Bab 19

1K 127 1
                                    

"YOU nak pergi mana?"

Tangan yang ralit menari nari diatas telefon  pintar terhenti tatkala matanya bertemu dengan si suami yang tampak seperti  sibuk bersiap siap untuk keluar. Lelaki itu berpusing menghadapnya.

"Rumah besan, ada majlis doa selamat" jawapan ringkas dari lelaki itu buat dia mengeluh.

"You nak tinggal I lagi?"

"Tinggal what? I duduk rumah dengan you sama je macam I duduk rumah sorang sorang. You sibuk dengan kerja, lepastu keluar sana sini, balik malam malam dengan lelaki mana entah, I nak keluar, tak boleh?" sepatah dia menyoal, berpatah patah suaminya membalas.

"Yeah, i know. That's was fully, my fault you can blame me as much as you want. But please, this time I kat rumah kan. Ni lah time kita spent masa as a real husband and wife" sekali lagi dia cuba mengutarakan 'hasrat'nya. Lelaki itu melangkah mendekatinya.

"Anayra Ratna Dato'Mahmud, listen. Tak ada istilah husband and wife between us. No one could ever take my wife place" tajam panahan lelaki itu menikam anak matanya. Kecut perut dia jadinya. 'wife' , tak pernah ada peluang untuk gelaran itu ditujukan kepadanya. Dia cuma bagaikan ikan reroma yang menumpang nasib pada si jerung. Disebabkan silap dan kelemahan dirinya, lelaki itu terpaksa menggadaikan hidupnya buat diri yang lemah ini.

"Huh...okay. You win, pergilah" dia mengalah. Bukan nak menagih cinta, tapi dua bulan hidup bersama mungkin tak salah untuk cuba memulakan 'suasana' baru dalam hubungan mereka. Mungkin.

'kau tak malu ke kahwin dengan orang punya?'

'Tak kisahlah rupa dia elok, ada duit banyak pun, tapi ingat perempuan class macam kita ni...tak main lelaki orang'

'Anak dia aje lebih kurang sebaya dengan you. You 20 years old dah jadi mak tiri orang? Tak malu ke?'

Kecaman, kutukan, jangan cakaplah. Memang masuk telinga kanan dan cuba nak keluar dari telinga kiri, tapi tak boleh keluar sebab dah terlalu mendalam sakitnya.

'Kau tak buat apa yang aku suruh, aku akan bunuh kau sama macam mak kau. Bahkan, mungkin lagi teruk'

Acap kali kata kata itu menyapa gegendang telinganya. Mengacau setiap pelosok fikirannya.

"Tutup pintu. Kunci sekali. Kalau ada orang datang tengok dulu, lapar masak sendiri"

"Tak pandai masak" Anayra membalas tanpa nada. Dia berpeluk tubuh diambang pintu. Memandang kosong kearah suaminya.

"Haih...call"

"Okay"

Usai sahaja kereta suaminya itu keluar dari perkarangan rumah. Dia merebahkan diri di atas sofa empuk. Robe satin yang dipakainya diikat ketat. Pandangan melilau pada siling putih diatas.

"Dia patut bersyukur aku tak membantah nak tinggal dengan dia. At least aku cuba terima dia walau aku malu ada suami macam dia. Gila ke, aku ni hot, top, meletop lagi tau. Kena kahwin pula dengan 40 an?  Insane! Anak dia pula lebih kurang sebaya aje dengan aku? Plus, perampas crush aku? Ergh, hidup memang tak adil" bantal kusyen ditarik lalu menyembamkan wajahnya disitu. Cuba untuk terlena dan keluar dari imaginasi sendiri. Bercakap seorang seorang? Dasar tak betul!

•••

"Tengok tu, cute kan?"

Tiara yang baru saja sampai 30 minit tadi mula menunjuk kearah pasangan yang duduk tidak jauh dari mereka. Si suami yang tak lekang dengan riak kerisauannya. Si isteri pula, mula rimas diperlakukan sebegitu.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now