Empat puluh

1.6K 215 752
                                    

Note:
Agak hambar lah juga chap ni ಥ‿ಥ

"Oh begitu rupanya..." Changbin mengangguk-angguk, akhirnya dia sudah mengetahui perkara yang berlaku dua hari lepas.

"Kau dah beli telefon baru untuk pak su aku?" tanya Changbin. Dia sedang menemani kanak-kanak riang bernama Chan, Jongho, Sunwoo dan Youngjae bermain buaian di taman.

"Dah, kita suruh ayah kita belikan." jawab Sunwoo.

"Telefon apa?"

"Telefon mahal, Nokia jenamanya." terhenti ayunan buaian Changbin, dia menatap Sunwoo yang sedang menikmati aiskrim dengan tenang.

"Aku tahulah Nokia tu kalau kau campak dari tingkat 10 pun masih boleh pakai. Tapi takkan lah pak Su aku tu nak main game ular je wei." ujar Changbin.

"Tapi bang, Nokia sekarang dah ada yang versi baru tahu. Abang Haimin mesti beli yang versi baru tu." balas Jongho, cuba untuk membela Sunwoo.

"Cih, takde masa kita nak belikan pak cik tu telefon Nokia versi baru. Telefon Nokia sabun dah kira okeylah." sekarang Chan, Youngjae dan Jongho serentak memandang Sunwoo.

"Apa?"

"Haimin, jangan serlahkan sangat sifat bakhil dan jahil awak. Please, kita penatlah ada sepupu macam awak macam ni. Kadang-kadang kita rasa kita macam nak tukar sepupu je." kata Youngjae.

"Abang Haimin tak baik tahu, kesian pak su nanti tak boleh nak main Facebook lagi." tegur Chan.

"Ayyan." Sunwoo memegang pipi Chan, dia menatap wajah Chan dengan dua mata bulatnya.

"Ayyan tengok muka Haimin ni, ada macam kita kisah ke?"

"Abang Haimin ni jahatlah jadi manusia!" marah Jongho.

"Entah kau ni, kalau nak jadi jahat pergi jadi monyet sana." marah Changbin pula.

"Eleh abang Riz marah kita sebab jahat tapi abang sendiri jahat." balas Sunwoo.

"Hei, mana ada aku jahat!"

Sunwoo memeluk bahu Chan.

"Kita ada mangsa penganiayaan abang Riz. Ayyan selalu kata abang Riz suka bagi suku je donut kat dia bila acik Munah suruh bagi dua donut tu." Jongho menutup mulut kerana terkejut dengan kes ketidakadilan itu.

"Abang Riz pun macam abang kita rupanya! Memang semua abang jahat ke apa ni?" tanya Jongho. Semua anak bongsu di situ meletakkan jari telunjuk di dagu untuk berfikir tentang konspirasi yang diutarakan oleh Jongho.

"Kita setuju! Abang Mirza selalu kedekut jajan dengan kita!" ujar Youngjae.

"Abang Shah pun sama!" sokong Sunwoo.

"Abang-abang kita pun, semua kedekut tahi hidung kerbau!" sokong Jongho. Chan mengangguk-angguk.

"Abang Riz punー eh? Mana abang Riz?" semua kebingungan kerana tiba-tiba Changbin sudah menghilang dari situ.

"T-Tadi tu abang Riz kan? A-Atau..." Youngjae menelan air liur, takut untuk meneruskan kata-katanya.

Semua saling berpandangan.

"H-Hantu?" dan serentak mereka mengatakan perkara yang sama.

"ARGHHHH TADI TU HANTU KE?"

"ARGHH TAKUT!!!"

Ketika geng anak bongsu sedang ketakutan di taman pada waktu petang, Changbin tergesa-gesa berlari ke rumahnya. Ada beberapa orang kawan sekelas sudah berkumpul di situ.

Han FamilyWhere stories live. Discover now