DC | 10 - MIMPI

1.4K 118 13
                                    

"HAI buat apa tu", sapa Zarith sambil menutup pintu bilik.

Dia melihat Adelia sedang terbaring di atas katil sambil menatap skrin telefon lalu dia mengambil tempat di sebelah isterinya.

Adelia mengalihkan sedikit tubuhnya dan menghadap ke arah jendela. Sapaan si suami dihiraukan.

Zarith sekadar memerhati Adelia yang masih marah akan perbuatannya yang lalu. Dia mengeluh kasar sebelum memulakan bicara.

"Aku tahu kau masih marahkan aku", katanya dengan nada mendatar.

Melihat Adelia masih tidak mempedulikannya , dia cuba merapatkan tubuhnya di samping wanita itu.
Namun Adelia cepat cepat bangun daripada katil dan mengambil langkah untuk keluar bilik. Zarith pantas menghalang Adelia membuatkan dia terpaksa berhenti jua.

"Del , ni je satu satunya cara untuk aku kahwin dengan kau", ujar Zarith dengan wajah yang sedih.

Adelia mengolekkan biji matanya. Muak mendengar ayat itu yang tak pernah dia faham akan ertinya.

"Please say something , sayang...", sengaja dia menarik manja perkataan sayang itu.

"What ? Dia panggil aku sayang ? Shyton betul eee", getus Adelia dalam hati.

Jelingan tajam diberikan kepada lelaki di hadapannya sebelum mengundur semula ke katil. Zarith mengekorinya dan duduk juga bersebelahannya.

"Eee rimas nya dia ni. Tak boleh ke duduk jauh jauh", rungut Adelia dalam hati sambil memandang atas bawah tubuh sang suami.

Seketika berlalu setelah masing-mang membisu , tiba-tiba Zarith memegang lembut tangan Adelia. Diusapnya dengan penuh kasih sayang lalu dicium perlahan.

"Astagfirullahalazim dia ni dah buang tabiat ke apa?", air liur ditelan , Adelia terkejut namun dia tetap mengunci mulut. Pantas dia menarik tangannya semula dan mengelap bekas ciuman Zarith.

Zarith mengeluh ringan.
"Del , kau sayang aku tak ?", tiba-tiba soalan itu muncul sekali lagi daripada mulut Zarith membuatkan Adelia semakin muak untuk menjawabnya.

"Del , aku ni dah jadi suami kau. Bukannya kawan kau lagi. Kau dah tak boleh nak buat aku macam dulu. Kau kena hormat aku sebagai suami kau", kedengaran sedikit tegas suara Zarith waktu itu.

Setelah sekian lama Adelia mendiamkan diri , akhirnya dia membuka mulut.
"Hormat ? Apa yang kau tahu soal hormat ? Sedangkan aku pun kau tak pernah hormat dulu , main suka hati je tuduh , paksa...", Adelia tidak sempat menghabiskan bicaranya kerana dipotong Zarith.

"Del , tak payah la nak ungkit benda yang dah lepas. Sekarang ni hadap je la apa yang ada depan mata..."

"...oh kau cakap senang la , yang hadapnya aku bukan kau !", ujar Adelia yang tertinggi suara tanpa sengaja setelah hatinya mulai panas.

"Ok ok Del , calm down please. Aku tahu semua tu salah aku but aku dah takde pilihan lain", balas Zarith.

"Tak sekarang ni aku nak tanya kau , kenapa kau nak sangat kahwin dengan aku ? Apa istimewanya aku ? Apa kelebihan aku ?", sudah berpuluh kali soalan ini diajukan oleh Adelia namun Zarith tidak pernah menjawab malah selalu mengelak.

"Takpe la , aku rasa kau tengah marah ni. You should rest first", macam biasa , Zarith mengelak untuk kesekian kalinya.

Dia memegang bahu Adelia dan membawa isterinya itu ke katil untuk beristirehat.

"Tak payah la pegang aku", marah Adelia.

Zarith sekadar diam. Usai membaringkan Adelia di atas katil , selimut putih dihamparkan menutupi tubuh isterinya itu. Melihatkan mata Adelia yang mula dipejam perlahan , dia kemudian merapatkan mulutnya di telinga Adelia.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now