DC | 36 - RAHSIA SEBENAR

1.9K 117 54
                                    

DERUAN air mata Adelia semakin laju. Dadanya terasa sakit untuk bernafas seperti biasa. Mukanya diangkat menghadap Zarith. Dia mengumpulkan semua kudratnya sebelum bersuara kembali.

"Zarith...memandangkan semua dah ada dekat sini, saya nak awak terangkan kepada saya kenapa awak cakap saya yang bunuh arwah Aileen dan juga jelaskan di depan semua orang mengapa awak siksa saya selama ini ?", ujar Adelia. Matanya dikuatkan untuk menatap biji mata Zarith supaya lelaki itu jujur.

"What ? Adelia bunuh Aileen ?", soal Aliya yang terpinga-pinga. Dalam masa yang sama, Mizan juga turut terkejut namun tidak bagi Aishah dan Hizlan kerana mereka sudah tahu sejak awal.

"Abang, apa ni ? Takkan la Kak Adelia bunuh Kak Aileen ?", Mizan juga mulai serabut apabila mendapat tahu soal itu.

Zarith menarik nafas dalam-dalam.

"Ya...", jawapan itu cukup mengejutkan Aliya dan Mizan.

"Memang Adelia yang bunuh Aileen. Aku nampak..."

The heck ? Dia nampak ? Tapi kenapa--

"2 tahun aku simpan semua penderitaan aku ni sorang sorang. Aileen meninggal disebabkan perempuan ni", kata Zarith memandang tepat ke wajah Adelia.

Adelia masih beriak biasa, tidak terkejut dengan apa-apa kerana dia sudah tahu soal itu. Cuma dia keliru mengapa dia yang dituduh sebagai pembunuh Aileen.

"Dia yang tolak Aileen dari tingkat atas bangunan HOTEL D'LIMA". Fuh Zarith masih ingat nama bangunan itu.

Ingatan Adelia mula meneroka saat kejadian 2 tahun lepas. Memang betul dia pernah ke tingkat atas bangunan itu di mana tingkat itu merupakan tempat bapa saudaranya bekerja. Dan dia ke situ juga kerana ingin berjumpa dengan bapa saudaranya.

"Sehingga Aileen terjatuh dan...meninggal", sambung Zarith lagi.

"Wait, tolak ? Sejak bila aku tolak dia ?", gumam Adelia dalam hati.

"Eee kau memang jahat la perempuan ! Apa yang kau nak ha ?", celah Aliya mula marah setelah tahu cerita sebenar dari mulut adiknya.

Adelia menjeling tajam ke arah Aliya.

"Awak cakap saya tolak Aileen ? Zarith, awak ada saksi dan awak pun ada bukti kan ?"

Zarith sekadar memandang dengan pandangan helang seolah-olah ingin menerkam mangsanya.

"Zarith...selama dua tahun awak cari saya. Dan takkan la dalam dua tahun tu awak tak tengok elok elok bukti tu ?"

"Aku dah tengok banyak kali bukti tu dan dalam gambar tu jelas menunjukkan kau yang tolak dia", jawab Zarith tiba-tiba menukar panggilan pula. Kini dia pula yang berasa marah dan naik angin apabila berbicara soal Aileen.

"Awak tahu kan saya ada dekat situ ? Jadi saya tahu la apa yang jadi masa tu... tapi awak ? Sekadar menuduh beralaskan sekeping gambar yang ditangkap oleh si Haikal Daniel tu kan ?", gertak Adelia.

"Awak tahu tak, gambar tak semestinya sama dengan realiti. Apa yang awak tengok, tak sama dengan apa yang jadi", sambungnya lagi.

"Eh kau tak payah nak berdalih la perempuan", sampuk Aliya sama seperti dia mencelah sewaktu Adelia datang ke rumahnya dulu. Namun kali ini dia bebas mencelah kerana Hizlan hanya mendiamkan diri dan sekadar memerhati mereka semua.

Adelia memberi renungan tajam kepada Aliya. Matanya turun naik memandang Aliya atas bawah membuatkan wanita itu terdiam.

"Awak cakap saya yang tolak dia tapi sebenarnya saya cuma nak selamatkan dia je !", kata Adelia mula memecahkan kebenaran.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now