DC | 39 - ORANG BARU

1.8K 115 40
                                    

KAKI diatur penuh berhati-hati untuk menuruni tangga bas dua tingkat itu. Selepas beberapa jam perjalanan, akhirnya Adelia sampai juga di bumi Kelantan.

Dia berjalan di sekitar kawasan hentian bas itu sambil membimbit begnya. Matanya liar memandang bangunan-bangunan yang ada di sekeliling.

Tanpa disedari, Adelia telah terlanggar seseorang menyebabkan beg yang dipegang jatuh ke atas jalan. Dia menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan lelaki itu. Hm tidak dikenali, lalu dia mengambil semula beg itu dan meneruskan langkahnya.

Tiba-tiba dia terasa seperti ada orang yang memanggilnya. Sekali lagi dia menoleh ke belakang. Memang benar lelaki tadi sedang memanggilnya.

"Saya minta maaf sebab terlanggar cik", kata lelaki itu. Di dadanya jelas tertulis satu nama iaitu En. Megat.

Adelia berjalan semula mendekati lelaki itu seraya mengulum satu senyuman manis.

"Encik, patutnya saya yang minta naaf dekat encik sebab saya yang berjalan tak tengok ke depan tadi. So, saya minta maaf ya", ujar Adelia.

Lelaki itu tersenyum. Biasanya kalau perempuan lain sudah pasti akan marah dan melabel orang yang melanggar sebagai orang buta. Tetapi sebaliknya bagi Adelia.

"Baru sampai Kelantan ke ?", soal Megat apabila terlihat beg yang dibimbit Adelia.

Adelia mengangguk.

"Oh by the way nama saya Megat", kata Megat sambil menghulurkan tangan sebagai salam perkenalan. Namun salamnya tidak disambut oleh Adelia. Megat mengerti, Adelia seorang wanita yang berhijab, mustahil untuk dia bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim...haih.

"Saya...Adelia", seukir senyuman dihadiahkan kepada Megat.

"Wah, cantik nama...secantik tuannya", puji Megat sengaja bermain ayat.

Adelia tersipu malu. Buat seketika dia lupa akan masalahnya.

"Ha alang alang awak dah ada dekat Kelantan ni, jemput la datang dekat resort saya nanti. Andai kata kalau awak nak tenangkan minda ke hehe...", sempat lagi Megat mempromosikan resort miliknya yang terletak tidak jauh dari bandar Kota Bharu.

"Ni kad saya, kalau awak ada nak apa apa ke boleh la call saya. Dah ada nombor saya dekat kad tu ok", Megat menghulurkan sekeping kad kepada Adelia sebelum meminta untuk mengundurkan diri.

Adelia merenung kad itu. Ada function !

"Encik Megat !", panggil Adelia. Lelaki itu berhenti dan menoleh ke arahnya.

"Kalau saya nak pergi dekat resort awak sekarang boleh tak ?"

"Sure ! Saya pun nak balik resort jugak ni. Jom", ajak Megat. Adelia mengikut sahaja langkah Megat sehingga ke keretanya.

Megat memulakan pemanduannya. Waktu itu sudah malam, jadi untuk mengelakkan daripada mengantuk dia mencari beberapa soalan sebagai modal berbual.

"Awak datang sorang je ke ?"

"Ha'ah"

"Ouh, so awak saja nak melancong ke Kelantan la ni ? Ke sebab ada hal lain ?", soal Megat lagi.

"Em saya saja je datang ke Kelantan. Ambil angin, hirup udara di tempat baru", jawab Adelia.

"Kenapa tak datang dengan keluarga ? Dengan suami ke ?", sengaja Megat menduga.

Adelia diam. Soalan daripada Megat dibiarkan berlalu. Megat perasan akan riak wajah Adelia yang berubah.

"Sorry kalau awak terasa. Mungkin agak sensitif ya", kata Megat.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now