Bab 10💍

1.6K 128 30
                                    

SEBULAN berlalu.

Tepat jam lapan malam. Ayra Hijanna binti Muhammad Anuar rasminya hak milik Farhan Khairi bin Faizal Hasni. Sesungguhnya jodoh itu mudah. Di lamar kemudian di tunangkan dan langsung di nikahkan. Semuanya dalam lingkungan masa satu bulan. Dua minggu yang ditetapkan oleh Haji Anuar juga Farhan gunakan sebaiknya untuk membuktikan 'keikhlasan'nya.

Macam macam cara yang dia lakukan untuk memenangi hati lelaki itu. Ada satu masa dia cuba menawarkan diri secara sukarela untuk membantu keluarga Ayra dari segi kelengkapan rumah dan juga kelengkapan seisi keluarga itu. Dalam pada masa itu juga, tidak pernah dia lepaskan peluang untuk menunjukkan  keprihatinannya terhadap Ayra.

Tak termasuk satu itu, dia sendiri berani kan diri untuk meminta izin Haji Anuar bagi membawa Ayra keluar makan dan belum sempat lelaki tua itu membantah cepat cepat dia senaraikan 'kelengkapan' bagi membawa anak dara orang itu keluar.

Di ulangi. Senarai ye. Atas kertas.

1. Bawa Tiara supaya bertiga dan tidak berdua.

2. Makan tempat yang tak sesak dan halal ( of course )

3. Makanan kena pastikan out-of- meat. Sebab Ayra tak suka daging. Neither the meat was soft or liat or whatever.

4. Bawa kereta. Ayra kena duduk belakang dan dilarang berdua dengan saya sebab nanti takut ada yang kena terkam.

Sampai aje yang ke empat. Dia dihadiahkan satu tumbukan di bahu oleh Haji Anuar kerana penggunaan bahasa yang hujung itu agak kasar. Ah, apa dia kesah!

Macam macam juga karenah Ayra yang dia tak pernah sangka wujud dalam diri sekecil molek itu. Tujuh kali jugalah tukar cincin tunang. Ada saja yang tak kena. Permata tak cantik, cincin tak muat, kejap nak silver, kejap nak emas. Tak termasuk dua tiga kali tukar jenama. Walau apapun, Farhan setia bersabar. Tersenyum jua walau jauh disudut hati itu berasa penat dan lelah.

Kerana itu juga Ayra makin yakin dengan pilihannya untuk mengangkat Farhan Khairi sebagai suami. Kesungguhan lelaki tu? Ayra lapar malam malam pun sanggup beli makanan hantar kat depan rumah.

"Ei, pakcik! Senyumlah cepat" terasa ada sesuatu yang melingkar pada lengannya. Pantas Farhan berpaling. Wajah manis Ayra berbawal putih dan berbaju kurung putih bersih itu menjadi tatapan utama. Dia tersenyum seraya mengangguk.

Lensa cahaya kamera tidak berhenti berkelip kelip sejak dari awal majlis hinggalah ke saat saat akhir majlis yang bakal tamat ini. Macam mana nak berhenti berkelip, kalau yang kahwin tu jejaka Hot Malaya? Farhan baru tag dia sekali pada gambar pernikahan mereka terus saja telefonnya berdeting tidak henti henti menandakan ada ramai yang cuba meminta mengikutinya. Account kena lah private!

"Okay cantik! Nanti saya hantar gambar" seorang lelaki berbadan gempal menghampiri mereka di atas pelamin sederhana itu. Skrin kamera ditunjukkan kepada pasangan pengantin yang kelihatan gah berbusana putih itu. Melihat senyuman kepuasan dari mereka terus saja dia tunduk pamit dan berlalu dari khemah majlis.

"Told you the tudung style, suit you well" Kening dijungkitkan cuba menyakitkan hati wanita yang baru dinikahi itu. Punyalah dia berdebat dengan Ayra sebelum majlis akad tadi. Ayra nak pakai style biasa atas bahu. Tapi Farhan suruh labuhkan lepas bahu.

"Ish, tudung saya kan. Suka hati sayalah!" Bidas Ayda seraya mencebik. Wajah Farhan yang terpapar pada skrin telefon Tiara itu dijeling

"Ayra Hijanna, please. Nikah ni sekali seumur hidup aje tau. Lagipun kan haritu dah fitting, kau sendiri nampak bahagian bahu tu melekap kat kulit . So, sila labuhkan tudung anda. Ya?" Dia mengalah lalu meminta Tiara agar melabuhkan tudungnya melepasi bahu seperti dipinta oleh Farhan. Talian tamat dan majlis bermula.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now