BAB 32

865 20 6
                                    

HASRAT Harraz untuk membawa Adra pergi berbulan madu tercapai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


HASRAT Harraz untuk membawa Adra pergi berbulan madu tercapai. Mereka berbulan madu di Langkawi sahaja sebab Adra yang minta. Ikutkan Harraz dia nak bawa Adra pergi bercuti luar negara tapi dah sang isteri mahu bercuti di dalam negeri jadi dia hanya menurut.

Dato' Roslan orang yang paling gembira apabila dapat tahu Harraz mahu membawa Adra berbulan madu. Tempat penginapan dan pakej berbulan madu pasangan suami isteri itu dia yang sponser. Mana tahu ada rezeki nak tambah cucu lagi betul tak ?

"Harraz tak perlu risau, semuanya daddy dah uruskan. Both of you just have to arrived there safely. Selamat berbulan madu and have fun !" ucap Dato' Roslan.

"Thanks daddy."

Harraz mendekati Datin Huda, tangan wanita itu dikucup lembut. Adra pun membuat perkara yang sama.

"Semua beg dah masuk dalam kereta ?" soal Datin Huda.

"Dah umi, tadi kak Siti tolong Harraz. "

"Good, please drive kereta elok-elok. Sampai sana terus inform umi atau daddy faham ?"

"Ya umi, umi tak perlu risau. Okay lah, I think Harraz kena gerak sekarang nanti lambat pula sampai sana," ujar Harraz. Jam di pergelangan tangan dipandang sekilas.

"Yalah," balas Datin Huda.

"Kitorang pergi dulu, Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Harraz dan Adra melangkah keluar dari rumah dan menuju ke arah kereta. Mereka berdua masuk ke dalam kereta.

Harraz mengundurkan kereta keluar dari perkarangan rumah agam milik keluarganya. Sebelum bergerak pergi, Harraz sempat membunyikan hon keretanya.

Kereta Harraz baru bergerak setengah perjalanan, dia masih belum keluar dari taman perumahan rumah keluarganya tiba-tiba ada sebuah kereta meluncur laju dari arah belakang lalu memotong kemudian menghalang laluan Harraz.

Sreetttt !!!

"Allahuakbar !"

Harraz membrek keretanya secara mengejut. Dia pandang Adra yang berada di sebelah, gadis itu kelihatan terkejut.

"Adra, kau okay tak ?" soal Harraz agak risau. Sebelah pipi gadis itu dipegang.

"Sa-saya okay. Siapa yang bawa kereta macam orang gila ni," ujar Adra.

"Orang tu memang gila pun."

Harraz memandang kereta yang berada di hadapannya. Dia mengenali kereta itu dan pemilik kereta itu sekali.

Dia dan pemilik kereta itu keluar serentak. Harraz melangkah ke arah pemilik kereta itu dengan riak wajah yang tegang.

"Harraz, we need to-..."

Scent Of YouWhere stories live. Discover now