Bab 17

934 137 5
                                    

Ah sudah...

"Err, tak tak. Kami suami isteri" mata dilirikkan kebelakang, Farhan dipanggil mendekatinya menggunakan isyarat mata.

"Tunjuk kad nikah"

"Ha? Apa jadi ni?" Berkerut kerut muka lelaki itu. Wajahnya dipandang meminta penjelasan. Ayra sekadar menggeleng dan beralih pada ahli masjid tersebut. Dia senyum tipis.

"Boleh, tak ada masalah. Kejap ye" Farhan ditolak kebelakang pintu. Berdentum bunyi pintu akibat tubuh lelaki itu yang berlanggar dengan dinding. Farhan mengaduh sakit.

"S..sorry. Awak okay tak?"

"No no, it's okay. Kenapa tu?"

"Awak rasa?"

"Rasa apa? Saya rasa pelik"

"Farhan! Diorang tu, pegawai agama. Ada orang mengadu kononnya kita berdua duaan dalam rumah ni tanpa ikatan" bahu Farhan ditampar. Ya, Allah tak mengaku suami!

"Oh..lepastu?"

"Awak!" Lengan suaminya pula dipukul pukul. Patut dia pukul kepala lelaki tu, tapi ibu pesan tak elok main kepala. Jadi, kita pukul dekat tangan berharap 'sengatan' pukulannya mengalir naik ke kepala dan menghubungkan semula sel sel otak mati lelaki itu.

"Oh...kad nikah" menyedari akan itu, segara Farhan mengeluarkan dompetnya. Lengan Ayra ditarik dalam genggamannya kemudian, keluar dari belakang pintu menghadap lima lelaki yang masih statik di hadapan rumah mereka.

"Ini ye. Maaflah, saya tak pernah kena tangkap macam ni. Blank kejap" Farhan melepaskan tawa. Tawar bercampur malu.

Lama lima lelaki itu menatap kad nikah yang berada ditangan. Tak lama kemudian, kad itu diserahkan semula.
Lima lelaki berjubah putih tadi tersenyum tipis.

"Maaflah, kami salah anggap. Mereka kata kamu selalu datang seorang, nampak pula cik isteri bersama terus salah faham" lelaki yang berada didepan sekali membuka cerita. Lega rasanya setelah berjaya melepaskan diri dari situasi yang menyesakkan dada ini. Kalau tak, maunya kahwim round 2!

"Hahaha. Saya selalu datang seorang deko rumah sebelum kahwin haritu. Ni, baru hari pertama nak bawa isteri jenguk rumah baru ni" Ayra tertunduk, pipinya berona merah. Ah, gedik kau Ayra!

"Oh pengantin barulah ni?"

Kedua dua mereka mengangguk seraya menghulur senyum segaris.

"Aaa...selamat pengantin baru. Moga Allah berkati rumah tangga kamu ye? Kami pergi dulu, assalamualaikum" salam dihulur , Farhan menyambut mesra dan menghantar pemergian lima lelaki tadi sehingga mereka benar benar sudah melepasi pagar rumah.

"Waalaikumsalam, dah jom masuk" tangan Ayra yang berada dalam genggamannya ditarik. Gadis itu meronta ronta minta dilepaskan namun diendahkan.

"Ayra Hijanna, minggu ni...adalah minggu yang sibuk bagi kita tau" Ayra diam dari meronta. Dia mengalah seraya membiarkan tangannya dalam genggaman lelaki itu kemudian bergerak menutup dan mengunci pintu rumah yang terbuka.

"Kenapa sibuk pula?"

"Esok pagi pagi kena gerak rumah mama, lupa? Lepastu, saya kasi chance awak lawat ibu dekat rumah baru dia before saya mula masuk office dan awak akan mula sibuk dengan preparation ke university"

"Hmm"

"Pergi tukar baju, solat-"

"Cuti"

"Yelah. Pergilah bersihkan diri"

"Baju?"

"Nanti saya angkat bawa masuk bilik"

Alhamdulillah, allah gerakkan hati mereka untuk bawa baju lebih. Walaupun, perancangan awalnya mereka hanya mahu singgah dimana mana hotel sebelum bergerak semula menempuh perjalanan yang panjang ke Shah Alam untuk majlis doa selamat belah keluarga Farhan.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now