35♡

933 172 63
                                    


Hari yang dinantikan oleh Jaemin dengan Dina sudah tiba. Ramai orang datang nak tengok diorang nikah. Keluarga aku tak terkecuali.

"Aku terima nikahnya Hanan irdina binti muhammad mahmud dengan mas kahwinnya tiga ratus satu ringgit tunai."

"Sah?"

Semuanya mengangguk. Dan tok imam tersebut menadah tangan untuk membaca doa. Semua mengaminkan doa tok imam tersebut.

Tersenyum aku memandang Dina dan Jaemin yang malu-malu kucing pandang sesama sendiri. Padahal dua-dua perangai macam apa je selalu.

Aku duduk didepan pintu dewan hotel ni. Jadi penyambut tetamu ha gitwo. Disebelah aku ada umi dan walid. Didepan pula ada ibu dan ayah Dina.

"Awak pergi mana lambat sangat?" Soal aku kepada Jisung yang tengah menarik nafas panjang selepas berlari.

"Pergi tandas tadi. Sakit perut. Awak la masak sambal ikan bilis semalam pedas sangat apahal?"

Aku menjeling dia yang sudah bediri disebelah aku. Asyik-asyik aku aje salah. Yang dia pergi bantai makan berpinggan-pinggan kenapa?

"Apa jeling jeling? Juling mata tu kang."

Aku tertawa kecil. Alhamdulillah dia dah percayakan aku. Selama seminggu ni pun kitorang jalankan hari macam biasa je cuma hari khamis lepas adalah drama sikit.

Yela, Jihan dengan omma dah balik semula ke korea. Aku malas nak panjangkan cerita so aku pesankan kat Jisung tak payah bagitau omma dengan Jihan tapi Jihan sendiri datang dan mintak maaf dengan aku. Aku sebenarnya tak tau nak maafkan ke tidak tapi kalau simpan dendam lama-lama buat apa yedok.

"Yow Naura."

"Yow Zaf! awal gila datang. Kenapa tak datang masa makanan dah licin nanti?"

"Sebab tu aku datang sekarang. Makanan tengah panas-panas kan."

"Ehem." Jisung berdehem disebelah aku.

"Ouh, ni suami aku Zaf. Haritu korang dah jumpa ke? Belum kot. Ha sayang ni Zaf sepupu saya yang saya cakap haritu."

"Hi, aku la Zaf yang isteri ko selalu cakap tu. Maaf la dia memang tak boleh padamkan nama aku dalam otak dia." Dia tergelak kuat.

Aku pun tergelak sesekali aku menyambut salam orang yang baru sampai ke majlis ni.

Jisung pula hanya tersenyum sebaris. " Jisung suami Naura. Pergi la makan nanti makanan sejuk pulak, kan sayang?"

Tiba-tiba aku rasakan ada tangan seseorang melingkari bahu aku. Pahal Jisung depan-depan orang macam ni?

"Haah,pergi la makan." Aku mengalu-alukan Zafran untuk makan.

Dia pula hanya mengangguk dan berlalu pergi.

"Gatal gila dia tu." Jisung mengjeling Zafran yang sedang beratur untuk ambil makanan.

"Jealous la ni?"

"Sikit la sikit."

Aku hanya menjulingkan bola mata keatas. Heleh, dia tak tau ke si Zafran ni dah nak kahwin dengan minah Australia sana.

Jaemin&dina♡

Jaemin berdiri didepan bilik Dina. Dia mengusap dada dia berkali-kali nafas juga dihembus.

"Tarik nafas lepastu hembus. Confirm tak nervouse dah lepastu. Caya la."

Ayat Jisung semalam terngiang-ngiang dikepalanya. Berkerut dahi Jaemin apabila dia masih rasakan debaran lagi.

"Jisung ni scam aku ke?"

Lantak la. Itu yang ada difikiran dia, dia mengetuk dan membuka pintu bilik Dina.

"Assalamualaikum"

Jaemin menyapa Dina yang sedang menyikat rambut didepan cermin meja solek milik Dina.

"Waalaikumsalam."

"Saya duduk eh." Jaemin menepuk-nepuk cadar katil bersaiz queen ni.

Dina hanya mengangguk, selesai dia menyikat rambut dia terus melangkah ke arah Jaemin yang hanya melihat dia dari tadi.

"Apa tengok-tengok?" Dia melabuhkan punggungnya disebelah Jaemin.

"Saja, cantik sangat isteri saya ni." Jaemin bermain dengan rambut Dina.

"Ye la tu, nanti saya dah tua kerepot rambut pun dah putih. Awak mesti jemu tengok muka saya."

"Kalau jemu saya kahwin la lain. Lelakikan boleh kahwin empat."

"Eee, sesuka hati je." Dina mencubit isi lemak perut Jaemin.

"Aaduhh sakit la. Saya gurau je." Jaemin mengusap-ngusap perutnya yang dicubit oleh dina.

"Dah la saya nak tidur." Dina membaringkan diri membelakangi Jaemin.

Termuncung bibir Jaemin melihat kelakuan Dina. Isteri dia ni tak sporting la. Betul-betul kahwin lain kang.

"Sayang, jangan la tidur lagi. Saya bosan la." Sengaja Jaemin meleretkan suara dia.

"Eee pergi la cari bini baru. Lelaki kan boleh kahwin empat."

Jaemin menjulingkan matanya keatas. Cari bebetul kang baru dia tau.

"Saya gurau je pasal tadi. Awak rambut putih ke, hijau ke, biru ke tetap cantik dimata saya hagituw."

"Yela tu, dah la asyik busy je."

Dina sengaja mengingatkan tentang sebulan lepas. Macam mana dia rasa nak menangis sebab Jaemin selalu tak angkat call dia. Macam-macam tanda tanya ada dalam kepala dia. Jaemin dah ada perempuan lain ke? Jaemin hidup lagi ke tidak?

"Mesti la busy. Nak kahwin kan, kalau tidak kenduri kita tadi tak ada khemah pun sayang. Makan pun karipap yang inti dia angin tu je. Awak nak ke?"

Dina mengubah posisinya menghadap Jaemin. Jaemin pula tersenyum lebar memandang isterinya.

"Lain kali jangan buat lagi tau?"

"Orite boss!"

Dina dan Jaemin tertawa bersama. Jaemim menghembus nafas lega. Nasib dapat dipujuk kalau tak hari pertama kahwin lagi dah ada pengalaman tidur atas lantai.

To be countinue.

𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐉𝐈𝐒𝐔𝐍𝐆? • 𝘗𝘢𝘳𝘬 𝘫𝘪𝘴𝘶𝘯𝘨 Where stories live. Discover now