SHC 41

844 115 38
                                    

" Sampai hati awak tipu saya selama ni . Wae ?! "
Jerkah Jungkook yang tiba-tiba hilang sabar .

Taeha mula terketar-ketar dihadapannya. Dia tak sangka akan berjumpa Jungkook disini.

Adakah Jungkook mengekori nya selama ini ?

" Patutlah saya nampak awak pelik semacam . Ini rupanya perangai awak belakang saya . Saya tak sangka lah  awak macam ni ! "
Nada kecewa akhirnya terluah dari mulut Jungkook.

" Jungkook ! Ini bukan yang seperti awak sangka. Saya boleh jelaskan benda ni dari awal. Saya mohon, dengar dulu . "
Jelas Taeha dengan airmata yang mula bergenang .

Dia tak tahu kenapa dia takut sangat  kehilangan Jungkook.

Ya , dia sedar yang dia sedang cintakan Jeon Jungkook !

" Berbaloi ke apa yang saya nak dengar dengan apa yang saya dah nampak ?! Kenapa awak tipu saya ?! Jahat sangat ke saya ni Taeha . Wae , wae ?! "

Marah Jungkook tak kira tempat. Orang yang lalu lalang melihat mereka hanya dibiarkan sahaja.

Pandangan orang padanya sudah tak bermakna buat waktu sekarang.
Hati dia pilu.

" Jangan macam ni Jungkook. Nanti appa saya nampak , dia fikir lain pula. Saya janji, saya akan jelaskan semuanya.  Tapi tolong, maafkan saya. "
Rayu Taeha dengan bersungguh-sungguh.

Masakan dia tak sedih andai Jungkook marahkannya , sebabkan Jungkook adalah satu-satunya kawan lelaki pertamanya yang dia pernah kenal.

Sebab Jungkook lah dia buka hati untuk berkawan dengan seorang lelaki.
Dan segala-galanya adalah Jungkook.

" Awak tak ikhlas dengan saya, kan ? Sebab tu awak buat semua ni . Kalau awak ikhlas awak tak buat saya macam ni Taeha. Saya kecewa dengan awak ! "

Akhir sekali Taeha menangis terduduk .


***

" Adoii bisinglah jebon ni, aku nak tidur pun tak senang. Mengigau ke apa ? Macam budak-budak ar ",
Bebel Yeonha yang mula tersedar apabila mendengar suara seseorang.

Bila dia periksa, sudah dia agak gerangan siapa kalau tak bukan si Jungkook.

Nasib baik aku tidur satu sempadan dengan dia. Agak baiklah juga si Jungkook pelawa tidur atas sekali tapi tak bermakna dia nak 'ehem' aku eh.

Budak-budak sekolah yang baca ni jangan teruja sangat. Babap punggung baru tau.

" Taeha...Tae..",

" Tengok ! Kalau nak teh panggil lah Yoongi tu. Bukan ke korang pakai walkie talkie ke dalam rumah ni . Haihh, tak faham betul la . Dasar orang kaya benak . Aku baru nak feeling macam tidur dekat kayangan. Coi ! "
Lagi sekali Yeonha membebel .

Akibat terlalu marah dan geramkan Jungkook yang mengacau dia yang sedang tidur, akhir sekali Yeonha mencampak bantal ke muka Jungkook .

Padan muka lo !

***

Keesokan paginya , apabila semua orang  sudah bergerak untuk bekerja dan memulakan hari persekolahan, maka tinggallah Yeonha dan Yoongi yang sedang lepak di port mereka seperti biasa.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Where stories live. Discover now