Part 8

609 81 30
                                    

Beberapa hari kemudian..

Sejak kejadian di mana Sandstorm menjalankan 'dare' iaitu mencium ibunya sendiri.

Gempa mendiami Sandstorm, dia canggung apatah lagi apabila mengingatkan peristiwa beberapa hari yang lalu.

Manakala Sandstorm, dia hanya biasa-biasa sahaja. Tidak ada perkataan maaf yang keluar daripada mulutnya selepas mencumbu ibunya sendiri. Baginya dia tidak salah, melainkan kawan-kawannya.

Salah mereka sebab memberikan 'dare' seperti itu.

Sandstorm berhenti dihujung anak tangga, anak matanya mengerling ke arah dapur. Gempa sedang menyediakan sarapan pagi.

Sandstorm membetulkan kedudukan beg sekolahnya. Kakinya diarahkan ke tempat Gempa berada.

Srek..

Dia menarik kerusi dan duduk di meja makan. Kehadirannya membuatkan Gempa menoleh sekilas sebelum membuang muka ke arah lain.

Sepi.

Sandstorm merengus perlahan akan keacuhan Gempa terhadapnya. Sepertinya lelaki itu masih marah kepadanya akan hal sebelum ini.

Entah kenapa melihat kebisuan Gempa itu, buatkan hatinya sakit.

Seperti inikah perasaan Gempa apabila dia tidak endahkan dirinya?

Sakit juga rasanya.

"Ehem, dasar jalang. Apa lambat sangat masak ha? Aku dah lambat nak ke sekolah ni." Dengan sengaja Sandstorm berkata begitu, mahu menarik perhatian dan memanasi hati Gempa.

Gempa meremas mangkuk yang terisi nasi goreng, terasa panas telinga dan hatinya dengan ucapan Sandstorm. Apalagi dengan gelaran yang anaknya berikan padanya.

Gempa diam, tidak menyahut. Dia bergerak ke meja makan dan mangkuk nasi goreng diletakkan di atas meja bersamaan dengan pinggan.

"Oit! Kau dah kenapa tak jawab aku ha? Tak ada mulut? Ke dah bisu?"

Sandstorm mulai geram dengan kebisuan Gempa. Wajah lelaki itu kosong sahaja, tidak ada lagi senyuman manis yang selalu dia lakarkan untuknya walaupun tidak pernah dibalas.

Gempa mengangkat wajah, matanya bertemu dengan Sandstorm. Dia cuba ukirkan seulas senyuman walaupun terasa terpaksa dan kelat.

"Makan lah, nanti kamu terlambat. Mom ke bilik dulu." Kata Gempa dengan nada mendatar.

"Lusa daddy balik dari outstation, mom akan jemput dia di airport nanti." sambung Gempa tanpa melihat ke arah Sandstorm.

Remaja 17 tahun itu berdecit apabila mendengarkan itu. Kenapa daddynya harus pulang?

Dia belum puas 'bermain' dengan Gempa.

Melihat keterdiaman Sandstorm, Gempa hela nafas dan mengambil langkah untuk beredar. Dia ingin cepat pergi daripada sana, buat masa sekarang dia ingin menjauhi Sandstorm.

Grep!

Sandstorm merentap tangan Gempa, dia berdiri berhadapan dengan Gempa.

"Kau nak ke mana? Duduk dan makan." Sandstorm menekan suaranya. Anak matanya merenung tajam ke dalam mata ibunya.

Gempa mengetap bibir, "Mom tak lapar, kamu makanlah dulu.."

"Makan!"

Bahu Gempa terhinjut kerana suara nyaring Sandstorm.

"Sandstorm, hormat sikit mom ni mom kamu!"

Nada suara Gempa naik seoktaf. Dia merentap kasar tangannya dari cengkaman Sandstorm.

"Hormat? Haha perlu ke aku hormat orang yang macam kau ni?"

Sandstorm senyum sinis, dahi ibunya ditunjal kasar buatkan Gempa terundur ke belakang.

"Kau tu hanya jalang, so tak patut kut aku hormat. Jalang is jalang."

"Stop it Sandstorm!"

"Kenapa? Marah aku panggil kau jalang? Kenapa perlu marah, kau kan memang ja.."

Pang!

Sandstorm terkedu dengan tamparan Gempa yang tiba-tiba itu. Dia ketawa sinis sambil memegang pipinya yang mulai rasa panas kerana tamparan tersebut, anak matanya menatap marah kepada Gempa.

"Dasar kamu anak derhaka! Mom besarkan kamu dari kamu lahir lagi, tapi ni balasan kamu Sandstorm? Kamu memang melampau!"

Air mata Gempa jatuh membasahi pipi dengan lajunya. Dia tersangat sakit hati dengan perilaku Sandstorm itu.

"Hiks kamu memang suka tengok mom terseksa kan? Ha buatlah sesuka hati kamu! Asalkan kamu puas hati. Tapi ingat, jangan sampai mom tak ambil tahu pasal kamu lagi. Cukup Sandstorm, mom penat."

Sandstorm terdiam, dia menatap kepergian Gempa. Hatinya terasa terkilan melihat wajah sedih ibunya.

Kepala Sandstorm tertunduk, lantai dapur ditenung.

Rasa bersalah? Entahlah, dia tidak faham apa yang dia rasa sekarang ini.

Namun yang pasti, pipinya turut basah sekali.

"Kejam sangat ke aku? Aku.."














Tbc..

Happy ending or sad ending?

I'm Sorry Mom.. (HaliGem) [SU]Where stories live. Discover now