DC | 25 - SIAPA DIA ?

1.2K 98 43
                                    

"Sebenarnya perempuan ni nama dia Aileen..."

"Aileen ?"

Zarith mengangguk.

"Aileen Delina... seorang perempuan yang berketurunan Melayu campuran Cina dan Russia, sangat cantik dan manis bila dipandang. Abang kenal dia dari universiti dan abang tak tersengaja jatuh cinta kepada dia. Abang tahu abang tak sepatutnya ada hati dekat dia sebab kita pernah berjanji kan, sebelum habis belajar kita tak boleh bercinta. Tapi abang dah langgar janji kita", Zarith diam seketika.

"Sebab tu abang tak pernah beritahu sayang pasal Aileen. Abang sayangkan persahabatan kita tapi di waktu yang sama abang juga sayangkan Aileen".

Adelia diam dan hanya menadah telinga.

"Abang minta maaf sebab tak beritahu sayang", pinta Zarith. Matanya merenung ke dalam mata hazel Adelia.

"Hm takpela, benda dah lepas kan. Jadi mana dia sekarang?", soal Adelia ingin mengetahui lebih lanjut.

"Dia dah takde...", suara Zarith mengendur.

"Takde ? Pergi mana ? Dah pindah ke ?", soal Adelia bingung.

"Dia dah meninggal, sayang"

Adelia terkejut. Meninggal ?

"Abang dapat tahu dia meninggal seminggu sebelum kami kahwin", ujar Zarith.

"Kejap, kahwin ?"

"Abang dan Aileen sempat bertunang dalam 7 bulan dan kami sudah siapkan semua persiapan untuk majlis perkahwinan nanti", terang Zarith.

Hati Adelia bagai disambar petir. Zarith hampir sahaja berkahwin tanpa pengetahuannya. Begitukah seorang sahabat ? Menyimpan rahsia dan membuat keputusan tanpa sedikit pun memberitahunya.

"Abang dapat tahu dia meninggal disebabkan ada orang yang tolak dia dari tingkat atas sebuah bangunan tinggi. Tapi sampai sekarang abang tak pasti siapa individu tu. Dah dua tahun abang cari pembunuhnya namun sampai sekarang tiada hasil...", Zarith mengangkat muka memandang Adelia.

Mata Adelia terketar-ketar dan wajahnya juga berubah. Ada sesuatu yang sedang bermain di fikirannya saat itu.

"Abang... Abang tak makan lagi kan ? Kejap saya turun masak untuk abang eh, abang pergilah mandi dulu. Lepastu turun makan ok", kata Adelia terus keluar dari bilik. Hatinya tidak senang dan fikirannya mula kusut. Dia cuba menenangkan diri di dapur dan memasak untuk melupakan hal itu.

Zarith yang masih duduk di atas katil mengeluh perlahan. Dia tahu Adelia pasti berbuat demikian.

✰✰✰

"Pergh sedap la sayang masak malam ni. Kenyang abang", puji Zarith sambil tangannya menggosok perut. Adelia sekadar tersenyum.

"Em sayang, lepasni sayang sibuk tak ? Ada nak buat apa apa ke ?", soal Zarith. Kain bersih di dalam laci diambil lalu dia menolong Adelia membersihkan meja makan.

"Saya mana sibuk. Lain la kalau saya kerja, ish abang ni boleh pula tanya soalan macam tu", Adelia mengerling.

"Hehe mana tahu sayang ada benda nak buat apa apa ke lepasni", Zarith tersengih nakal.

"Kenapa ?"

"Saya ingat nak tunjuk sesuatu dekat awak", jawab Zarith. Kain yang digunakan untuk mengelap meja tadi dibasuh kemudian disidai. Adelia menjongketkan kening.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now