Part 23

549 76 3
                                    

"Betul ni kau tak nak pergi sekolah? But why wife, aku mesti boring kat sekolah kalau kau tak ada hmm.."

Gempa mengaru kepalanya yang tidak gatal, lelaki itu tiba-tiba saja datang ke biliknya dan merengek kepadanya.

Nasib baik hensem kalau buruk sudah lama dia lempang masuk longkang. Biar padan muka.

"Ishh! Kan aku dah kata sebelum ni yang aku tak akan ke sekolah jahanam tu lagi. Never!!"

"Alaa!"

Halilintar yang menggedik, Gempa pula yang rasa ingin memberi lempangan maut. Kesal betul dia.

"Keputusan aku dah muktamad! Jangan nak mengada-ngada, tumbuk kang!"

Halilintar menarik muka empat belas apabila Gempa sudah mengacukan pukul limanya. Dia merengus.

"Benci betul!" Halilintar menghentak kaki, merajuk.

"Kalau benci, pergi main jauh-jauh." halau Gempa berang dengan sikap kanak-kanak Halilintar.

Tidak mereka sedari, ada dua pasang mata memerhatikan mereka di pintu bilik yang terbuka.

"Huish, perang rumahtangga dipagi hari. Kalah drama TV3.." omel kedua ibu bapa Halilintar yang mengintip anak serta bakal menantu mereka.

Mereka menonton sambil mengunyah popcorn.

"Ish, wife ni! Sekurang-kurangnya pujuklah bukannya halau. Sampai hatimu baby."

"Apa babi?"

Encik Adam dan Puan Lisa menutup mulut, menahan tawa dengan respon spontan daripada Gempa.

Wajah Halilintar sudah masam seperti buah mempelam.

"Sudahlah, aku nak pergi cari madu untuk kau."

Halilintar angkat kaki dan melangkah untuk keluar bilik.

"Lari! Sembunyikan diri, dashi run run run!"

Puan Lisa dan Encik Adam segera bersembunyi apabila melihat Halilintar mahu keluar.

Gempa hanya memandang sepi, tidak terniat mahu mencegas Halilintar.

Tapi kenapa perasaannya terasa sakit?

Tidak sampai beberapa langkah Halilintar berpatah balik. Dia berjalan terhentak-hentak menuju ke arah Gempa.

"Sayang!"

Gempa tersentak. Matanya terkebil-kebil menatap Halilintar yang kian mendekat.

"Kata nak pergi cari madu?" perli Gempa.

"Ishh! Aku cuma nak cakap I love you. Tu aje bye."

Halilintar berbalik arah menuju ke pintu bilik semula, namun dia berhenti dan menoleh.

"Hali love Gem tau!"

Pipi Gempa memerah dengan perkataan Halilintar.

"Adoi mamat ni, bla lah. Sibuk aje nak I lup biu bagai. Dasar gedik."

"I love you aaaaa!!"

Halilintar segera melarikan diri apabila mendapati Gempa mahu mambaling kerusi kepadanya. Dia ketawa suka melihat wajah kesal plus merah milik Gempa.

"Dasar aneh." keluh Gempa, dia hela nafas lega tatkala Halilintar sudah pergi...

"Heyy Gem!"

Gempa mencari sumber suara dan mendapati Halilintar menjengukkan kepala di balik pintu biliknya. Ada lagi makhluk aneh ni..

"I love you!! Bubye wife!"

Ingin marah sudah tiada gunanya, Gempa mengeluh. Dia simpan senyum yang mahu terukir dengan telatah Halilintar sebentar tadi.

"Alien bin aneh bin comel. Dasar pikachu."













Tbc...

36 vote for next chapt! ❤

Bubye!

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now