❝ a friend who understands your tears is much more valuable than a lot of friends who only know your smile. ❞
•••
"Nana datang tak harini?" Soal seseorang sambil memanaskan badan. Dia memandang semua yang ada disitu bersilih-ganti.
"Entahlah Mark. Aku call dia, dia just cakap tengoklah macam mana. Aku pun dah naik stress dah dengan dia." Ucap Donghyuck kesal.
"Nak Jisung try call Jaemin hyung ke?" Lelaki bernama Jisung yang sedang duduk tidak berbuat apa-apa itu mula bersuara.
"Tak payah la. Nanti dia datang la tu." Mark menggelengkan kepalanya sambil tersenyum kelat.
Bagi pandangan orang lain, Mark mungkin bertindak seolah-olah dia tidak kisah. Tetapi kenyataannya, Mark teramatlah kisah tentang kawan-kawannya. Buktinya seperti sekarang.
Wajah lelaki berdarah Canada itu jelas menunjukkan yang dia risau dengan keadaan Jaemin. Mana tidaknya, masuk harini sahaja sudah hampir 3 minggu Jaemin tidak munculkan diri semasa latihan. Entah apa yang berlaku terhadap lelaki itu pun mereka tidak tahu.
Bila salah seorang antara mereka call ajak berlatih, jawapan yang sama akan keluar dari mulut Jaemin. Kadang-kala mereka buntu. Tidak tahu macam mana lagi nak hadap perangai Jaemin yang makin hari, makin dingin seperti ais dikutub.
"Kalau macam tu, kita practice dulu la." Ajak Renjun. Dia tidak mahu membuang masa menunggu tetamu yang entah ingin hadirkan diri atau tidak.
Mereka menganggukkan kepala dengan perlahan. Masing-masing kini berdiri diposisi sendiri, menunggu musik dimainkan. Tiba-tiba, pintu ruangan itu diketuk oleh seseorang daripada luar. Pintu dibuka dan muncullah seorang lelaki yang ditunggu-tunggu.
"Jaemin hyung." Seorang lelaki berkulit putih diantara mereka bertindak memanggil nama itu dengan perlahan.
"Datang pun. Ingatkan dah tak tahu jalan nak kesini." Donghyuck memerli Jaemin pedas.
Kalau diikutkan hati, mahu sahaja Donghyuck menyerang Jaemin dengan pelbagai soalan yang bertubi-tubi. Tetapi disebabkan dalam dirinya masih ada hati nurani yang suci, dibiarkan saja hasrat itu berlegar-legar dihatinya.
"Sorry sebab dah lama tak datang. Ada hal sikit. Sorry hyung." Jaemin meminta maaf kepada mereka semua.
Terutama sekali kepada Mark yang merupakah ahli tertua disitu. Dia sedar dia telah menyusahkan lelaki itu sepanjang 3 minggu ketiadaannya. Tapi apakan daya, setiap orang mempunyai masalah dan memerlukan waktu untuk menenangkan diri.
"It's okay. Kau datang ni pun dah buat hyung bersyukur. Kitaorang dah nak mula, nak join?" Soal Mark sambil tersenyum ikhlas kearah Jaemin.
Belum sempat Jaemin mengangguk, Donghyuck terlebih dahulu memotongnya. "Serious la?"
"Dia tak datang 3 minggu tau. Mesti banyak benda dia tak tahu." Donghyuck membantah keras.
Mereka yang lain hanya mendiamkan diri. Tidak ingin campur tangan dalam perbalahan Mark dan Donghyuck mengenai Jaemin. Tetapi kalau nak diikutkan hati, mahu sahaja mereka menyebelahi Donghyuck.
Ada betulnya juga apa yang Donghyuck cakap. Jaemin sudah 3 minggu tidak hadirkan diri, sudah pasti banyak benda yang lelaki itu tidak tahu. Tetapi, Mark bukanlah orang yang akan menyuruh mereka menyertai latihan secara membuta tuli. Pasti dia ada sebab tertentu yang mereka tidak tahu.
"Aku yakin Jaemin boleh practice sekali dengan kita walaupun dia dah 3 minggu tak datang." Ucap Mark yakin.
"Tak boleh, tak boleh." Donghyuck menggelengkan kepalanya laju menandakan yang dia tidak setuju.
ВЫ ЧИТАЕТЕ
мay ι? ⟳ 나재민
Фанфик❝ Idol tak ada lemak macam ni. ❞ ━ Bermula dengan perkenalan yang sedingin ais, mereka akhirnya bersepakat untuk saling bantu membantu. Semua itu membangkitkan kembali impian mereka yang pernah terhalang oleh pelbagai perkara. And this is мay ι? ⟳ 나...
