandingkan dengan nilai persahabatan mereka?

Apabila mendengar suasana bingit dari bawah, Zuhair dan juga Amirul turut sama turun ke bawah. Masing-masing sudah tercegat berdiri di belakang Syazwan.

"Kenapa ni Wan? Dani?" soal Zuhair cuba untuk cari punca.

"Si tak guna ni hah! Dah kebulur sangat sampai makanan aku pun nak kebas." kasar, Syazwan berkata.

Daniel juga sudah naik hangin namun cuba ditahannya. Dia perlu sedar diri yang ketika ini dia hanyalah penumpang di rumah ini. Kalau dia bersuara pasti dia sudah dihalau.

"Sudah-sudahlah tu, Wan. Makanan aje pun. Nanti kau belilah lain." Amirul bersuara. Berdiri di pihak Daniel.

Namun, Syazwan hanya berdecit sinis. Atas bawah Daniel diperhatinya. Sekali pandang, rakannya itu tak ubah seperti pengemis. Dengan jambangnya yang agak tebal. Sekilas pandang, memang orang takkan kenal.

Pasti orang fikir si penjual karpet rumah ke rumah. Jahat!

"Tak sabar aku nak tengok dia keluar dari sini!" tak cukup itu, topik lain pula dibukanya.

Dia PerempuankuWhere stories live. Discover now