✨ Bab 56 ✨

1K 83 12
                                    

Mata Min Young tertumpu ke arah sekujur tubuh Felia yang terbaring di atas katil dan disorong laju oleh dua orang jururawat yang bertugas. Pisau masih tertusuk dan darah begitu laju mengalir. Wajah Felia bertukar warna. Pucat lesi. Bagai tiada langsung darah yang mengalir di dalam tubuh wanita itu.

"Tahan, Felia. Tahan. Sekejap je lagi sampai." Ujar Min Young dengan suara yang tenggelam timbul. Matanya memandang Felia yang sedaya upaya untuk menoleh ke arahnya perlahan-lahan. Bibir pucat itu tidak lama kemudian tersenyum nipis.

"Aku.. maafkan.. maafkan kau." Serentak dengan itu, kelopak mata Felia terkatup rapat. Jantung Min Young laju. Terkejut dengan respon yang diterima.

"Felia?! Felia bangun! Nurse, tolong."

"Puan, minta tolong tunggu dekat luar. Bagi kami ruang dan masa jalankan tugas. Minta puan beri kerjasama ya." Kata salah seorang jururawat sambil menahan tubuh Min Young dari terus mengekori masuk sehingga ke bilik pembedahan.

"Mi.. minta tolong selamatkan dia, nurse. Dia kawan saya. Kawan rapat saya." Bibir Min Young bergetar lemah. Matanya berkaca. Entah kenapa, dia rasa serba salah dan dia menyesal kerana bertindak melulu mengikut perasaan walaupun sudah banyak luka tergores di dalam hati gara-gara Felia.

"Baik, puan." Jururawat itu segera beredar meninggalkan Min Young sendirian di ruangan menunggu. Lampu isyarat pembedahan sudah menyala yang terletak di atas pintu, menandakan bahawa Felia akan mula dibedah sekejap lagi.

Min Young melabuhkan punggung perlahan-lahan di atas kerusi pelawat. Nafas terasa sungguh berat untuk dihela. Terasa seperti ada sesuatu yang mencengkam kerongkong dari terus berkata-kata. Tiada sesiapa untuk dia mengadu, tiada sesiapa untuk dia berpaut. Jungkook jauh. Felia pula di dalam. Min Young cuma sendirian bersama anak di dalam perut yang tidak dapat berinteraksi secara langsung dengannya.

"Mummy hampir bunuh kawan sendiri, sayang. Maafkan Mummy."


🌸🌸🌸🌸🌸


Bunyi mesin jangka hayat memenuhi ruangan bilik ICU. Tubuh kaku Felia terbaring di atas katil ditemani dengan alat bantuan pernafasan dan juga wayar-wayar yang berselirat menjadi tatapan sepasang anak mata Min Young. Keadaan Felia nampak teruk dan parah namun doktor sudah memberitahu bahawa Felia dalam keadaan yang stabil. Pembedahan berjaya diselesaikan dan Felia sedang menerima darah untuk masuk ke dalam tubuhnya semula setelah kehilangan banyak darah semasa dalam perjalanan ke hospital tadi.

Min Young merenung tubuh Felia lama dari luar. Dia hanya dibenarkan untuk melihat dari sini sahaja yang cuma dihalang dengan dinding kaca. Hati sedikit lega kerana Felia sudah mulai stabil walaupun keadaannya nampak menyedihkan.

"Maafkan aku, Felia. Maafkan aku..." tidak henti-henti ucapan maaf itu meniti pada bibir Min Young. Betapa besarnya rasa bersalah Min Young terhadap Felia sehinggakan segala perkara yang Felia pernah lakukan sebelum ini terusir jauh tanpa dipersoalkan lagi.

Hati Min Young terlalu suci. Walaupun dia pernah terlibat dalam perkara negatif, namun kerana dia matang dan mudah memaafkan, masalah yang seluas lautan pun boleh jadi sekecil zarah untuk dia lupakan.

"Min Young?!" Kepala Min Young tertoleh apabila telinganya menangkap satu suara yang cukup dikenali menyapa diri.

"Jungkook!"

"Yes, my dear. Why, why, why?" Segera tubuh sasa yang mengenakan pakaian seragam kemas itu didakap erat. Min Young tidak dapat menahan rasa sedih, air matanya pantas mengalir. Telinga Min Young jelas mendengar degupan jantung si dia yang akhirnya bersatu dengan dirinya. Agak lega namun belum sepenuhnya lagi rasa lega. Banyak perkara yang tersimpan di dalam hati. Begitu galak ingin meluahkan namun dia masih menahan.

"Hei.. kenapa ni sayang?"

"Nak balik." Pintas Min Young tanpa melepaskan tangan dari terus memeluk Jungkook dengan ketat.

"Cerita dulu. Kenapa sebenarnya? Apa yang jadi?" Soal Jungkook. Dia cuba menolak bahu Min Young untuk melihat wajah itu tetapi tangan isterinya masih erat memeluk. Dia mahu mendengar satu per satu hal yang terjadi. Terkejut sudah pasti. Namun lebih terkejut melihat keadaan isterinya yang agak tidak terurus.

"Nak balik dulu. Tak sanggup duduk sini lama-lama." Ujar Min Young. Jungkook menarik nafas panjang dan dalam. Dia benar-benar ingin tahu apa yang berlaku sebenarnya. Mata melihat Felia di dalam ruangan ICU. Dia tidak tahu apa yang baru sahaja berlaku. Min Young cuma menelefon dan memberitahu untuk pulang dengan segera kerana Felia dimasukkan ke dalam ICU. Hairan sebenarnya. Tiba-tiba sahaja terjadi. Tiada cerita yang jelas tentang punca Felia jadi begini.

"Jom kita balik. Lepas tu cerita dekat saya semuanya. Okey, sayang?"

"Okey."

"Okay. Let's go."


* * * * * *

Halu pipol. Sorry lambat sangat update. Saya busy bekerja. Hari ni baru tergerak nak update huhu. Insya Allah kalau ada masa saya update lagi hokey? Muah2. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 05, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now