Part 6

606 81 21
                                    

"Thanks sebab ajak kitorang makan malam, by the way masakan mom kau sedap. Memang the best!"

Sandstorm hanya tersenyum herot, dia menadah telinga mendengar akan pujian daripada kawan-kawannya.

"Well, dahlah pi balik sana. Dah hampir larut malam ni, nanti tercari pula mak korang." kata Sandstorm.

"Yelah! Tapi kenapa mom kau tak turun? Aku teringin juga nak jumpa mak kau Sand, nak tengok secantik apa dia."

"Dia lelaki bodoh."

"Aku ada sebab kenapa tak bagi dia turun."

Semua memandang Sandstorm. Dahi masing-masing berkerut dan saling berbalas pandangan.

"Why? Kau takut kitorang rampas kasih sayang mom kau ek? Tapi bila masa kau sayang dia ek?"

Bidas Glasier. Kata-kata yang sangat tajam. Glasier senyum sinis. Yang lain sudah berseru riang, sekadar mahu memanasi suasana. Celaka punya kawan.

Sandstorm merengus. Anak matanya merenung Glasier kesal dan berang. Kedua tangannya terkepal.

"Suka hati aku lah nak sayang dia ke tak, bukan urusan kau pun. Bagi aku dia tu..."

Ucapan Sandstorm dipotong oleh Cinnabar. Ayat yang keluar daripada mulut lelaki itu amat menusuk.

"Kenapa kau benci sangat kat dia? Bukan kau aje ada mom yang berjantina lelaki. Kami pun ada tau. Kau tau, mereka tu daripada golongan yang istimewa tau. Mereka juga manusia yang patut disayangi. Walau apapun, ibu tetap ibu Sand."

Cinnabar berjeda seketika. Wajah kawannya ditatap, bahu Sandstorm ditepuk sejenak.

"Hargai lah dia, jangan sampai suatu hari nanti dia pergi jauh dari kau. Kata menyesal sudah tidak berguna tau Sandstorm."

Sandstorm dan tidak terkecuali juga dengan kawan mereka turut tersentap akan ucapan Cinnabar barusan. Kata-kata yang amat mendalam.

"Aku cakap macam ni sebab aku sayang kau Sand, kau kawan aku dan aku tak nak kau menyesal. Sebab aku dah lalui. Masa arwah ibu aku hidup, aku tak pernah layan dia dengan elok juga dan aku amat menyesal masa tu."

Cinnabar tersenyum pahit, birai matanya yang sempat berair dikesat kasar. Rindu pula dia dengan arwah ibunya yang sudah pergi buat selamanya.

Suasana sedih menguasai sekeliling mereka.

"Cinna.. Janganlah sedih, kitorang sentiasa ada untuk kau tau. Kita kan kawan sampai mati, kubur aje yang lain-lain."

Suasana sedih barusan bertukar seketika apabila mendengar ucapan spontan daripada Frostfire. Mereka ketawa kecil, kawan mereka yang satu itu memang tidak pernah nak serius.

"Kau ni Frosty, lempang kan." kata mereka, Frostfire tersengih tidak bersalah.

Sandstorm mengetap bibir. Kata-kata Cinnabar terngiang-ngiang dicuping telinganya.

"Sand, boleh kami tau kenapa dan sebab kenapa kau benci sangat kat mak kau? Ke mak kau jahat?"

Sandstorm terkelu dengan soalan tidak terduga itu.

"Aku.." suara Sandstorm seakan tersekat di kerongkong. Dia tidak tahu nak jawab apa.

Dia tiada sebab untuk membenci ibunya, Gempa tidak pernah berbuat jahat apa lagi berkasar kepadanya malah lelaki itu terlalu menyayangi dan mengambil berat tentang dirinya. Lelaki itu terlalu baik, dia akui.

Tapi yang menjadi penyebabnya adalah, dia lelaki dan juga..

"Ke kau ada hati kat mak kau sendiri Sandstorm?"












Tbc..

Maaf dipotong (´∀').

Sengaja HAHAHAHA.

36 vote for next chapt! ❤

Kbai!

I'm Sorry Mom.. (HaliGem) [SU]Where stories live. Discover now