Dua puluh sembilan

1.5K 206 692
                                    

Abaikan typo

"Nak ke mana tu?" tegur Sangyeon apabila melihat Juyeon dan Hyungseo berjalan menuju ke pintu rumah.

"N-Nak pergi masjid, nak s-solat I-Isyak." jawab Juyeon, Hyungseo menyiku perlahan kembarnya kerana gagap. Kening Sangyeon terjungkit sebelah dan Chanhee ketawa sinis.

"Eleh yelah tu, korang mana pernah nak jejak kaki kat masjid sebab nak solat. Memasing macam muka pecah tabung masjid." sampuk Chanhee membuat hati Hyungseo terbakar.

"Oi, aku dengan Harith dah insaf tahu! Bukan macam kau sikit-sikit nak sakitkan hati orang. Dahlah tak reti minta maaf." balas Hyungseo. Chanhee memutarkan mata sebelum fokus menonton drama dengan ibunya.

"Insaf? Asal aku nak gelak eh dengar kau nak insaf?" tanya Jaehyun.

"Biarlah, Uwais. Bagus juga kalau dia dah dapat hidayah, takdelah dia buat twerk je kerjanya." sahut Younghoon.

"Eleh, abang Shahrul pun selalu buat twerk kat depan cermin masa pepagi buta." kata Juyeon. Joonyoung tersedak cereal, terkejut dia apabila mengetahui Younghoon tidak sesuci yang dia kira.

"Shahrul, seriously?" tanya Joonyoung terkejut, Younghoon menggeleng laju.

"E-Eh, mana ada!"

"Eleh, dah gagap tu tipu lah tu." usik Jaehyun.

"Ish dahlah, malas aku nak layan korang." Younghoon pergi dari situ. Changmin tiba bersama anak patung kesayangannya.

"Ya Allah, jauhkan patung tu daripada aku!" Chanhee menolak Changmin sehingga jatuh dari sofa. Lelaki itu memeluk lengan ibunya dengan erat kerana takut.

"Kau ni dah kenapa? Patung comel macam ni pun kau takut." kata Changmin.

"Masalahnya tu patung Chucky! Ibu, kenapa ibu bagi Hamzah bawa patung tu ke sini?" adu Chanhee.

"Mak su, Syahmi ni gediklah! Dengan Chukcy pun takut!"

Ketika Chanhee dan Changmin sedang bergaduh, Sangyeon diam-diam menarik lengan Juyeon dan Hyungseo keluar dari rumah.

"Bapak tahu semuanya." ujar Sangyeon.

"T-Tahu apa?" tanya Hyungseo takut-takut sekiranya Sangyeon akan marah kerana mereka berdua terjebak dalam dunia buaya yang penuh dengan janji manis dan tipu muslihat.

"Bapak tahu korang dan jadi buaya, korang dah tak boleh nafikan lagi."

Juyeon dan Hyungseo sudah bermandi peluh.

"B-Bapak, kitorangー"

Greb!

Mereka terkejut apabila Sangyeon memeluk mereka sambil terisak.

"Alhamdulillah, akhirnya bapak jumpa bakal pewaris kebuayaan bapak! Hiks, lepas ni bapak dah tak payah dah jealous dengan Dollah lagi hiks. Thanks Harith dengan Rafiq sebab hiks dah buat impian bapak tercapai."

"Bapak... pun buaya ke?" tanya Juyeon.

Sangyeon melepaskan pelukan lalu tersenyum bangga.

"Bapak membesar dengan perangai buaya, nak. Tak sangka pula anak bapak pun ada ikut perangai buaya, bapak bangga."

Youngjae yang sebenarnya hanya ingin mencari kucingnya di luar rumah langsung bercekak pinggang selepas mendengar topik perbualan antara ayah dan abangnya. Ini masalah berat dan Youngjae takkan biarkan perkara ini begitu sahaja.

Inilah masa untuk Naufal Youngjae beraksi!

"IBU, BAPAK AJAR ABANG HARITH DENGAN ABANG AFIQ JADI BUAYA!" jeritnya, wajah Sangyeon menjadi pucat tatakala sang pencabut nyawa diseru.

Han FamilyWhere stories live. Discover now