HenYang(Pt2)

277 16 11
                                    

Cat boi






18!mature content! Yaoi! Sexual harassment!mpreg!

Hendery sedang memeriksa semua document yang diberi oleh Lucas. Sudah dua bulan dia dan Yangyang bersama. Mereka seperti pasangan kekasih, lagi lagi Hendery selalu menciumnya dan berkelakuan romantik dengan Yangyang.

Namun semua itu untuk memastikan dia kekal jadi manusia dan dia juga berusaha membuatkan Yangyang jatuh hati dengannya. Walaupun dia sendiri tahu benda tu mustahil.

Tiba tiba pintu ofisnya terbuka, masuk dua orang wanita ke dalam ofisnya. Seorang ialah Pn. Huang dan seorang lagi tu tidak dikenali. "Mama buat apa datang sini?" tanya Hendery sebaik sahaja mereka masuk ke dalam ofis Hendery. Dia tahu, pasti mamanya nak menjodohkan dirinya dengan wanita itu.

Tolonglah, sekarang sudah abad ke 21, takkan nak main jodoh lagi, desis hati kecil Hendery.

"Mama datang sini nak kenalkan Carla dengan kamu. Cantikkan Carla." ujar Pn. Huang. Hendery memutar bola matanya, dia meluat dengan perangai ibunya. Dia tahu ibunya nak meraih perhatiannya kembali tetapi jangan harap Hendery akan maafkan dia. Carla tersenyum memandang Hendery tetapi Hendery hanya menayangkan wajah dinginnya.

Dia bangkit dari kerusi dan meraih blazernya. Segugus kunci di atas meja diambilnya dan memandang kedua dua wanita itu. "Aku nak keluar, kalau korang nak berbual tu, sila berbual luar ofis aku. Ofis aku bukan tempat orang berbual." ujar Hendery dingin, dia pun melangkah keluar dari ofis. Meninggalkan Pn. Huang dan Carla tercegat di situ.

Hendery tidak kisah, yang pasti dia tidak akan berkahwin dengan wanita pilihan ibunya. Lagipun Carla tu bukannya boleh tamatkan sumpahan dia. Kalau boleh, kemungkinan dia nak kahwin dengan Carla.

Tiba tiba dia teringat akan Yangyang. Senyuman kecil mula menghiasi wajahnya. Staff yang berkerja di pejabat berasa hairan melihat Hendery tersenyum sendiri semasa dia lalu depan mereka. Mereka sangat jarang melihat boss mereka senyum. Boss mereka sangat tertutup dengan semua benda, dia tidak suka dengan orang ramai.

Baru hari ini mereka nampak boss mereka tersenyum dan mereka tidak tahu kenapa.

Hendery masuk ke dalam keretannya dan menghidupkan enjin kereta. Sementara menunggu engin kereta panas, dia mengirim pesanan kepada Yangyang bahawa dia akan makan tengah hari di apartment Yangyang. Tidak mengambil masa yang lama, pesanan dari Yangyang pun sampai.

Senyuman kecil mula menghiasi wajahnya lagi. Walaupun pesanan Yangyang berbunyi 'semoga kau sesat semasa datang ke apartment aku' dia tetap tersenyum. Entah , kenapa dia seperti suka sangat mengusik Yangyang beberapa hari ini. Dia suka melihat Yangyang marah marah.

Teringat masa Yangyang pergi ke mansionnya sebab dia yang suruh. Masa tu dia sedang tidur di dalam bilik dan tiada siapa berani nak bangunkan dia kecuali Yangyang. Pagi itu dia ada meeting penting dengan klien dari luar negara. Dia menyuruh Yangyang datang ke mansion nya untuk menbangunkannya.

Mulanya Yangyang menyuruh Jisoo membangunkan Hendery tetapi Jisoo takut. Bukan Jisoo sahaja yang takut, ramai lagi maid dalam mansion tu takut dengan Hendery kerana sikap dinginnya dan juga sikapnya yang suka hati sahaja memecat pekerja.

Jadi, Yangyang la terpaksa membangunkan Hendery. Dia sahaja yang berani membangunkan lelaki itu. Disebabkan geram, Yangyang mengambil sebaldi air dan disimbah ke arah Hendery. Secara automatik Hendery terbangun disebabkannya. Para maid dalam mansion itu mula takut sebab Yangyang berani buat macam tu, mereka takut Hendery akan marah. Lagi takut kalau Hendery memecat mereka semua disebabkan Yangyang.

Your Favourite NCT Ships ✅ Where stories live. Discover now