BAB 01

427 28 2
                                    

Kain yang masih basah diperah kemudian dilibas kuat sebelum disidaikan pada ampaian. Cuaca panas seperti ini, memang bagus mahu menjemur baju.

Eshal melempar pandangan ke arah kawasan rumah jiran sekilas. Bibir menguntum senyuman nipis tatkala teringatkan buah hati.

“Bila agaknya Ali nak datang pinang aku? Kalau aku kahwin dengan dia, mesti aku yang paling bahagia nanti.” Angannya.

Nafas dihela perlahan. Panas! Bakul yang sudah kosong diangkat lalu dia berjalan masuk ke dalam rumah.

Tinggi sangat ke angan dia ingin mengahwini cucu jiran neneknya? Ali bukanlah seorang yang berada malah hanya seorang petani yang membuka perniagaan kecil-kecilan.

Bagi Eshal Naurah, rupa dan sifat adalah segala-galanya. Dia tak peduli akan kekayaan kerana dirinya sendiri sudah kaya.

“Nek, Eshal dah siap jemur kain!” Eshal menjerit kecil memandangkan kedudukannya dengan Nek Wati agak jauh.

“Turun ke dapur. Tolong nenek potong sayur.”

“Potong sayur pula...” keluh Eshal. Dengan langkah malas, dia bergerak ke dapur.

Sayur-sayuran yang berada di atas meja dipandang dengan riak wajah berkerut. Ada beberapa jenis sayur dia tak pernah tengok. Maklumlah jarang masuk dapur. Masuk dapur pun tahu buka peti ais saja.

“Herba dari Cina ke apa ni nek? Nenek nak buat ubat eh?” Soal Eshal seraya membelek sayur-sayuran yang ada di situ. Hanya lobak, kubis, kacang panjang dan bawang sahaja yang dia kenal.

“Mengarut apa herba dari Cina pula? Tu sayurlah.”

“Ni sayur juga ke? Pelik je rupa dia. Macam kayu!” Halia yang dipegang digoncang beberapa kali. Mana tahu ada air dekat dalam, macam goncang buah kelapa.

“Tu halia sayang.... Jangan sampai nenek daftar Eshal masuk kelas memasak.”

“Aaa! Tak nak! Tak nak! Jangan sesekali daftar Eshal masuk kelas memasak. Eshal sibuk dengan kerja.” Kerusi ditarik, kemudian dia duduk bersila. Memandangkan hanya dia dan Nek Wati sahaja yang ada di dalam rumah itu, bebaslah dia nak buat apa sahaja.

“Dah potong sayur tu sekarang. Kalau tak, dah senja baru makan tengahari jawabnya.” Kata Nek Wati membuatkan mulut Eshal memuncung.

Sayur-sayuran di atas meja dipotongnya sesuka hati. Dia bukannya pandai bab buat kerja dapur. Yang dia tahu, buat air sajalah.

“Eh! Nenek lupa nak hantar kuih kat rumah jiran sebelah tadi. Nenek keluar sekejap.” Nek Wati bersuara lagi. Pisau yang digunakan untuk memotong ayam diletak dalam singki.

“Haa! Biar Eshal yang hantar!” Pisau diletak kuat di atas meja dengan bibir yang menguntum senyuman manis.

Nek Wati sudah mengurut dada. Terkejut dengan tindak balas Eshal. Semangat sungguh!

“Engkau ni kenapa Eshal? Kuat sungguh suara tu. Terkejut nenek!”

“Hehe.... Maaf nek. Eshal teruja. Biar Eshal yang hantar eh? Bolehlah Eshal jumpa Ali.” Eshal mengedipkan matanya beberapa kali.

“Jumpa Ali? Nak buat apa?” tanya Nek Wati. Mimik muka hairan terbias di wajahnya.

“Erm adalah! Mana boleh bagitahu.” Rambut yang berserabai dikemaskan dan diikat satu sebelum tudung disarungkan.

Inilah masanya untuk dia cuba menarik perhatian Ali, lelaki yang dia sukai. Lelaki itu agak baik malah murah senyuman ketika bercakap atau bertemu. Mana tidaknya dia sukakan Ali? Tambah pula Ali memiliki raut wajah yang tampan.

“Nah, ambil ni. Bagi dekat jiran sebelah tau? Jangan melencong ke tempat lain pula. Sayur ni tak habis potong lagi,” kata Nek Wati. Bekas berisi kuih dihulur kepada Eshal.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWhere stories live. Discover now