31♡

804 178 61
                                    


Jisung yang baru sahaja sampai di rumah  membuka kasutnya. Pergerakan dia terhenti apabila nampak sepasang kasut boat berjenama crocodile.

"Sejak bila aku beli kasut ni. Warna dia pun macam sesuai ngan atok je. Low taste."  monolog hati dia. Pada masa yang sama dia memandang kiri kanan. Kalau atuk mail dengar ni telinga dia mesti merah semerah cili akibat dipiat oleh atuknya.

Masaalahnya kau monolog dalam hati je Jisung :/

Jisung hanya mengangkat kedua belah bahunya menandakan dia tidak tau lalu terus masuk ke dalam rumah.

Berkerut dahinya bila dia buka pintu tampa menggunakan kunci so Naura tak kunci pintu la macam tu ha.

"Aku dah cakap dah budak kecik ni. Cuainya la Naura Alisa." Bebel dia seorang diri.

Apabila dia masuk. Rumahnya sunyi seperti tiada orang. Bertambah lagi kerut didahinya. Mana bini kesayangan dia pergi?

"Sayang..." panggil dia.

Satu persatu anak tangga dinaikinya. Pintu master bedroom rumah ni dibukanya. Badan dia kaku seketika apabila nampak pandangan yang memang tak nak dia nampak bila dia penat penat balik dari kerja ni.

Sumpah,kalau sapa nampak diri dia sekarang mesti ada orang ingat dia patung manekuin kut.

"Naura." Panggil dia dengan suara yang bergetar.

Tak dijawab.

"Nur Naura Alisa binti Yusuf  Imran!" Teriak nya kuat.

Hatinya sakit. Sakit sangat. Mungkin kalau orang tikam belakang dia sekarang pun sepertinya tak terasa kerana sakit hati dia lebih sakit.

Naura mencelikkan matanya perlahan. Dia nampak figura Jisung didepannya. Dia ingin bangun tapi perbuatannya terhenti apabila perasan akan seorang lelaki yang berada disebelahnya.

Jantungnya terasa ingin luruh. Jisung dan lelaki tadi dipandang silih berganti olehnya.

"Jisung.." dia cuba mencapai tangan Jisung tetapi ditepisnya kuat.

"Safwan!"

Lelaki itu Safwan. Syaitan yang bertopengkan manusia dalam fanfic ni.

Safwan merenggangkan badannya. Matanya masih ditutup rapat.

Tanpa berkata apa Jisung pergi ke arah safwan dan mencengkam kuat kolar bajunya. Mata Safwan juga terbuka luas.

"Kau buat apa dengan isteri aku!!"

Safwan tersenyum sinis.

"Apa kau buat dekat isteri aku!" Penumbuk sudah dinaikkan untuk menumbuk Safwan.

Safwan melepaskan cengkaman tangan Jisung tadi. Senyuman sinis masih lagi tidak lekang dibibirnya.

"Rileks la Ustaz Nuqman." Dia bangun dari baringnya dan mengusap bahu Jisung seperti memprovok Jisung.

"Apa kau buat kat aku Safwan!" Naura yang tadi hanya melihat pertengkaran mereka menyelit.

Hatinya turut sakit. Dia tidak tau apa nasib dia selepas ni.

"Wow Naura." Safwan menepuk-nepuk tangan.

"Sejak bila pandai berlakon ni Naura. Bila dapat job?"

"Apa maksud kau ha?" Jisung menyoalnya.

"Tanya la isteri kau sendiri." Dia memandang Naura yang masih berdiri tegak.

Jisung memejam mata rapat. Kepalanya rasa berdenyut kuat. "Kau keluar dari rumah aku sekarang."

𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐉𝐈𝐒𝐔𝐍𝐆? • 𝘗𝘢𝘳𝘬 𝘫𝘪𝘴𝘶𝘯𝘨 Where stories live. Discover now