CYT 1

13.6K 427 31
                                    

3 tahun kemudian...

BEG tangan yang berada di atas sofa dicapai dengan kasar dan tergopoh-gopoh dia keluar dari bilik tidurnya. Dengan langkah yang berhati-hati dia menuruni anak tangga. Risau kalau tergolek jatuh ke bawah sia-sia saja dirinya kelam kabut di pagi hari. Sampai di tingkat bawah, kiri dan kanannya dipandang mencari kelibat seseorang.

"Abang!" panggilnya dengan sedikit kuat. Namun sedikit pun tiada sahutan.

"Abang!"

"Apa? Abang dekat dapur ni."

Lalu langkah terus diatur ke dapur.

"Abang, Reen dah lewat nak pergi kelas ni. Reen pergi dulu eh? Bye. Love you, abang." Kemudian segera dia berpaling dan berlari keluar dari dapur dan terus membuka pintu rumah bersedia untuk berangkat.

"Liya makan dulu. Abang dah siapkan breakfast ni. Ya Allah, budak ni."

"I'm sorry. Reen dah lewat sangat ni. Assalamualaikum." Jerit Aareen dari luar sebelum menutup pintu dengan rapat.

Tergeleng kepala Raif melihat sikap adiknya yang tidak habis huru-hara di pagi hari. Entah bila adik bongsunya itu ingin berubah pun tak tahu la.

Makanan yang terhidang di atas meja dipandang.

"Nampaknya aku juga la ni yang kena makan seorang diri? Ada adik pun selalu tak sempat nak breakfast." Kerusi ditarik dan dia mula makan sarapan seorang diri.

Jari telunjuk Aareen ketuk-ketuk pada stereng kereta dengan gelisah. Lampu isyarat yang sedang merah tanda berhenti itu dipandang silih berganti dengan jam di pergelangan tangan.

"Ala traffic light ni pun time macam ni la kau ni merah la apa la. Aku dah la lewat nak masuk kelas ni. Kan kena bebel dengan Prof parah la aku nanti." Rungut Aareen sendiri.

Break kaki dilepas dan tiba-tiba keretanya bergerak ke hadapan. Dan...

Bum!

Tanpa sempat Aareen menekan break, keretanya telah selamat mencium bahagian belakang kereta dihadapan. Aareen kaku ditempatnya kerana terkejut dan semakin resah dia apabila pemandu dihadapan keretanya telah memasang lampu kecemasan dan keluar dari perut kereta. Aareen melihat langkah lelaki itu menghampiri keretanya.

"Ya Allah. Apa yang aku dah buat ni?" Dahi dilekap pada stereng dengan perasaan takut. Habis dia kalau abangnya tahu akan hal ini.

Ketukan pada cermin kereta menambahkan lagi ketakutannya. Wajah diangkat melihat gerangan itu dan perlahan-lahan tangan menekan butang menurunkan cermin kereta.

"Apa masalah?"

Lidah Aareen kelu untuk menjawab soalan dari lelaki yang sedang berdiri di luar keretanya dengan pakaian pejabat. Disebabkan lelaki itu mengenakan kaca mata hitam, Aareen sendiri tidak pasti seperti apa riak wajah lelaki itu.

"Bawa kereta pergi tepi sana. Sekarang." Arah lelaki berkaca mata hitam itu dan terus beredar kembali masuk ke dalam perut kereta.

Terketar-ketar Aareen mengetepikan keretanya ke bahu jalan seperti mana diarahkan lelaki itu. Sekali lagi cermin kereta diketuk bila dia sudah memberhentikan kereta.

"Keluar."

Dengan penuh debaran Aareen membuka pintu kereta untuk keluar. Apa yang dia harus lakukan sekarang? Dia sudah melanggar kereta orang dengan tidak sengaja.

Lelaki dihadapannya sekarang sedang berpeluk tubuh memandang ke arahnya. Seram Aareen rasakan kerana dia bimbang kalau di dimarahi.

Stupid la Areen. Dah namanya kau langgar kereta dia mestilah dia nak marah. Bebel dirinya sendiri. Kalau boleh sekarang juga dia ingin masuk kembali ke dalam kereta dan berpatah balik ke rumah.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang