Bab 24

835 104 6
                                    

"SO.... how's marriage life?"

Tiara yang berjalan disebelahnya dijeling sekilas sebelum kembali meratah pandangan pada buku buku yang tersusun dirak rak buku dikedai itu. Seketika, matanya tertancap pada sebuah buku berwarna hitam dan berilustrasikan art line drawing berbentuk bunga rose.

Narissa Dareena. Dia tersenyum memuji nama si penulis, kata orang si penulis telah lama pergi meninggalkan dunia diusia 24 tahun. Seusia dengan dirinya. Walaupun, belum rasmi 24 tahun, tahun ini.

Mati, tidak mengenal usia.

"Okay" Ayra membalas sepatah.

"Okay je? Tak de nak share apa apa?" Bahu Ayra disenggol manja. Lama tak bertemu, rindu mula menjalar.

"Dia tu... entahlah. Lepas kahwin he changed 360 darjah" Farhan yang dia kenal sebelum ni, memang sudah gatal orangnya tapi lepas kahwin, makin gatal dan...makin sweet?

Euw.

"Change yang macam mana tu?" Tiara menyoal lagi, dalam diam senyuman terlorek jua. Bukan dia tak perasan layanan dan pandangan Farhan pada Ayra yang bergula semacam. Dia percaya, hanya Farhan yang mampu mencairkan hati batu Ayra Hijanna.

"Change macam...entahlah, kau kena tinggal dengan dia, duduk sekali dengan dia baru kau faham" tangan laju bergerak menarik buku hitam yang direnung tadi. Tinggal satu!

"Maksudnya, kau nak bermadu dengan aku lah?" Tiara menyoal polos. Bulat mata Ayra mencerlung kearah Tiara yang selamba bersandar pada rak buku dibelakangnya.

"Pernah kena penampar?"

Tiara ketawa perlahan.  Serentak  itu, matanya bertemu dengan Theo yang berjalan dibelakang Farhan mendekati mereka dibahagian rak buku Islamik. Tawanya mati, senyumannyaa mengendur lalu diganti dengan riak kekok sebaik sahaja lelaki itu berdiri disebelahnya. Farhan tersengih kearahnya lalu dia menarik muka. Tak hormat orang single langsung! Theo dipandang lalu beredar bersama, seolah olah faham dengan isyarat mata yang diberikan oleh Farhan tadi.

"Saya minta maaflah bagi pihak dia tadi. Dia memang jenis lelaki flirting extra eksiden!"

"Tak apa, saya faham. Semua lelaki berubah lepas kahwin" Kahwin. Lelaki dan rumah tangga. Masih jelas diingatan saat bapanya yang pernah terlantar dihospital kerana sakit kronik suatu ketika dulu, rancak bersembang lalu tanpa sedar masuk ke topik dewasa dan rumah tangga.

"Kalau nak cari lelaki benda pertama yang Ara kena pandang ialah solat dia. Kalau solat dia out, his whole life, must technically out"

"Macam mana tu?"

"Kalau solat pun dia mampu tinggalkan, awak perempuan apa lagi. Kalau solat pun dia boleh lambat lambatkan, nak halalkan awak apatah lagi. Abi bukan nak ajar Ara judge orang, tapi nak cari teman hidup ni tak boleh main main. Kena ada nekad dalam diri, baik dipihak lelaki dan baik dipihak perempuan"

"Abi..."

"Jangan nangis. Apalah sensitif betul anak abi sorang ni! Jangan sebab kisah silam, awak ketepikan cinta hakiki yang Allah bagi. Banyakkan berdoa, kalau betul dia jodoh Ara...Allah akan mudahkan juga"

Jeda seketika.

"Abi harap waktu tu, abi masih ada untuk nikahkan anak abi"

"What do you think?"

Tiara tersentak tatkala suara garau Theo menyapa gegendang telinganya.

"a..pa?"

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now