Bab 18

64K 552 111
                                    

Dari Ubud Art Market,Firdaus dan Melur menjelajah ke Bali Collection di Nusa Dua. Firdaus berjalan di hadapan meninggalkan Melur di belakang seorang diri. Penat,jadi itu merubah angin Firdaus. Tambah lagi,bermacam-macam yang harus dibeli, kiriman dari keluarganya. Sedang berjalan,tiba-tiba ada seorang lelaki melanggar Melur dengan agak kuat, membuatkan Melur terjatuh dan terlanggar dinding. Dia mengaduh kesakitan.

“Maaf Embak,saya enggak sengaja.” kata lelaki itu cuba mengangkat Melur untuk berdiri. Apabila Firdaus terlihat kejadian itu,dia terus mendapatkan mereka berdua.

“Tak apa. Dia isteri saya.” kata Firdaus sambil memegang tangan lelaki itu.

“Melur,are you okay? Sakit?” soal Firdaus cemas. Melur terus mengangguk.

“Maaf Mas,saya enggak sengaja.”

“Hati-hati Mas,jalan tu lihat-lihat.” tegur Firdaus serius.

“Maaf Embak.” katanya masih cuba untuk pegang bahu Melur. Melihatnya,Firdaus terus menepis tangan lelaki itu.

“Tak apa. Kamu boleh pergi.” kata Firdaus lebih serius. Lelaki itu sempat memerhati Melur sebelum berlalu. Firdaus jadi panas.

“Mata letak kat kaki ke apa? Masuk sini pun nak berebut? Sampai langgar isteri orang. Gila.” kata Firdaus sambil membawa Melur duduk.

“Mungkin dia tak sengaja.” jawab Melur perlahan.

“Banyaklah Melur punya tak sengaja. Dia memang sengaja langgar Melur sampai Melur jatuh. Lepas tu ambil kesempatan nak pegang Melur. Dasar miang. Pantang tengok perempuan cantik. Wife aku pulak tu.” marah Firdaus dengan muka merahnya.

“Saja cari penyakit ke apa? Buat lagi,taulah nasib kau. Aku lenyek kau jadi emping nanti.” marah Firdaus lagi. Melur pegang pipi Firdaus yang duduk bertinggung di hadapannya.

“Dah la,sikit je ni. Melur okey.” pujuk Melur lembut.

“Melur okey tapi abang tak okey. Abang marah ni tau tak? Suka hati dia je nak pegang isteri orang.” marah Firdaus sedikit meninggi.

“Ha’aa,lebih-lebih lagi isteri orang yang jalan sorang-sorang. Isteri yang suaminya tak ada sebelah dia. Isteri yang suaminya tak ada untuk pegang tangan dia. Isteri yang suaminya macam tak nak tunjuk pada lelaki lain bahawa dia adalah isterinya. Kan?” Firdaus pandang Melur dengan jelingannya. Riak wajahnya kelihatan marah dan sedikit serba salah.

“Perli abang?” Melur menggeleng-geleng kecil. Firdaus mendengus.

“Dah,jom pergi beli baju baru.”

“Hah? Kenapa nak kena beli baju baru pula?” soal Melur tidak mengerti.

“Habis,nak tunjuk kat siapa bahu tu?” Melur melihat bajunya yang terkoyak dan menutup bahunya dengan tangannya. Firdaus membuka jaketnya dan menyarungkan ke bahu Melur.

“Jom,boleh jalan tak? Sakit lagi?” Melur geleng. Firdaus menggenggam tangan Melur dan berjalan ke dalam mall untuk membeli baju baru buat Melur. Setelah dipilih,Melur terus menukar bajunya yang terkoyak tadi.

“Baru nikah ya Mas?” soal jurujual wanita itu. Firdaus mengangguk.

“Mana Embak tahu?” soal Melur pula. Jurujual itu senyum.

“Itu,inainya itu masih utuh. Merah bangat. Itu tandanya Mas sayang bangat sama Embak.” Melur pandang Firdaus dengan perasaan serba salah.

“Amiin. Mudah-mudahan.” jawab Melur perlahan.

“Untung Mas dapat isteri cantik bangat. Selamat ya Mas.” Mendengarnya,Melur tunduk. Firdaus peluk bahu Melur dan mengucapkan terima kasih kepada jurujual itu.

Mereka berjalan lagi lalu membeli sehelai dua lagi baju untuk Melur. Selepas itu mereka berjalan keluar. Firdaus menggenggam erat jemari Melur ketika berjalan.

“Kali ni abang nak tengok siapa lagi yang berani langgar Melur.” kata Firdaus dengan marah yang masih bersisa. Hatinya masih lagi menghangat apabila teringatkan perbuatan lelaki warga tempatan itu tadi. Melur senyum. Tunduk.

“Sebelum nak langgar Melur,langgar Firdaus dulu. Sebelum pegang Melur,pegang Firdaus dulu. Kalau tak renyuk jari tu,jangan panggil abang Firdaus Iskandar.” marahnya lagi lalu menoleh memandang Melur yang tunduk.

“Tau?” soalnya kepada Melur. Melur mendongak dan terus mengangguk-angguk.

“Sebelum orang lain pegang Melur,Firdaus Iskandar yang kena pegang dulu.” kata Melur dengan nada sindiran. Firdaus berhenti berjalan.

“Tak habis lagi?”

“Siapa yang tak habis lagi? Melur ke abang? Mm?” Firdaus diam. Melur senyum.

“Dah la... kita kat tempat orang. Jaga bahasa tu sikit. Nanti lain pula yang jadi.” nasihat Melur dengan nada yang lembut.

“Abang boleh je jaga bahasa abang kalau orang pun boleh jaga budi bahasa mereka. Ini tak, biadab. Dia ingat dia siapa nak pegang isteri abang? Dan bosan hidup agaknya. Kalau nampak sekali lagi,abang kerat 8 tangan dia.” jawab Firdaus marah. Mukanya kelihatan merona kemerahan. Melur menahan tawanya.

“Ingatkan perempuan je pandai membebel. Rupa-rupanya ada juga lelaki yang lagi cekap membebel. Panjang pula tu. Rasanya dah dekat sejam kot. Fuhh...hebat.” kata Melur bergurau. Firdaus menjelingnya.

“Panjang lagi ni. Subuh esok pun belum tentu lagi habis tau? Jadi jangan nak tutup telinga pula.” jawab Firdaus serius. Melur menahan tawa. Nadanya kedengaran marah tetapi ayatnya berbunyi lucu.

“Melur janji tak tutup telinga tapi boleh tak abang rest sekejap? Kita kat tempat orang ni. Nanti kalau mereka dengar,kita juga yang susah kan?” nasihat Melur lagi.

“Excuse me? Lelaki tadi tu dah pegang isteri Firdaus Iskandar. Nak abang tepuk kaki tangan ke orang pegang isteri abang macam tu?” soal Firdaus masih marah. Melur terus menggeleng. Rasanya tiada gunanya dia ‘menyekat’ angin Firdaus ketika ini. Biarlah dia. Namun hatinya berbunga tetapi riak wajahnya sedikit aneh. Dia berkerut dan menahan senyum dengan gelagat Firdaus. ‘Laki aku ni betul-betul cemburu ke? Atau saja-saja jealous sebab ada lelaki pegang aku? Dia betul-betul kesah ke atau saja nak ‘cucuk’ aku?’ soal hatinya.


Malamnya,Melur berbaring di katil tetapi lengannya sakit. Dia mengaduh kesakitan. Firdaus yang sedang menyusun semua barang yang dibeli siangnya,bangun mendapatkan Melur yang sedang memegang lengan sendiri.

“Kenapa? Sakit lagi?” Tanpa berfikir,Melur terus mengangguk.

“Sini abang tengok.” Firdaus membelek lengan atas berhampiran bahu Melur.

“Lebam ni. Bengkak sikit. Nanti abang tuam.” kata Firdaus lembut. Dia membasahkan kain dengan air hangat,lalu menuam bahu Melur. Berkerut Melur menahan sakit.

“Maaf.” kata Firdaus perlahan sambil menatap mata Melur.

“Sebab?” Firdaus diam sekejap.

“Sebab tak jalan bersama. Sebab tak pegang tangan Melur dan tak lindungi Melur sebagai isteri abang.” jawab Firdaus perlahan sambil menatap mata Melur.

“Takpe,buatlah lagi.” jawab Melur selamba.

“Hah?” Firdaus terkejut. Melur senyum dan hulurkan tangannya pada Firdaus.

“Good night abang. Maaf untuk semua salah Melur hari ni. Assalamualaikum.” ucap Melur lalu mencium tangan Firdaus. Firdaus menjawab perlahan. Melur terus berbaring.

‘Aku tak boleh hanyut kan? Aku kena sedar diri kan?’ soal Melur pada diri sendiri. Dia pejamkan matanya rapat-rapat sambil menggenggam loket di lehernya.
‘Dia suami aku tapi dia bukan hak aku.’

-cnc-

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now