3💋

8 0 0
                                    


Irfan menemani Qalisya untuk melihat beberapa lot bangunan kedai untuk dibeli oleh Qalisya. Qalisya ingin membuka butiknya sendiri, keinginannya tercapai apabila mendapatkan persetujuan daripada ahli keluarganya. Mama, papa dan abangnya turut memberikan duit modal kepadanya untuk membeli dan membuka butik tersebut. Pekerja untuk butiknya sudah dicari dengan bantuan Puan Hayati yang merupakan seorang pensyarah. Setelah berpuas hati dengan pemilihannya Qalisya dan Irfan bergerak ke beberapa kedai perabot, kedai cat dan kedai lampu yang boleh disesuaikan dengan citarasa Qalisya. Selepas semuanya selesai, mereka bergerak ke syarikat tempat kerja Irfan. Lynn's Corporation tersebut merupakan milik keluarga bakal tunang Irfan, Ezlynn tetapi telah diturunkan pada bakal tunangnya. 30 minit dari tempat mereka makan tengah hari mereka bergerak ke Lynn's Corporation. Setelah sampai mereka terus ke tingkat 25 di mana terletaknya bilik CEO iaitu bilik Ezlynn.

Irfan terus ke bilik CEO diikuti oleh Qalisya di belakang. Terdapat satu bilik kecil iaitu bilik setiausaha Ezlynn dia bertanya kepada setiausaha Ezlynn.

"Assalamualaikum K Sue. Miss Lynn ada?" tanya Irfan kepada Setiausaha Ezlynn, Suhana. Qalisya hanya sekadar memerhati dan memberikan senyuman kepada wanita bertudung itu.

"Waalaikumussalam, Miss ade je. Nak Akak bagitahu dia?" tanya Suhana kembali. Dia agak pelik memandang ke arah Qalisya kerana dia tidak pernah nampak Qalisya sebelum ini. Dia tahu hubungan antara bosnya dan Irfan, bukan dia sahaja satu syarikat tahu mengenai hubungan mereka.

"Tak pe akak. Bagitahu je someone special nak jumpa dia" kata Irfan sambil tersengih ke arah Suhana. Suhana tersenyum faham sangat dengan pasangan bahagia ini. Dia terus menekan butang intercom yang menghubungkan dirinya dengan bossnya. Setelah bersambung dia memberitahu apa yang dikatakan oleh Irfan. Setelah mendapatkan kebenaran Irfan terus mengetuk pintu bilik CEO tersebut. Terpampang nama MISS EZLYNN DAMIA TAN SRI FIRMAN.

"Jom adik" ajak Irfan.
Qalisya melemparkan senyum kepada Suhana dan mengikuti langkah Irfan. Kelihatan seorang wanita yang tidak memakai tudung tapi bajunya tidak seksi dan masih sopan sedang tekun membuat kerja di meja kerjanya.
Ezlynn memandang gerangan yang memasuki biliknya dan dia tersenyum simpul.

"Seronok cuti cik abang?" soal Ezlynn kepada Irfan. Irfan senyum dan mendekati meja kerja kekasihnya itu. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan meja kerja Ezlynn tanpa dipelawa oleh Ezlynn. Qalisya hanya berdiri di belakang Irfan.

"Mestila seronok cik adik. Kita keluar pulak dengan orang yang kita sayang" balas Irfan sambil tersenyum dan memandang sekilas ke arah Qalisya. Qalisya tidak memahami keadaan tersebut. Irfan memang mengambil cuti semata mata menemani Qalisya pada hari ini dan Ezlynn membenarkan kerana Irfan seorang yang hardworker dan jarang meminta cuti kecuali perkara yang tidak boleh dielakkan. Disebabkan itu la Ezlynn bagi cuti pelepasan atau rehat untuk Irfan dan menemani Qalisya pada hari ini. Ezlynn memandang ke arah gadis comel di belakang Irfan.

"Awak tak nak kenalkan adik kesayangan awak kat saya?" soal Ezlynn. Dia sering mendengar mengenai Qalisya. Dia tahu Irfan sangat sayang akan adiknya itu. Ezlynn melemparkan senyuman ke arah Qalisya. Qalisya membalas lembut senyuman Ezlynn. Dia masih tidak tahu yang Irfan mempunyai kekasih kerana Irfan tidak mahu kecoh selagi dia tidak bersedia untuk mendirikan rumahtangga.

"Adik" panggil Irfan dan Qalisya terus memalingkan wajahnya kepada Irfan.

"Kenalkan bakal kakak ipar awak, Ezlynn Damia. Panggil dia Kak Lynn" jelas Irfan dan membuatkan teka teki dalam kepalanya berakhir apabila Irfan menjelaskan padanya. Mata Qalisya terbuntang luas kerana terkejut dengan pengakuan abang sepupunya itu.

"Serious laa abang! Tak tipu ehh? Tak de yang nak kenakan adik ehh?" soal Qalisya yang sangat teruja. Ezlynn tahan ketawa apabila melihat muka teruja Qalisya itu. Dia bersyukur kerana diterima baik oleh keluarga Irfan.

"Iya betul, abang tak de upah mana mana orang untuk rakam ke apa. Tengok laa keadaan macam mana, mungkin bulan depan bertunang dan 3 bulan lepas tu menikah. Insya Allah kalau dipermudahkan segala urusan." Balas Irfan tenang. Nak biar lama lama pun tak baik. Cukup laa setahun tempoh perkenalan mereka dari hari pertama Ezlynn menjadi CEO di syarikat itu. Lebih elok kalau mereka berkahwin.

"Wahhhhhh, excitednya nak dapat kakak. Yela adik beradik semuanya laki. Nak tunggu abang abang adik kahwin macam lambat lagi. Sibuk dengan kerja yang lebihnya." Ujar Qalisya yang sangat teruja untuk menerima ahli baru dalam keluarganya.

"Lisya kan? Or adik? Akak panggil adik la boleh?Akak pun tak de adik, anak tunggal" kata Ezlynn sambil berjalan ke arah Qalisya. Qalisya senyum teruja.

"Adik pun boleh. Lisya tak kisah mana mana" balas Qalisya lalu menyalam tangan Ezlynn kemudian Ezlynn bertindak memeluk Qalisya. Qalisya membalas pelukan Ezlynn. Irfan tersenyum memandang akan kedua wanita yang amat disayanginya itu.

"Okey dah cukup la buat drama tu. Lynn tak busy kan. Kalau tu jom laa keluar dengan kami. Lagipun adik sorang ni still perlukan pendapat dari seorang wanita tentang butik dia tu" kata Irfan bagi meleraikan pelukan antara 2 wanita itu.

"Haah kan. Akak macam pandai menghias. Lisya suka dengan hiasan pejabat akak ni. Boleh laa Lisya mintak pendapat sedikit dari akak kan?" kata Qalisya berharap Ezlynn sudi melayannya harini. Ezlynn tersenyum.

"Boleh, apa yang tak bolehnya. Bukan sedikit, banyak banyak pun boleh. Jom kita pergi." Balas Ezlynn dan dia terus bergerak mengemaskan meja kerjanya dibantu Qalisya. Selesai segalanya mereka bergerak ke kedai perabot seterusnya.

My Sweet Princess🦋Where stories live. Discover now