33♡

885 177 75
                                    


T/W: blood🚫⚠️

Jisung bangun dari lenanya. Bilik dia gelap dan tiada perabot seperti bilik yang asal dia tidur semalam hanya ada satu katil bujang yang dia tiduri.

"Tak ada elektrik ke?"

Tangannya cuba menggagar mencari telefon miliknya. Tetapi tidak dapat. Dia mula mengeluh kesah mengingatkan yang masih ada Naura seorang diri diatas.

Dia cuba mencari tombol pintu tapi gagal. Naik berpinar kepalanya mencari keberadaan tombol pintu tersebut.

Tiba-tiba ada cahaya yang hanya menerangi dirinya. Berkerut dahi dia apabila mendapati ada cecair merah pekat mengalir di atas lantai. Bau cecair merah itu hanyir menusuk hidung dia.

Jantung dia berdegup laju.

"Naura."

Di mana dia sebenarnya dia sekarang?

Di mana Naura Alisa?

Dia keliru.

Kepalanya penat memikirkan kejadian yang dialaminya sekarang. Dirinya hanya mampu berdoa semoga isteri tidak kenapa-napa.

Kepalanya menoleh ke arah cahaya yang seperti baru dinyalakan.

Untuk seketika. Jam didinding seperti tidak bergerak. Jantungnya juga seperti tidak berdegup.

Dia melihat Naura yang terduduk berlumuran darah bersama pisau ditangan kanannya.

Jisung segera menapak ke arah Naura yang tidak menyedarkan diri.

"Na..Naura." dia menggoncangkan badan Naura. Bibir Naura sudah pucat kebiruan tidak seperti yang selalu dia lihat setiap hari.

"Naura jangan buat aku macam ni." Dia menangis disitu. Tidak kira lah kalau tiba-tiba Naura sedar dan gelakkan dia. Dia tak kisah. Gelak la gelak asal kan kau bangun Naura.

Nadi Naura dichecknya. Sesak jantungnya apabila mendapati nadi Naura tidak lagi berdegup.

Penglihatannya yang kabur dek kerana matanya penuh dengan air mata memandang susuk Naura. Air matanya jatuh juga melihat Naura yang seperti tiada darah didalam badan.

Badan munggil Naura ditarik masuk kedalam pelukan dia. Tiada kata untuk diucapkan biar tangisan menceritakan segala apa yang dirasainya sekarang.

"Kenapa awak tak percayakan saya?"

Suara wanita tersebut berhentikan tangis Jisung. Dia memandang Naura yang berada dipelukan dia.

Mata Naura masih lagi terpejam rapat tapi dia pasti suara itu datang dari Naura.

"Nau-"

"Kenapa awak tak percayakan saya?"

Tergamam Jisung. Betul, suara tu datang dari Naura. Dia ingin segera mengechek nadi Naura tetapi ditepis kuat olehnya.

"Naura. Saya-"

"Saya percaya kan awak. Awak cakap yang awak nak bimbing saya. Awak cakap awak nak lalui liku hidup sampai syurga dengan saya. Tapi awak tak nak dengar pun penjelasan saya."

Tanpa Jisung sedari Naura mengambil pisau yang sudah berada dilantai tadi. Dia meletakkan tangannya kebelakang bersama pisau tersebut.

"Awak tak sayang saya la tu." Naura tertawa sinis.

"Tak tak saya sayangkan awak."

"Tipu!!"

Darah memercik ke muka Jisung. Terduduk Jisung memandang isterinya yang sudah betul betul tidak bernyawa.

𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐉𝐈𝐒𝐔𝐍𝐆? • 𝘗𝘢𝘳𝘬 𝘫𝘪𝘴𝘶𝘯𝘨 Where stories live. Discover now