Bab 22

925 100 11
                                    

"AKU tak faham"

Langkah kakinya terhenti. Dia berpaling menghadap Theo yang membontotinya dari belakang sejak mereka keluar dari bilik mesyuarat tadi. Sembang punya sembang, termasuk pula topik diantara dia dan Ayra. Gamatnya, bermacam macam soalanlah yang dia bakal terima.

It was to complected to be explained.

"Tak payah fahamlah kau" pintu kaca pejabatnya ditolak lalu dilepaskan begitu sahaja. Tidak semena mena, hidung mancung Theo mengena pintu kaca itu. Dia mengaduh sakit.

"Kau kata dia hilang ingatan dia yang 4 tahun lalu. Korang jumpa masa sekolah menengah, how come dia tak ingat kau? Takkanlah kau glow up teruk sangat, sampai dia tak cam kau?" Usai memboloskan diri ke dalam pejabatnya sahabatnya itu, terus dia melabuhkan duduk dihadapan meja Farhan.

Wajah Farhan dibelek seketika. Nak kata handsome, dia lagi handsome. Nak kata baik, more to poyo aje dia ni.

"Kalau aku cerita, kau nak percaya tak?" Wajah Theo dipandang meminta jawapan.

"Depends" bahu diangkat tanda tidak pasti bakal betul betul 'percaya' atau tidak.

"In Malaysia, sekolah menengah ada dua sesi. Sesi pagi untuk senior, sesi petang untuk junior. So, aku dengan Ayra tak pernah jumpa kat sekolah. Sebab...tak sempat. Dia baru naik sesi pagi aku dah habis form 5" jeda seketika. Diam membaca riaksi Theo yang jelas keliru dengan penerangannya.

"So?"

"So, kitorang bukan jumpa kat sekolah. Kitorang jumpa kat luar, lepas dia habis sekolah. Time tu, aku tengah sambung belajar. Kebetulan terserempak masa dia bawa adik dia jalan jalan kat restaurant yang batch aku buat reunion"

"Tapi, kenal pula kau dengan dia? Dah lama?"

"You know man, he sacrifice himself in... waiting" dia mengukir senyum pahit. Mengenangkan kisahnya dengan Ayra. Terlalu banyak permainan emosi dan janji.

"Janji jangan tinggalkan saya?"

"Janji"

"Janji ada dengan saya?"

"Sure dear"

"Kalau kita terpisah, janji untuk cari saya?"

"Pergilah sejauh mana pun, I'll always be there. Tiada kata terpisah melainkan ajal kita"

"Hoi!"

Lamunannya direntap begitu sahaja. Theo duduk bersandar sambil berpeluk tubuh. Mentang mentanglah kawan kau boss kat sini, lepaklah?

"Apa?"

"Sambunglah cerita tadi. Sacrifice himself apa benda ni?"

"Complicatedlah cerita dia. Tapi, aku pendekkan okay. Aku kan pengawas, sekali sekala aku jenguk lah juga sesi petang kalau aku ada kelas tambahan. Aku selalu perasan dia duduk tepi tingkap dalam kelas. Time tu dia form 2 aku form 5, tak silaplah"

"Okay..."

"Jangan cakap apa apa, boleh tak?"

"Fine"

"The story start when aku start crush dekat dia last minute before aku habis sekolah menengah. Last minute tu bila? setahun je lepastu aku habis sekolah" Pahit rasa didalam hati. Tapi, nak gelak pun ada mengingatkan zaman dia meminati Ayra disekolah menengah dulu. Penuh ujian dan aral membadai hanya semata mata untuk melihat wajah kegemarannya.

Pernah sekali dia sukarela untuk membantu junior dalam program Reka Bentuk walaupun, dia  sendiri benci matapelajaran Reka Bentuk. Sangat benci, dia lebih suka sains komputer yang dapat mendominasi IQ dan pemikirannya. Tapi, demi usha crush sebelum tamat sekolah, dia sanggup.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now