8💋

1 0 0
                                    

"Assalamualaikum" Brian memberi salam. Kemudian terdengar orang membalas salamnya di dalam rumah berkenaan.

"Waalaikumussalam, Brian?"Encik Zainal terkejut dengan kedatangan Brian pada pagi itu.

"Abah, boleh Brian nak bincang dengan abah sekejap?" pinta Brian. Jelas kerutan di dahi Encik Zainal.

"Bincang apa? Mari la masuk" Encik Zainal menjemput Brian masuk. Mereka bergerak ke ruang tamu.

"Brian? Kenapa tak cakap kat aku yang kau nak datang?" soal Irfan dan mengambil tempat duduk di sebelah Brian.

"Sebenarnya Brian datang ni ada hajat. Kalau boleh nak umi ada sekali" jelas Brian dan Irfan terus memanggil Puan Hayati.

"Cakap la Brian, ada apa sebenarnya?"soal Puan Hayati. Brian mengambil nafas untuk menyalurkan sumber kekuatan kepadanya. Irfan hanya memerhati perilaku sahabatnya yang agak gementar itu. Dia tersenyum simpul seperti memahami apa tujuan sebenar rakannya itu.

"Sebenarnya Brian nak mintak izin dengan umi, abah dan Irfan. Brian suka Qalisya. Tetapi Brian nak berkawan dulu dengan dia. Kalau ada jodoh Brian nak masuk meminang Qalisya." Jelas Brian dan memberi kejutan kepada Puan Hayati dan Encik Zainal. Irfan hanya tersenyum.

"Umi abah tak sangka itu hajat Brian sebenarnya. Bagi umi abah tak salah berkawan tetapi mesti tahu batasnya. Mengenai masuk meminang minta la restu mama, papa dan abang abangnya terlebih dahulu. Dan jangan lupa tanya juga pada tuan punya badan."balas Puan Hayati. Brian tersenyum apabila hajatnya tercapai dan diberi keizinan oleh mereka. Brian memandang Irfan, dia tahu Irfan juga seperti abang Qalisya. Setelah Puan Hayati dan Encik Zainal beredar ke tempat kerjanya, tinggal la Irfan dan Brian di ruang tersebut.

"Fan, kau tak marah aku kan?"tanya Brian, dia risau jika Irfan tidak suka akan dirinya berkawan dengan Qalisya.

"Brian, kau kawan baik aku. Kenapa aku perlu marah. Lagipun kau mintak cara baik untuk berkawan dengan adik aku. Aku izinkan kau berkawan dengan Qalisya. Tetapi aku kena juga beritahu kepada along dan angah Qalisya. Ye la, mereka tu sebenarnya abang Qalisya. Mereka tentu risaukan keselamatan adik mereka."balas Irfan. Dia tahu keluarga Brian macam mana. Tan Sri Ihram sudah mengajar anak lelakinya untuk meminta izin secara baik untuk berkawan dengan anak dara orang jika mereka suka akan gadis tersebut. Disebabkan itu la Brian tidak mudah bergaul dengan kawan perempuan. Kerana dia mahu hati yang dimiliki olehnya untuk seorang perempuan yang betul sayang dan cintakannya. Dia tidak akan mudah menyakitkan hati seorang perempuan dengan sesuka hatinya.

"Terima kasih Fan izinkan aku berkawan dengan Qalisya. Aku janji takkan sakitkan dia. Aku cuba yang terbaik. Kalau aku tak mampu aku terus terang pada dia dan pulangkan dia dengan cara baik" janji Brian. Irfan tersenyum, dia sangat percaya yang Brian akan jaga Qalisya dengan sepenuh hatinya.

My Sweet Princess🦋Where stories live. Discover now