CYT 11

6.5K 284 17
                                    

PINTU bilik Raif diketuk bertalu-talu mengganggu konsentrasi Raif yang sedang membaca buku yang baru dibelinya tadi petang. Dengan malas dia turun dari katil dan melangkah ke pintu.

Terpancul wajah adiknya yang tersengih setelah pintu dibuka. "Hm nak apa?"

"Abang busy ke?"

"Tak. Tapi Reen dah ganggu abang tengah baca buku tadi. Ada apa ni ketuk bilik abang malam-malam macam ni?" Raif kembali masuk ke dalam dan duduk dihujung katil.

Aareen turut berbuat begitu. "Reen nak cakap sikit dengan abang."

"About what?"

Pipi kanan yang tidak gatal digaru Aareen. Macam mana dia nak cakap eh? Takut juga kalau-kalau abangnya itu mengamuk. Sebenarnya dia ingin memaklumkan kepada abangnya tentang Haiyan yang ingin membawa dia ke rumah lelaki itu. Sejurus itu meminta izin dari Raif.

Pelik Raif melihat Aareen. Tadi kata ada benda nak cakap. Sekarang kenapa pula senyap saja adiknya itu.

"Kata nak cakap dengan abang. Cakap lah apa dia?"

Aareen menukar posisi kedudukkannya dengan menghadap Raif. Kaki kanan disilakan ke atas katil manakala kaki dibiarkan terjuntai.

"Reen nak cakap yang..." Ayat disusun terlebih dahulu biar kata-katanya tidak buat abangnya mengamuk.

Raif masih menanti.

"Reen nak cakap yang lusa Haiyan nak bawa Reen pergi rumah dia." Nafas lega dihela bila dia sudah selesai memberitahu abangnya tentang itu. Kini dia harus menunggu reaksi dari Raif.

Raif diam. Sebenarnya, petang tadi Haiyan menghubungi dia dan telah memaklum kepadanya tentang itu dan dia juga telah memberi kebenaran. Cuma tunggu Aareen yang meminta izin darinya. Ingin juga dia tahu sama ada Aareen berani atau tidak.

"For what?" Suara sengaja ditegaskan.

"Dia nak kenalkan Reen dengan Mama dia." Kali ini Aareen sungguh tidak berani memandang mata abangnya. Perlahan saja menjawab dengan kepala tertunduk sedikit.

"Dah kenapa pula nak kenalkan dengan Mama dia?" Soal dia lagi mahu mengusik Aareen.

Wajah diangkat. Aareen mencebik bersama kerutan didahi. Gementar pula dengan riaksi Raif. Serta merta dia menunduk semula.

Tiba-tiba, tangan Raif naik mengusap kepala Aareen sambil tersenyum. "Abang dah tahu."

Segera Aareen mengangkat wajahnya. Dah tahu? Abangnya dah tahu? Tapi bagaimana?

"Macam mana abang tahu?"

"Haiyan dah minta izin dengan abang tadi." Dengan riak selamba Raif membalas soalan adiknya itu. Tiada apa yang harus dia sorokkan dari Aareen. Aareen memang patut tahu yang dia sering berhubung dengan Haiyan.

Bakal adik ipar kan? Kena la sentiasa berhubung. Cewah! Belum apa-apa dah cop Haiyanbakal adik iparnya.

"Reen tak faham."

"Actually abang dengan Haiyan always keep in touch sejak abang tahu yang Aareen always keluar dengan dia."

"Hah?! Ke... kenapa Reen tak tahu?" Sungguh Aareen hairan. Bila pula abangnya dengan Haiyan berhubung dan dia tidak tahu soal ini. Haiyan juga tidak pernah memberitahu kepada dia.

Aareen dipandang.

"Sebab abang tak nak Haiyan bagitahu Reen. Biarlah rahsia." Dikata terakhir Raif berkata sambil berlagu. "But now, no more secrets. Abang dah bagitahu kan."

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang