SHC 63

730 108 61
                                    

Habis segenap ruang dan penjuru bilik Taehyung selongkar . Namun dia langsung tak temui benda yang dia nak .

" Mana pula pergi benda tu . Hari tu aku letak elok bawah bantal ni. Macam mana boleh takde ? "

Puas berfikir dan mencari , Taehyung intai pula dibawah katil kut-kut terjatuh ke apa .

" Bawah katil takde, habis mana kau hilang ni. Aku tak habis baca lagi tahu tak  ?! "
Taehyung merengus geram lalu memanggil pembantu rumahnya itu untuk naik ke atas.

Beberapa minit kemudian, pembantu rumah Taehyung tiba di kamar Kim Taeha.

" Ye, ada apa Tuan Taehyung ? "

" Bilik ni awak dah kemas ? "

" Sudah , tuan . Tuan nak saya kemas lagi ke ? "

Taehyung memberikan pandangan tajam pada pembantu rumahnya itu, tapi dia cepat-cepat mengawalnya.

Dia tidak biasa memarahi orang dalam rumah ni termasuklah pembantu rumahnya itu yang sudah lama berkhidmat dengan keluarganya.

Dia cuba untuk bersifat tenang macam biasa.

" Bukan, ahjumma. Saya tak suruh kemas pun. Saya nak tanya ahjumma ada nampak buku diari tak bawah bantal ni ? "

" Buku diari ? Tuan Taehyung punya ke ? "

Taehyung menggeleng. Dia duduk diatas katil sambil menghadap pembantu rumahnya itu .

Jari jemarinya bermain dengan cadar yang cantik itu .

" Adalah...milik seseorang. Takkan ahjumma takde nampak ? Kan hari-hari ahjumma kemas bilik ni ? "

" Takde nampaklah, Tuan Taehyung. Ahjumma memang kemas bilik ni hari-hari tapi takde jumpa pun. Ke Tuan Taehyung salah letak mana-mana ? "

Taehyung berfikir sejenak. Dia tak pernah bawa  diari tu keluar dari bilik ni melainkan dia terlupa nak baca di tempat lain. Rasanya dia memang akan simpan dan baca dibilik ini sahaja.

Mana mungkin dia salah letak.

" Selain saya, ahjumma dan appa sahaja kan yang masuk bilik ni ? Atau ada orang lain yang masuk . Ahjumma tahu tak ? "

Ahjumma cuba untuk ingat siapa lagi yang masuk dalam bilik ini, cuma yang ada dalam rumah ni hanya mereka bertiga sahaja.

" Takde , Tuan Taehyung. Memang tak ada. Tuan Kim pun dah lama tak masuk bilik ni. Dia tak berapa larat nak naik tangga. Maaf Tuan Taehyung, nanti ahjumma cuba cari . Mana tahu ada terselit mana-mana. Ahjumma minta maaf sangat. "

Beberapa kali pembantu rumah Taehyung tunduk meminta maaf . Namun Taehyung sempat tersenyum ke arahnya.

Dia hormat akan orang tua itu yang banyak berjasa menjaga makan minum keluarganya. Mana mungkin dia nak marah akan benda yang kecil itu.

" Takpelah, ahjumma. Saya okay je. Takpe, benda dah nak hilang nak buat macam mana. Ahjumma dah siapkan sarapan ? "

" Sudah, tuan . Kejap lagi ahjumma nak panggil kan Tuan Kim . "

" Takpe, biar saya yang pergi panggil appa. Ahjumma turun dulu siapkan makanan. "

" Nae..."

Taehyung sempat memerhatikan lagi andai dia ternampak diari itu terselit dimana-mana. Macam mana boleh hilang ?

***

" Annyeong, selamat pagi semua. "
Dengan cerianya , Jiyoon menyapa semua orang yang berada dimeja makan untuk sarapan pagi bersama.

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Where stories live. Discover now