Bab 25

1K 112 12
                                    

KIRI...

Kanan...

Kiri...

Kanan...

Jari telunjuknya berulang kali mengetuk tulang buku dirak. Runsing hendak memilih yang mana satu. Yang kanan, punya kulit buku yang cantik. Yang kiri pula, punya kulit buku yang bercorak agak lusuh tetapi punya jalan cerita klasik yang menarik.

"Daripada awak main kira kira nasib, baik awak ambil aje dua dua" Farhan menyampuk dari belakang. Pinggang Ayra dipeluk dari belakang. Biarlah, tak ada orang pun dibahagian tu.

"Jangan menggedik boleh tak. CCTV tu ada tau" malas mahu mengambil kisah tentang kedudukan Farhan yang sungguh dekat dengannya. Nikmati keindahan himpunan buku adalah lebih menarik dari melayani kegedikan manusia dibelakangnya.

Kesian guard yang jaga CCTV tu. Sendu.

"Okay okay. Saya nak pergi bahagian non-fiction tau, kalau dah siap pergi sana" pinggang isterinya dicucuk sebelum beredar bersama ketawa yang meledak.

Ayra menjeling dari jauh. Bila dengan Farhan, kerja asyik menjeling aje. Risau pula nanti banyak banyak jeling sampai buta!

Lama bermain dengan kekeliruan akhirnya, dia akur dengan cadangan Farhan yang mencadangkannya untuk mengambil kedua duanya sekali. Kalini, dia hendak menggunakan duitnya sendiri. Lama tak feeling pakai duit sendiri. Bangga dia tu, lain macam!

Kaki dibawa berlalu dari bahagian fiksyen. Mata tidak berhenti dari meliar memerhati  kesegenap kedai kedai buku itu. Patutnya harini Book Dates dengan Tiara, tapi Farhan nak lepas dengan Theo. Jadi kita angkut semua. Last last dia dan Tiara terpisah jua. Bukan dia tak tahu Farhan yang 'menghalau' Tiara tadi.

Buk!

Tergamam tatkala melihat air merah yang menitik nitik jatuh dilantai. Wajah diangkat perlahan lahan memandang wajah manusia berpakaian serba hitam dihadapannya. Buku yang dipegang jatuh menyembah lantai.

Mata itu.

Panahan itu.

Sink!

Bagaikan ada bunyi nyaring yang menyambar saraf otaknya. Mata terpejam rapat menahan sakit yang menikam kuat.

Those eyes...

Kereta belakang...

"Bam!"

Laut...

Mata dibuka semula. Lelaki dihadapannya kekal diam tidak bercakap mahupun bergerak. Tiba tiba, tangan bertatu helang itu menghulur sebuah plastik putih yang terdapat titisan darah yang tidak henti menitik. Dia menyambut, otaknya  tidak dapat beriaksi dengan benar.

Lelaki itu pergi menghilang. Terketar ketar tangganya membuka plastik itu. Bau busuk bangkai yang menikam kuat hidungnya.

Tergamam tatkala mata dijamu dengan bangkai tikus yang tertusuk pisau dibadannya dan langsung mengalirkan darah yang menitik keluar.

"Argh!" Plastik itu dicampak jauh. Punggung jatuh menyembah bumi.

"Selamatkan dia!" Seorang gadis berbaju kurung menangis teresak disisi sebuah katil hospital.

"Cik, minta bersabar. Kita perlukan masa untuk cari darah. Kami kehabisan darah jenis O sekarang. Darah Cik pula tak sesuai dengan pesakit.

"Ambil darah saya!"

Dua wanita itu berpaling kearah empunya suara. Lelaki yang berpakaian agak kusut dan wajah yang sembap dibasahi air mata yang kian mengering.

"Sayang!"

Bayangan tiga manusia itu hilang dari radar ingatan. Wajah gusar Farhan menyapa matanya. Terasa badannya diangkat berdiri lalu diwajahnya ditarik disembamkan didada lelaki itu.

Ingatan dikerah bagi mengecam wajah yang samar samar didalam ingatannya tadi. Namun, gagal.

•••

Pintu kereta dibuka memberi ruang buat isterinya masuk dalam. Selesai, urusan dikedai buku tadi terus mereka berempat keluar dari Mall dan mengambil keputusan buat pulang sahaja. Memandangkan keadaan Ayra yang tidak stabil saat ini.

Kecoh juga tadi dengan kerumunan orang ramai yang merakam, berbisik dan ada yang cuba membantu. Hampir kesemua pelanggan disitu memberikan riak terpempam dengan bangkai dan pisau lipat yang terhunus diperut tikus itu. Sekali pandang, memang dapat dirasakan ia seolah olah ugutan.

"Wassup" Theo menyapanya. Tiara dan Ayra sudah masuk ke perut keteta dengan selamat. Kini tinggal dia yang hendak berurusan dengan rakannya.

Tangan menyeluk kedalam poket. Mengeluarkan sehelai kertas kecil yang berlumuran darah tetapi dengan tulisan masih jelas buat dibaca.

Theo menyambut. Segala aksara aksara yang tertulis diperhati dengan teliti dari pelbagai sudut. Mata lelaki itu membulat lalu ikut bersandar pada boot kereta.

"Ada lagi ke orang ugut pakai kertas macam ni. Ya Allah, manusia zaman sekarang lagi menyeramkan dari hantu tau tak" Theo mengeluh. Mata tidak lepas dari memerhati tulisan dikertas itu. Dia tidak menyerahkan kertas itu pada pihak berkuasa yang membantu mereka tadi kerana dia ingin menyerahkan sendiri pada dua polis kepercayaannya, Shahrul dan Atif.

"I know right"

"Bro, aku...tak naklah cakap benda cringe, tapi...jaga Ayra baik baik. Aku nampak kau sacrificing hidup kau untuk dia. Jangan mengalah dengan ujian ni semua, okay? It's hard, but hard things selalunya yang akan kekal dalam memori kita" bahu Farhan ditepuk perlahan.

"Aku pun, tak nak cakap benda cringe, tapi inshaAllah. I love her from the bottom of my heart and in the name of Allah. I'll face it"

Euw, cringe bunyinya.

"HAHHAHA. Tak boleh blah. Cringe!"

"Kau yang start dulu!" Kedua mereka bangun dari bersandar berlalu untuk membuka pintu kereta.

"Nanti masuk dalam plastik or something don't leave your finger print there" Theo berpesan lalu tunduk, masuk ke bahagian memandu. Ayra dan Tiara dibelakang dipandang sekilas sebelum kembali memalingkan wajah kehadapan.

"Kau...dah dapat info email unknown tu?" Farhan menyoal tiba tiba. Cukup perlahan.

"Diorang tak bagi apa apa results about that"

Farhan terangguk seperti burung belatuk. Mengenangkan Ayra yang terkulai jatuh tadi benar benar membuatkan dia panik. Namun, ia bertukar gusar dan takut. Mata gadis itu membulat sambil merenung tikus dihadapannya. Tampak seperti ada sesuatu yang bermain difikirkan gadis itu. Dia bakal menangis tatkala itu juga andai benar gadis itu telah ingat segalanya. Walau nampak mustahil.

Air mata ketakutan dan kegembiraan mungkin bersatu saat itu juga.

Kertas tadi diselit dicelah telefonnya yang berada diatas dashboard kereta. Angin dari alat penghawa dingin itu sedikit sebanyak meniup hujung helaian kertas kecil itu.

'The rose is blooming,
And so do the THORN!'

TBC

Author of to 💤. Bye!


𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now