Bab 5

1.4K 144 13
                                    

KUKU jari digigit. Bahang di mukanya makin menjadi jadi. Nafas ditarik dan dihembuskan berulang kali. Kaki tidak berhenti henti menggeser rumput di tanah. 'sabar Ayra, kau bukan seorang yang gelojoh'

Farhan menguak rambutnya di tengah tengah padang itu. Ayra terduduk. Mujur ada kerusi di sediakan disitu. Pipi ditampar sendiri. Cuba menyedarkan diri dari 'mimpi' yang terasa nyata ini.

"Gosh, he's hot!"

"Damn, Farhan Khairi hit different!"

"Farhan single tak?"

"Idris ke Farhan eh? Hmm, dua dua pun bolehlah"

Bisikan bisikan para gadis ditepi itu membuatkan dia meluat. Kemudian di bersandar semula.

"Kenapa dengan kau ni Ayra. Cair ke? Hei! Keluar kau syaitan. Keluar kau" dada di tepuk tepuk.

"Apa tepuk dada sendiri ni. Sakitlah nanti" lengannya ditarik oleh Farhan yang entah dari mana datangnya. Menyedari akan kehadiran Farhan di disitu, kepala dikalihkan ke belakang. Gadia gadis tadi sudah tercebik cebik. Ayra menyengih.

"Dah kenapa pula... tersengih sengih ni. Seramlah Ayra!" Farhan mengerutkan dahinya. Haih, apa apa ajelah yang bermain difikiran gadis itu.

"Tak ada apa apa. Adik adik saya mana?" Badan Farhan ditolak ke tepi. Aiman dan Aniq yang sedang berehat di tepi padang tidak jauh darinya dituju. Senyumnya melebar.

"Ceh, ada ke di tolaknya aku! Sampai hati..." Farhan merungut perlahan. Tinggal satu lagi pusingan dan permainan bakal tamat. Ayra diam duduk dikerusi yang di sediakan khas berdekatan dengan pemain pemain lain.

Kerusi yang diduduki Ayra tadi didudukinya. Air mineral diteguk rakus. Wajah ceria Ayra bersama adik adiknya terbias. Farhan senyum sendiri. Retina mata mula menangkap pandangan pandangan liar yang tidak berhenti dari memerhatinya.

Rimas dengan usikan usikan mereka. Walaupun bercakap sesama mereka, tapi cukup untuk sampai ke gegendang telinganya.

'Tu girlfriend dia ke?'

'Farhan mana main couple couple ni. Aku rasa tu skandal dia!'

Farhan mengerutkan dahinya. Wait a minute...apa beza skandal dengan couple? Sama sama haram aje!

Dengan malas dia berpaling ke arah tiga orang gadis dibelakangnya. Menyedari akan balasan pandangan dari Farhan, terus mereka tersengih sengih dan menjerit suka!

Farhan berpaling semula kehadapan. Dia menayang wajah tidak senang. Haih, perempuan zaman sekarang sudah hilang malunya. Baju ketat yang menyerlahkan segala aset itu benar benar buat dia rasa mahu sedekahkan telekung. Haa, kan labuh tu! HAHAHAH.

•••

Gabungan tenaga antara Farhan dan pasukan Astana Courts itu berjaya menggemparkan mereka semua dengan mata tertinggi dibandingkan dengan pasukan lawan.

Aiman dan Aniq bergerak mendekati pasukan lawan mereka. Salah dihulur, tapi di balas dengan tamparan diperut.

"Aduh!" Aniq mengaduh.

"Nice game. Aku suka. It's fun! Jarang nak jumpa team macam korang. Great job!" Danish, ketua kumpulan Srikandi Warrior menyapa. Kagum dengan skil dan kelincahan mereka dalam permainan tadi. Dia sendiri bingung bagaimana hendak mengawal pasukannya. Mereka terlalu...unexpected!

Aiman dan Aniq berpandangan sesama sendiri. Mereka tersenyum tipis. Ingat nak cari gaduh tadi. Fuh!

"Tak adalah. Kami biasa biasa je. Tapi, betullah. Nice game! Korang semua pun bagus juga. Pandai kau train team kau" bahu Danish ditepuk. Kemudian datang pemain pemain yang lain. Menyalam dan menyapa satu sama lain.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now