DC | 38 - PENAT

2K 117 43
                                    

DENGAN segala kudrat yang ada, Adelia mengangkat kaki membawa diri keluar dari kawasan rumah itu. Walaupun berat untuk dia meninggalkan rumah yang penuh dengan kenangan itu, terpaksa juga dia menguatkan diri.

Adelia pergi hanya bersama beg dari hospital pagi tadi dan nasib baik segala kepentingan peribadi ada bersamanya. Cuma yang tinggal di rumah itu hanya lah baju-bajunya yang tidak sempat diambil.

Cecair hangat makin deras mengalir apabila dia teringatkan kenangan sewaktu di Bali. Sungguh dia tidak sangka semuanya akan berakhir begini.

Zarith yang dahulunya amat sweet kini berubah. Segala yang terjadi di Bali hanyalah secebis kenangan dan selingan sebelum lelaki itu menunjukkan permainan sebenar.

Adelia menangis tersedu-sedu sambil berjalan mengikut laluan pejalan kaki di taman itu. Dia memeluk tubuh dan mencari mana mana tempat untuk duduk.
Dia berhenti di sebuah pondok menunggu bas dan duduk di situ sementara tiada orang.

"Ya Allah kenapa hidupku selalu diuji ? Apa salah aku ya Allah. Kenapa takde orang yang sayangkan aku ? Kenapa ayah dan mak pergi terlalu awal...", rintih Adelia seorang diri. Tangannya mengusap air mata yang tidak henti-henti mengalir.

Dia memandang langit. Gelap, mendung seolah mahu hujan. Begitu juga dengan hatinya yang dilanda kesedihan berterusan. Sejak berkahwin dengan Zarith, dia tidak pernah merasakan kebahagiaan yang sebenar. Hina sangatkah dirinya untuk merasa secebis kebahagiaan walau hanya sementara...

Dalam Adelia sedang melayan perasaan, tiba-tiba datang sebuah kereta berhenti di hadapannya. Hon ditekan menyentakkan lamunan Adelia. Cermin tingkap diturunkan dan terpacul satu wajah yang dikenalinya.

"Adelia ? Buat apa kat sini ?", soal Ayden dari dalam kereta.

Cepat-cepat Adelia mengelap air matanya.

"Em...saya..saya...saja je berhenti dekat sini. Berhenti rehat, jogging tadi", jawab Adelia membohong.

"Jogging ? Bukan awak baru keluar hospital pagi tadi ? Terus jogging ? Tak rehat dekat rumah dulu ke ?", soal Ayden mula curiga. Lagi pula terang terang ada beg di sebelah Adelia yang mana beg itu juga yang dipikul oleh Zarith sewaktu di hospital.

Ayden keluar dari kereta tanpa mematikan enjin. Lelaki itu kelihatan segak berkemeja putih dan berkaca mata hitam.

"Awak nak pergi mana sebenarnya ? Gaduh dengan Zarith ke ?", Ayden melembutkan nadanya takut Adelia tersinggung.

Seukir senyuman palsu dikulum.

Ayden dapat mengagak dari riak wajah Adelia pasti ada yang tidak kena tapi dia tidak mahu bertanya lebih. Tak pasal-pasal Adelia serabut pula.

"Kalau awak nak pergi mana mana meh saya hantarkan. Jom", pelawa Ayden dengan niat yang suci di hati.

Adelia memandang Ayden. Bolehkah dia percaya lelaki ini ?

"Em, awak hantar saya dekat terminal bas boleh tak ?", pinta Adelia.

"Terminal bas ? Awak nak pergi mana ?"

"Kalau tak boleh tak apa la", ujar Adelia tidak menjawab soalan.

"Eh boleh boleh. Jom". Ayden memasukkan beg Adelia ke tempat duduk belakang dan memandu ke terminal bas yang berdekatan.

Beberapa buah bas baru sahaja memulakan perjalanan dari terminal itu ke destinasi masing-masing. Adelia keluar dari kereta Ayden seraya mengucapkan terima kasih. Namun Ayden juga ikut turun untuk menemani Adelia.

"Awak nak pergi mana sebenarnya Adelia ?", soal Ayden sekali lagi dengan muka yang bimbang.

"Takde pergi mana mana pun. Cuma saya nak minta tolong awak sekali lagi boleh tak ?"

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now