Part 7

707 79 19
                                    

(Bonus XD)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Bonus XD)

***

"Ha.. Apa aku nak buat ya? Minggu depan daddy dah nak balik."

Sandstorm bergumam, jari jemarinya mengetuk permukaan meja belajarnya.

"Kau dah kenapa? Macam serabut aje aku tengok? Apa yang kau fikir?"

Kepala ditoleh pada empunya suara yang duduk di sampingnya. Terra si pemilik suara.

"Penyibok, suka hati aku lah." kata Sandstorm mendatar.

Terra mencebik.

"Dasar kedekut. Ni lah kawan, yang tak kenal arti budi." omel Terra tidak berpuas hati, wajahnya masam.

Sandstorm menjulingkan matanya ke atas, tanda menyampah.

"Diam ah kau, aku lempangkan nangis karang."

Mereka berdua berbalas jelingan.

"Oit! Dah, jangan gaduh lah. Sakit pula mata kitorang tengok kau orang gaduh." Satu suara menyampuk, menghentikan pergaduhan Terra dan Sandstorm.

"Entahnya, aku kahwinkan juga korang nanti. Baru tahu!"

Sandstorm dan Terra buat muka hodoh apabila mendengarkan itu daripada mulut kawan mereka.

"Tak mau aku dengan mamat poyo macam dia!" bantah mereka berdua secara serentak. Mereka berpandangan sebelum membuang muka ke arah lain.

"Tch, sudahlah. Ohya, alang-alang guru kita ada meeting apa kata kita main satu game." Flint buka suara.

"Game apa?" sahut Magma mewakili yang lain.

"Truth or dare."

"Okey, jom main!"

*****

"Kitorang nak dare kau, cium mom kau Sandstorm. Tepat dibibir dan ciuman tu haruslah fresh. Ada beranikah?"

Dia masih ingat lagi akan perkataan kawan-kawannya yang memberikan padanya sebuah 'dare' yang membuatnya rasa ingin membunuh mereka semua. Dia ingat lagi, wajah-wajah mereka yang mengejek dirinya.

Dan dia menyesal kerana memilih cabaran daripada berkata jujur.

Sepertinya mereka ingin mengenakan dirinya.

"Harus ke aku buat? Apa daddy akan marah kalau aku cium bini dia?" bisik Sandstorm waspada.

Takut pula dia kena tendang dengan Halilintar kerana mencium Gempa. Tapi, daddy dia kan tidak akan tahu?

Sandstorm senyum licik.

Dia menuruni anak tangga untuk menuju ke tingkat bawah.

"Selalunya dia akan tengok TV waktu macam ni." Gumam Sandstorm yang tahu akan kebiasaan Gempa yang akan menonton televisyen sebelum masuk tidur.

I'm Sorry Mom.. (HaliGem) [SU]Where stories live. Discover now