24

909 1K 192
                                    

"Tak nampak ke apa yang dah jadi sekarang atau korang sengaja butakan mata? Ni, korang tengok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tak nampak ke apa yang dah jadi sekarang atau korang sengaja butakan mata? Ni, korang tengok. Semua darah ni takkan ada kat lantai kalau dia tak cuba cederakan diri sendiri disebabkan gas bodoh yang korang bagi tu!"

Daripada luar bilik eksperimen, Hoseok sudah dapat mendengar tempikan Taehyung. Banduan itu mempunyai suara yang garau jadi sudah tentu apabila nadanya naik seoktaf, akan bergema di seluruh bilik.

Bimbang jika pembantu-pembantunya di apa-apakan, Hoseok segera meluru masuk ke dalam bilik eksperimen. Kelihatan Taehyung sedang berhadapan dengan dua orang pembantunya. Manakala Jimin dan Jungkook berada di samping banduan itu. Mereka bertiga masih belum menyedari kehadiran Hoseok.

Sebelum sempat Taehyung menyambung bicara, Hoseok sudah pun membuka mulut. "Jadi patut ke kami lepaskan Jungkook seorang?"

Seperti yang dijangka, kata-katanya itu berjaya membuatkan Taehyung terdiam. Raut wajahnya kelihatan terpempan, begitu juga dengan Jimin dan Jungkook.

"Kamu berdua boleh teruskan eksperimen ni, kami akan bebaskan Jungkook. Macam mana?"

"Apa?" hanya sepatah perkataan itu saja yang mampu keluar dari bibir Taehyung. Selama ini dia cuma tahu melawan, mungkin sekarang dia sudah kehilangan kata-kata. Melihatkan perkara itu, Hoseok tersenyum sinis.

"Yalah. Macam apa yang awak cakap tadi, Jungkook cuba cederakan diri sendiri akibat kesan daripada gas stimulasi yang kami berikan. Jadi, saya fikir mungkin Jungkook patut dilepaskan memandangkan kamu berdua begitu risau tentang keadaan dia." ujarnya dalam nada sarkastik.

"T-tak..."

"Kalian dah anggap satu sama lain macam adik-beradik, bukan?"

Sebenarnya, Hoseok langsung tidak terfikir untuk melepaskan Jungkook. Dia hanya berkata sedemikian untuk mendapatkan perhatian mereka lagi-lagi Kim Taehyung yang cuba mencetuskan pergaduhan dengan dua orang pembantunya sebentar tadi.

"Bukan tu yang aku maksudkan!"

Senyuman yang terukir di bibir Hoseok serta-merta pudar. Dia membuka langkah mendekati Taehyung dengan perlahan.

"Kalau begitu, buang segala rasa simpati dan fokus pada diri sendiri. Eksperimen ni perlu diteruskan sehingga cukup 30 hari. Kamu semua tiada masa untuk risau tentang keadaan orang lain selain daripada diri sendiri. Satu saja cara untuk kekal bertahan. Fokus dan jaga diri sendiri."

Pandangannya mula berkalih ke arah Jimin yang berada di sebelah Taehyung. Hoseok tahu, bahawa Jimin juga mengerti akan maksud tersirat yang cuba disampaikannya.

Dia sebenarnya mahu memecah-belahkan hubungan ketiga-tiga banduan itu yang sudah terjalin sepanjang berada di Urotex Lab.

Ini merupakan salah satu rancangannya untuk membalas dendam terhadap Jimin iaitu dengan menimbulkan rasa kebencian antara sesama sendiri dan menghancurkan persahabatan mereka.

"Kau memang kejam.." Jimin bersuara perlahan. Hoseok mengangkat alis kanannya ke atas.

"Saya bersama ahli kumpulan di sini cuma nak tolong pihak ketenteraan. Jadi, tiada definisi kejam untuk orang-orang yang ingin membantu negara seperti kami."

Itu merupakan kata-kata terakhir daripada Hoseok sebelum dia dan dua orang petugas makmal yang lain berlalu keluar dari bilik eksperimen.

❐❐❐

"Dasar saintis bodoh. Apa dia fikir dengan cakap macam tu dapat buat aku nampak terdesak nak keluar?" Taehyung menyuarakan rasa tidak puas hatinya. Saat ini, matanya tajam bagaikan pedang memandang tingkap yang memisahkan bilik eksperimen dan bilik pantauan.

"Jangan harap aku nak meraih simpati kat orang macam dia. Aku akan cari cara tersendiri untuk keluar dari tempat ni."

"Kita tak boleh percaya mereka semua lagi. Dia dan yang lain cuma nak manipulate kita, sama seperti apa yang berlaku dulu. Masa kita percaya bulat-bulat ganjaran eksperimen ni." Jimin yang duduk di rak buku pula berkata.

Jungkook mengangguk lalu kembali tertunduk lemah di sebelah Taehyung yang sedang bersandar pada dinding. "Kita masih ada harapan ke?" soalnya.

Sebentar tadi, Jimin dan Taehyung telah memberitahu kepadanya tentang idea mereka untuk keluar dari Urotex Lab. Walaupun dirinya belum pulih akibat kecederaan yang dialami, Jungkook tidak kisah.

Lagipun dia cuma mengalami kecederaan pada kuku tangan, tidak lebih daripada itu. Itu tidak menghalang Jungkook untuk menjayakan rancangan mereka berdua. Dia telah pun bersetuju walaupun dirinya masih teragak-agak.

"Mestilah, ada. Kita kena cuba." Jimin cuba meyakinkan Jungkook. Walhal sebenarnya jauh di sudut hati, dia juga berasa ragu-ragu.

"Sekejap. Aku terlupa nak bagitahu sesuatu." ujar Taehyung. Kelihatan dia sedang menyeluk poket seluarnya kemudian menggenggam sesuatu.

"Cuba teka apa yang aku dapat." Taehyung menyoal kepada Jimin dan Jungkook.

"Apa dia, hyung?" Jungkook penasaran. Begitu juga dengan Jimin yang berada berdekatan dengan rak buku.

"Jimin, mari ke sini."

Jimin bangun lalu berjalan menghampiri Taehyung. Setelah beberapa langkah, Jimin berhenti di hadapan sahabatnya kemudian dia duduk bertinggung.

Jungkook yang berada di sebelah Taehyung semakin ingin tahu apakah yang ingin ditunjukkan oleh banduan itu.

Apabila Taehyung menunjukkan objek daripada poketnya, automatik mereka berdua terpempan. "Kau berjaya dapatkannya?" soal Jimin.

Bimbang jika perbuatannya tertangkap oleh CCTV, Taehyung pantas memasukkan kembali kunci ke dalam poket seluarnya. Kemudian dia mengangguk sambil tersenyum bangga.

"Kunci apa tu?" soal Jungkook. Nampaknya hanya dia seorang yang masih tidak faham akan situasi sekarang. Jika dilihat, wajah banduan muda itu kelihatan sangat polos dan tertanya-tanya.

Dengan kening yang bertaut dan mulut yang dimuncungkan sedikit ke hadapan, memang mencuit hati. Jimin menggelengkan kepala sambil tersenyum.

"Kunci bilik eksperimen ni lah." kata-kata Taehyung membuatkan mata kuyu Jungkook semakin membesar. Seolah-olah banduan muda itu baru saja melihat sinar harapan hidupnya

"Jadi, bila kita akan keluar?" soal Jimin.

"Malam ni."

❏❏❏

❏❏❏

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now