Part 20

627 71 11
                                    

"Macam mana kabar kamu kat sana sayang?  Makan minum kamu okey ke? Bonda rindu kamu nak."

"Baik aje bonda, makan minum Hali okey aje. Kalau rindu balik lah. Asyik berdating aje, tak padan dengan tua."

Halilintar menuruni anak tangga, sambil membetulkan kedudukan telefonnya.

"Dasar anak durhaka! Padahal dia jeles sebab jomblo abadi. Hek eleh." perli ibunya di corong telefon.

Panas pula telinga Halilintar yang mendengarnya. Ibunya kalau tidak menyakatnya, memang tidak sah.

"Tch, baik bonda dengan papa tak payah balik lah. Duk kat sana aje. Bonda pandang rendah kat Hali ya? Bonda jangan risau ya, kat sini ada yang jaga Hali tau. Bakal menantu bonda dan papa."

Halilintar membidas dengan suara yang amat bangga, di ruangan matanya sudah terbayang raut wajah manis isterinya. Siapa lagi kalau bukan Gempa ehem, walaupun belum rasmi lagi huhuhu...

"Whats? Are you serius dude?! Kalau macam tu, esok bonda dan papa balik. Kami nak tengok siapa bakal menantu si anak jomblo bonda ni. Bubye sayang!"

Tut.. Tut...

Panggilan terputus secara sepihak. Mata Halilintar terkebil-kebil dengan mulut ternganga lebar.

Terkejut dia dengan respon luar biasa daripada ibunya itu.

Dia merengus. "Haihh, menyesal pula aku cakap macam tu tadi. Tak boleh lah aku nak goda Gempa selepas ni, kalau ada penganggu."

Halilintar melepaskan t-shirt hitamnya dan dicampaknya ke sofa.

Dia berniat mahu bersenaman di ruang tamu.

"Ohya, hmm aku ada idea.." bibirnya mengukir satu senyuman senget, otaknya mula aktif memikirkan sesuatu.

•••••

Gempa keluar daripada bilik setelah lama mengurungkan dirinya di dalam  sana. Nasibnya amat baik kerana Halilintar tidak pula menganggunya ketika dia perlukan masa untuk bersendirian.

"Mesti mamat tu lapar, yelah ni dah nak masuk tengahari. Dahlah aku tak buat apa-apa sarapan pagi tadi." bisiknya.

"Apa nak jadi lah dengan kau ni Gem, selalu susahkan orang. Dahlah jadi penumpang, buat pula macam rumah sendiri. Apa yang Hali akan kata nanti.. buruk betul perangai kau Gem."

Perasaan bersalah dan sesal singgah di dadanya, kerana tingkah lakunya yang suka menyusahkan orang daripada lahir lagi.

"Aku memang beban dunia." Lafaznya dengan nafas berat dihembuskan.

Anak tangga dipijaknya satu persatu. Dia memandang sekeliling, mencari kelibat tuan punya rumah.

"120, 121, 122, 123.."

Telinga Gempa menangkap satu suara yang berasal daripada ruang tamu.

Di saat kakinya mengijak tangga terakhir, anak matanya mencari arah suara itu datang.

Pandangan Gempa jatuh pada susuk tubuh Halilintar yang separa bogel itu sedang sibuk melakukan push-up di ruang tamu.

Dia melarikan pandangan matanya ke arah lain, tatkala melihat keadaan Halilintar yang bermandikan air peluh.

Gempa dengan cepat bersembunyi dibelakang sofa, takut lelaki itu perasan akan kehadirannya.

Dia mengintai dibalik sofa yang sememangnya menghadap ke arah Halilintar.

Matanya mengintip perbuatan Halilintar. Pelbagai gerakan senaman yang lelaki itu lakukan.

Iris emasnya jatuh pada perut Halilintar yang terdapat abs, apatah lagi tubuh lelaki itu bermandikan peluh membuatnya seksi lain macam. Wajah Gempa berubah warna, sebelum otaknya melayang ke arah lain. Dia kembali ke posisinya, bersembunyi.

Pipinya ditampar perlahan, wajahnya terasa berbahang sahaja.

"Kau dah gila Gem." bisiknya. Dadanya dipegang. Dapat dia rasa yang jantungnya berdetak dengan begitu laju.

"Fuh.. tenang Gem."

Gempa bercangkung, dia kembali pada aktiviti mengintipnya.

Namun dahinya berkerut apabila tidak mendapati Halilintar di sana. Anak matanya melilau mencari keberadaan lelaki itu.

"Ehem."

Deheman yang datangnya daripada belakang, mengejutkan Gempa. Spontan dia berpaling.

"Wargh!" kaget Gempa, dia terduduk di lantai rumah. Tubuhnya tersandar pada belakang sofa. Lemah semangatnya kerana terkejut.

"Hali! Terkejut tau tak!" marahnya. Pandangannya dilarikan ke arah lain kerana tidak sanggup melihat Halilintar yang separa bogel itu.

Halilintar berpeluk tubuh, senyum senget bermain dibibirnya. Iris merahnya menatap nakal pada Gempa.

"Kau buat apa kat situ hm? Skodeng aku ya?"

Gempa terdiam dengan wajah merah seperti tomato kerana tertangkap basah mengintip anak teruna orang.

"Ma...mana ada. Kau..jangan nak tuduh eh." nafi Gempa. Suaranya kedengaran tergagap-gagap.

"Sure? Kenapa aku rasa seperti ada seseorang perhatikan aku tadi? Dan aku ada bau wangian yang sama dengan kau. Kau pasti Gem yang kau tak sedang skodeng aku hm?"

Perlahan Halilintar berjalan mendekati Gempa.

Melihat pergerakan Halilintar, baru sahaja Gempa berniat mahu melarikan diri. Halilintar sudah mengempunnya dengan kedua tangan lelaki itu berada tepat di kedua sisi kanan dan kiri kepalanya.

"Dah pandai eh sekarang intip orang.." kata Halilintar senyum nakal bermain dibibirnya. Wajahnya sengaja didekatkan pada Gempa, seinci lagi hidung mereka akan bertemu.

Wajah Gempa makin merah padam, apatah lagi melihat Halilintar sedekat itu. Matanya sempat menilik lekuk wajah Halilintar yang amat rupawan itu, tidak heranlah jika semua orang menggilainya.

Chup!

Gempa tersentak apabila pipinya dicium secara tiba-tiba.

"Please jangan tenung aku macam tu Gem, kau buat hati aku tak senang tau? Pandangan mata kau tu seolah mahu goda aku dan ia merbahayakan diri aku sayang." Katanya dengan senyuman manja. Sebelah keningnya dijongket nakal.

Gempa telan liur. Spontan tangannya terangkat dan..

Plak! Kepala lelaki itu dilempangnya.

"Aduh! Sakit lah Gem, kau memang suka eh pukul aku. Kau tak kesiankan aku ke?"

Halilintar mengusap kepalanya yang mendapatkan hadiah istimewa daripada Gempa. Wajahnya masam.

"Padan muka, dasar miang!"













Tbc. .

Opss moment manis HaliGem is coming 😏..

35 vote for next chapt 😏.

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now