Tags

52 4 13
                                    

Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan Syawal guys.

Cuti sekolah acane? Korang orite tak masa pdpr?

Okok balik kat tajuk tadi...

So, based on nama buku ni 'Randomness', memang dalam ni semua akan wujud content-content yang...random(?) ha betul la kan?

Pada kesempatan kali ni (bukan kesempatan aku rasa ;-;)  aku telah ditag dan diberi dare oleh Author_Zi  

So yea...50 facts tentang aku...weh banyaknye lahaiiii

Erm...ok let's go!


Facts About Me:

1. Aku suka tidur— kalau boleh tiap-tiap masa aku nak tidur

2. Aku boleh tidur kat mana-mana tempat (kadang-kadang masa tengah berdiri pun boleh ༎ຶ‿༎ຶ)

3. Seorang introvert

4. A multifandom person

5. Kartun Malaysia fav aku: Boboiboy, The Amazing Awang Khenit, Kacang, Keluang Man (legend woo) andd banyak lagi, tapi yang ni top fav aku

6. Anime fav aku...banyak sangat ni— tapi currently maybe Yowamushi Pedal, Jujutsu Kaisen, Boku no Hero Academia dengan Demon Slayer

7. All-time fav still tak dapat ditentukan sebab— susah nak pilih HAHAHAHAHAHA

8. Seorang hardcore otaku/weeb yang tak berapa nak hardcore sangat—

9. Seorang manga reader & anime watcher, tapi aku lebih kat baca manga

10. Bila cakap pasal manga reader, mostly mereka adalah kaki spoiler— termasuk aku (¯◡¯)

11. Saya menerima spoiler dengan tangan terbuka— so kalau nak kasi pape spoiler kat aku, sangat dialu-alukan

12. Seorang yang dikatakan tak ada perasaan / heartless (tak tahu la, tapi ramai yang cakap macam ni)

13. Loner(?)

14. Aku suka termenung, berangan dan seangkatan dengannya

15. Coffee addict

16. Tinggi aku...151 cm (yea aku pendek)

17. Birthday aku masa sale shoppe hujung tahun HAHAAHAHAHAHA

18. Peminat warna hitam, hijau, merah & biru

19. Budak kecik kebanyakan takut tengok aku sebab— diorang cakap aku ni creepy ༎ຶ‿༎ຶ

20. Seorang yang hambar— serius aku tak leh nak buat lawak...nanti kena label sakit mental sebab gelak sorang-sorang

21. Rabun jauh sejak umur 7 tahun

22. Aku tak suka bergambar, aku nampak camera, aku lari

23. Aku suka kumpul keychain— lepastu letak merata-rata ಥ‿ಥ

24. Idea dalam kepala aku lagi menarik daripada apa yang aku tulis—

25. Muka aku...serius 24 jam

26. Kaki game (setakat ni masih tak ketagih ⊙﹏⊙||)

27. Tak tahan sejuk

28. Tak pandai memujuk orang— so jangan la nangis depan aku, nanti aku taktau nak buat apa ;-;

29. Aku suka martial arts

30. Aku tak ada gambar sorang-sorang, gambar ic tu ade la

31. Tak suka gaduh mulut, sebab apa? Bising kau tahu tak...

32. Aku selalu kena panggil 'budak tracksuit' sebab pergi mana-mana pun aku akan pakai seluar trek

33. Aku tak suka pakai gelang, rantai & apa-apa perhiasan yang setaraf dengannya

34. Suka sorokkan barang, tapi tu lah...bila dah lupa tu parahnye lahai nak ingat balik haritu taruk dekat mana

35. Pendiam orangnya

36. Saya telah di'adopt' oleh member saya yang extrovert

37. Kalau masa tengah jalan-jalan aku akan jalan ikut belakang orang sebab— entah aku rasa lain macam kalau aku jalan dekat depan—

38. Aku akan gelabah kalau kena chat cikgu— dia punya gelabah tu sampai tangan aku mengigil nak taip, tapi kalau cakap f2f takde pulak gelabah

39. Chill tak bertempat. Pengecualian untuk no 38

40. Aku tak suka orang yang perangai gedik— siapa je yang suka...

41. Aku tak suka kiasan. Nak cakap tu straight to the point jela (─.─||)

42. Aku lagi suka 'buat' daripada 'bercakap'. Sebab "action speaks louder than words" kan...

43. Spesies yang "Kau sentap ke ape ke itu masalah kau, bukan aku. Aku dah cakap benda betul ni dah kira ok."

44. Aku selalu 'ter'cengkam bahu orang kuat-kuat. Bad habit (• ▽ •;)

45. Aku tak berapa kisah sangat pasal sekeliling aku. Ada satu masa tu, satu kelas tengah gaduh pun aku tak perasan.

46. Nota dalam buku aku semua tak teratur— macam-macam topik ada dalam 1 page

47. Tulisan aku buruk

48. Kalau gaduh, aku takkan bukak mulut. Tapi standby tangan dengan kaki aku kena dekat kau.

49. Anak sulung daripada 3 beradik

50. Selipar jepun is life

*********

AKHIRNYAAAA HABIS PUN
Dengan ini aku akan pass dare ni kat orang lain pulak

twyinxx-
NDZ_07
Halisyia
aizaasan-
NSMS19

Dare: sila nyatakan 45 facts tentang diri korang

Tapi kalau korang tak nak buat tu takpela ;-;

Ok sekiannn

Ok sekiannn

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Nah Tamaki—

RandomnessWhere stories live. Discover now