Tiga puluh empat

1.4K 213 628
                                    

"Rosli..."

"Jomlah balik, Rosli..."

"Li, abah rasa abah tertinggal lutut abah kat rumah. Jomlah balik."

"Astaghfirullahalazim, abah. Kita dah tiba kat depan hospital dah ni, bah." Jisung menepuk dahi melihat ayahnya mula membuat perangai. Sekali-sekala ada orang awam ketawa melihat perangai comel Yongbok seperti anak kecil.

"Takut..." rengek Yongbok sambil memeluk lengan Jisung. Berbekalkan kesabaran yang tinggi, akhirnya Jisung berjaya memaksa Yongbok duduk di dalam sebuah bilik bersama seorang doktor.

"Okey, pak cik. Pak cik sakit apa?" tanya doktor itu lembut.

"S-Sakit l-lutut..." jawab Yongbok, pegangan pada lengan Jisung semakin kuat.

"Ohh, sakit lutut. Meh saya check." doktor itu ingin mendekati Yongbok namun dia tidak sengaja menjatuhkan sebuah gunting yang ada di atas meja dan mengenai kaki Yongbok.

Mereka bertiga memandang gunting itu dan saling berpandangan selama beberapa saat.

"ARGHHH ROSLI TOLONG ABAH, DOKTOR NAK GUNTING LUTUT ABAH! ABAH TAKUT! ALLAH! ALLAH! ALLAHUAKBAR! ASH-HADU AL LA ILAHA ILLA LLAH WAー"

"ASTAGHFIRULLAHALAZIM, ABAH! DOKTOR TU CUMA NAK PERIKSA ABAH JE!"

"P-Pak cik tenang, sayaー Ya Allah, pak cik jangan lari!"

"Abah! Lutut abah sakit tu!"

"Abah tak kira! Huweee cintaku tolong abang! Abang nak kena gunting dengan doktor hiks!"

Changbin ketawa kecil tatkala dia teringat kisah yang diceritakan oleh ayahnya semasa menghantar Yongbok ke hospital. Nasib baik dia tidak ikut pergi ke hospital dan melihat peristiwa memalukan itu

"Kenapa ketawa tiba-tiba?" tanya Haknyeon dengan pipi agak mengembung, seperti biasa lelaki itu akan curi-curi makan dalam kelas dan semua makanan yang dimakan Haknyeon bukanlah makanan ringan.

Bak kata Joonyoung, "Junk food is not good for health. " jadi Haknyeon memutuskan untuk makan nasi ambeng secara sembunyi-sembunyi.

"Aki teringat kat atuk aku, dia lari dari doktor sebab takut." beritahu Changbin. Dia mengerutkan dahi melihat Wooyoung dan Yeosang berada di depan kelas sambil meletakkan kerusi atas kepala.

"Pehal diorang tu?" tanya Changbin.

"Diorang kantoi tak buat homework, sebenarnya Ikmal je yang tak buat tapi dia punya dengki tu sebesar dosa dia, habis buku Farish dia buang dalam parit belakang sekolah." jawab Haknyeon. Changbin menghela nafas, dia sangat bersimpati dengan Yeosang.

Ada kembar tapi semua tak berguna, ibarat Yeosang ada roti tapi semua sudah berkulat.

"Yang berbual kat belakang tu nak kena denda juga ke?" tanya Jihyo sinis, terus terdiam Changbin dan Haknyeon di situ. Wooyoung yang tidak puas hati kerana didenda mula memerah otak, tanpa sengaja dia menoleh ke arah Haknyeon.

"CIKGU, MIRZA MAKAN NASI AMBENG! PERGH CIKGU, TENGOK DIA TENGAH MAKAN IKAN KERING! PERGH! PERGH! ENAKNYA DIA MAKAN, CIKGU!"

Jeritan Wooyoung membuat Haknyeon tersedak, sebagai sahabat yang berguna dan prihatin, Changbin menyerahkan air teh tarik ikat tepi kepunyaan Haknyeon kepadanya.

"MIRZA! KENAPA KAMU MAKAN LAGI DALAM KELAS?!" jerkah Jihyo, hatinya memanas melihat di tangan Changbin ada sejenis air yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan air-air lain di dalam kelas.

"MIRZA HAKNYEON! RIZKI AFNAN CHANGBIN! LARI KAT PADANG LIMA KALI PUSINGAN!"

"LAH, KENAPA SAYA KENA JUGA?"

Han FamilyWhere stories live. Discover now