Seratus tujuh belas

673 116 58
                                    

"Jadi ni buku asli yang puan cakap tu?"

Wanita bertudung hijau tua itu mengangguk.

"Simpanlah buku tu. Aku harap kau boleh jaga buku tu sebaik mungkin." katanya, secara tidak langsung memberi amanah kepada seorang gadis yang duduk di hadapannya.

"Insyaallah, saya akan jaga buku ni seperti yang puan mahukan." buku tersebut diletakkan di atas meja. Wajah wanita itu dipandang lama, raut sedihnya membuat gadis itu sedikit tertanya-tanya.

"Puan Khadijah, boleh saya jumpa dengan penulis manuskrip tu? Saya nak berkenalan dengan dia."

Khadijah memalingkan muka ke kanan, air matanya tiba-tiba mengalir.

"P-Puan?"

"Dia... dah tak ada." jawapan Khadijah membuat gadis bernama El itu terkejut. Itu sangat di luar sangkaannya. Dia bertandang ke rumah ini kerana Khadijah menuliskan alamat rumahnya di halaman terakhir manuskrip yang ia terima melalui e-mel.

Penulis muda yang baru beberapa tahun menceburkan diri dalam bidang penulisan online itu tertarik dengan manuskrip yang dikirimkan Khadijah. Dia berhasrat ingin menemui sang pengirim untuk mengambil inspirasi daripada manuskrip tersebut.

"Innalillahiwainnalillahirajiun, maaf saya tak tahu tentang tu." ucap El. Khadijah tersenyum kecil dengan sorot matanya yang kelihatan sayu.

"Dia bukan berasal dari keluarga yang bahagia."

Sebaris ayat itu mengundang kerutan di dahi lawan bicaranya. Siapakah gerangan yang dimaksudkan oleh Khadijah?

"Penulis sebenar cerita tu, Rizki." ujar Khadijah sebelum El sempat mengajukan soalan kepadanya.

"Hanya disebabkan duit, keluarga dia tak pernah bahagia. Ibu dan ayah dia kerap bertengkar, isu kecil selalu diperbesar-besarkan. Kalau emosi ayah dia tiba-tiba muncul, habis semua dia pukul tanpa belas kasihan." gambar seorang remaja lelaki yang sedang tersenyum itu dipeluk, melepaskan rindu yang masih menebal di dalam hati.

"Keluarga Riz susah, hidup diorang penuh dengan masalah hutang. Nak harapkan pertolongan daripada keluarga si ayah, masing-masing langsung tidak ingin hulurkan bantuan. Ibu dia pula membesar di rumah asuhan, tidak ada sesiapa yang boleh dia minta tolong." Khadijah memandang wajah El yang tampak terkejut. Dia menghela nafas, bukan setakat itu sahaja penderitaan yang Rizki lalui.

"Dek tekanan perasaan yang melampau, ayah Riz nekad bunuh diri. Riz orang pertama yang nampak ayah dia mati tergantung di ruang tamu." gadis itu beristighfar panjang. Watak Rosli yang tertulis di dalam manuskrip tu sangat berbeza jika dibandingkan dengan realiti.

Sanggup lelaki itu menamatkan hidupnya sendiri dan membiarkan isteri dan anak-anaknya dibebani dengan masalah hutang.

"Sehari selepas kematian si ayah, ibu Riz bawa dia dan adik dia pindah jauh dari rumah lama mereka. Esok paginya, bila mereka terbangun, ibu mereka dah tak ada kat situ lagi. Mulanya mereka fikir ibu mereka keluar cari makanan namun minit berganti minit, hari berganti hari, sosok si ibu tidak pernah kembali. Riz tahu si ibu dah tinggalkan mereka tapi Ayyan tak percaya, dia yakin ibu dia akan pulang. Hari-hari dia tunggu ibu dia kat depan rumah sampai mereka kena halau dari rumah tu sebab tak mampu bayar sewa."

Khadijah menunduk, keluhan dilepaskan lagi. Nasib abang dan adik itu sangat malang. Ibu dan ayahnya melarikan diri dari tanggungjawab mereka.

"Tapi kenapa?" tanya El.

"Riz pun tak tahu sebab ibu dia buat mereka macam tu. Dia kecewa. Tapi dia tak pernah benci ibu dan ayah dia. Katanya, ibu dan ayah dia buat dia kenal sisi gelap realiti kehidupan. Mereka jadikan Riz anak yang kuat."

Han FamilyWhere stories live. Discover now