CYT 17

5.6K 227 14
                                    

JAM di pergelangan tangan dikerli sekali lagi. Termasuk dengan kali ini, sudah lebih dari lima kali jam itu dikerli oleh Aareen. Pelanggan mula ramai memasuki ke restoran J.Co Donuts & Coffee itu diperhatikan dengan tiada riak pada wajahnya. Dalam setiap pelanggan itu dia sedang mencari seraut wajah yang dinantikan namun tetap tidak ada.

Tangan diletakkan diatas meja dan dagu ditongkatkan berserta dengan keluhan. Orang lain yang janji dia pula yang awal sampai ke sini. Janji Melayu memang tidak boleh pakai.

"Tunggu saya ke?" Aareen kaget dan kaku kerana suara yang amat dia kenali itu kedengaran terlalu rapat pada telinga kirinya. Perlahan-lahan kepala didongakkan memandang Haiyan yang tersenyum kecil seraya menarik kerusi berhadapan dengannya.

Haiyan perasan akan wajah masam Aareen itu. Pasti gadis itu bosan kerana menunggunya dengan lama. Bukan dia sengaja. Tetapi disebabkan ada pesakit yang memerlukan rawatan segera darinya, terpaksa la dia datang berjumpa dengan Aareen lambat sedikit. Kesian pula dia melihat wajah Aareen.

"Kenapa lambat?"

Aareen mula menyoal. Suaranya sengaja dia dinginkan. Acah-acah merajuk. Eh, eh dah pandai. Bidas otaknya.

"Ada patient yang saya perlu handle tadi. Sorry."

Jawapan dari Haiyan, Aareen hanya buat tidak layan saja. Alih-alih alasan yang sama. Handle patient, ada emergency case, traffic jam dan lain-lain. Dan yang tertunggu-tunggu lelaki itu datang, siapa? Dia juga.

Hujung lengan baju Aareen dicuit.

"Sorry okay?" Haiyan merayu di dalam hati agar Aareen tidak merajuk. Bukan kepakaran dia mahu memujuk perempuan. Kerana ketika dia bercinta dan bertunang dulu, Tihani tidak pernah menunjukkan sisi merajuk arwah gadis itu.

"Hm. Awak cakap nak saya temankan cari baju. Jom la." Dalih Aareen. Dia tahu Haiyan tidak akan memujuk dirinya. Bazir waktu saja buat-buat merajuk bagai.

"Jom."

Lalu mereka berdua bergerak keluar dari J.Co Donuts & Coffee dan berjalan bersama menuju ke satu kedai pakaian lelaki. Aareen pada mulanya berasa segan kerana dia tidak pernah memasuk kedai pakaian lelaki bersama orang lain selain dari abangnya saja. Itu pun bukan selalu.

Haiyan yang asyik berjalan masuk ke dalam terhenti kerana dia dapat rasakan Aareen hilang dari sisinya. Terus kepala ditolehkan ke luar kedai pakaian dan melihat Aareen yang tercegat disitu. Langkah kembali menghampiri gadis itu.

"Kenapa berdiri dekat sini? Jom la masuk."

"Saya sebenarnya segan."

"Nak saya heret awak ke?" Berura-ura tangan Haiyan ingin mencapai tangan Aareen.

Pantas sekali Aareen melarikan tangannya. Haiyan dipandang dengan mencerlung.

"Berani awak pegang tangan saya siap awak saya kerjakan." Jelingan maut diberikan. Ada hati nak pegang tangan orang. Tunggu la halal dulu.

Eh, gatal!

Ketawa kecil terlepas dari Haiyan. Dia sengaja berpura-pura mahu memegang tangan padahal dia sendiri tahu akan batas.

"Dah, masuk."

Dengan teragak-agak Aareen melangkah masuk ke dalam serta mengikuti langkah Haiyan. Baju-baju lelaki yang tergantung diperhatinya satu-persatu. Sempat juga matanya mengerli harga pada satu-satu pakaian disitu. Semua harga buat dia cekik darah. Tinggi juga kemahuan lelaki itu.

Haiyan mencapai satu kemeja berwarna biru tua berlengan panjang dan ditunjukkan kepada Aareen yang leka memerhati baju-baju lain.

"Aareen." Panggilnya.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang