Tiga puluh tujuh

1.4K 223 949
                                    

"Sayang... jangan marah abang." Hyunjin mendengus dan mengabaikan Jisung di sebelah.

"Sayang, hati abang terluka kalau sayang layan abang macam ni. Apa salah abang, sayang?"

Hyunjin berhenti memotong kentang, dia pantas memusingkan badan tepat di hadapan Jisung.

"Abang tanya apa salah abang? Abang tahu tak Munah punya risaukan abang sesat kat dalam hutan tu!" Hyunjin mengeluarkan apa disimpan dalam hati. Jisung beristighfar.

"Astaghfirullah, sayang. Tu kan dah enam hari lepas. Takkan sayang marah abang lagi?"

"Macam mana tak Munah marah?! Halim dengan budak enam orang tu sibuk cari abang dengan kawan abang malam-malam kat hutan tapi abang rupanya tengah join barbeque party dengan orang lain!"

"Sayang, abang dengan kengkawan abang memang sesat pastu ada orang yang jumpa kitorang dulu. Lepas tu diorang yang ajak kitorang makan-makan. Sayangー ASTAGHFIRULLAHALAZIM SAYANG!" Jisung refleks mengangkat kedua tangannya ke atas apabila Hyunjin menghalakan pisau itu ke mukanya.

"Abang tak pernah nak fikir perasaan Munah! Abang lebih pentingkan barbeque party tu daripada Munah yang tengah risaukan abang!"

Minho dan Chan menonton pergaduhan sepasang suami isteri itu, semangkuk bertih jagung dikongsi bersama serta terdapat sebotol air pepsi di samping mereka.

"Bahagianya tengok diorang bergaduh." ujar Minho sambil mengunyah bertih jagung. Chan menelan air pepsi itu sebelum membalas.

"Padan muka ayah. Kesian tahu mummy tak tidur malam sebab risaukan ayah."

"Mak su dengan Ayyan ni suka sangat tengok orang bergaduh. Cubalah jaga tepi kain sendiri." tegur Changbin yang kebetulan melihat mereka berdua ketika hendak keluar dari rumah.

"Eleh, diamlah kau." balas Minho.

"Abang Riz nak pergi mana?" tanya Chan.

"Aku nak pergi selamatkan orang."

Minho memutarkan mata.

"Kau nak selamatkan diri sendiri pun tak boleh, berangan nak selamatkan orang pula. Nak tipu tak beragak."

"Ish, mak su ni. Riz betul-betul nak selamatkan oranglah." balas Changbin, dia mendengus kerana mak ciknya ini tidak pernah mahu mempercayainya. Tidakkah Minho nampak wajah bercahaya Changbin yang bersih daripada sebarang dosa ini? Mengapa Minho sanggup mengelarnya sebagai penipu?

"Ayyan nak ikut!" teriak Chan.

"Tak boleh, kau buat semak je!" balas Changbin. Chan mencebik, dia memandang Minho untuk mendapatkan pembelaan.

"Helemek, kau ni budak. Bawa jelah adik kau ni sekali, bukan patah pun tulang kau tu." sesuai dengan dugaan Changbin, tiada siapa yang akan berpihak padanya.

"Mak su tak pernah ada adik senanglah cakap macam tu. Ayyan ni tak boleh ikut dengan Riz nanti huru-hara jadinya." Changbin memberikan alasan, Minho mendecih sebelum menyeringai.

"Bawa Ayyan sekali atau aku bagitahu benda ni kat nenek kau?"

"Ish, mak su!" rengek Changbin sambil menghentakkan kaki.

Akhirnya Changbin terpaksa membawa Chan bersama. Itulah pengorbanan seorang abang yang sangat besar.

Di tempat lain, beberapa orang lelaki sedang berkumpul di sebuah ruangan.

"Macam mana ni? Nak telefon bomba ke?" tanya San.

"Takkan lah sebab ni je nak telefon bomba?" Haknyeon mempersoalkan cadangan San.

Han FamilyWhere stories live. Discover now