Bab 27

905 106 6
                                    

"VOILAH!"

Baju kurung berwarna biru dan bawal bertona senada milik Ayra dihamparkan diatas katil mereka. Hari terakhir isterinya menjadi suri rumah sepenuh masa. Minggu hadapan, gadis itu bakal memasuki tahun pertama degree di sebuah Universiti universiti Ternama Malaysia.

Ayra dibelakang menggigit jari. Entah kenapa jantung bagai hendak terkeluar dari kantungnya. Berdebar tengok Farhan hot lain macam bila buat kerja rumah. Selepas makan, terus lelaki itu tawar diri untuk bantu menyiapkan semua tugasan rumah. Bukan bantu, tapi lebih kepada lelaki itu buat seorang manakala dia, disuruh berehat dan berkurung didalam bilik membaca buku, solat dan main telefon.

Macam orang mati pun ada, tengok Farhan baik macam ni. Nak mati dah ke?

Farhan berpaling semula menutup plug seterika. Papan seterika itu dilipat lali disimpan kedalam almari. Senyuman dihulur sebaik kembali menatap wajah cantik isterinya.

"Dok gigit gigit kuku tu kenapa? Ada syaitan tau tak dalam tu" tangan gadis itu dijentik sebelum mengatur langkah mendekati meja kerja atau dalam pada masa yang sama, meja belajar Ayra. Beg putih isterinya itu dibuka dan membuat 'pemeriksaan' terakhir barang barang keperluan hari pertama esok. Macam hari pertama hantar anak ke sekolah.

"Pad dah bawa?" Ayra mencebik. Jari diturunkan lalu dilap pada seluar tidur pijamanya. Farhan dijeling sekilas sebelum menarik begnya jauh dari lelaki itu.

"Sensitif lah bab-bab pad ni!"

Farhan menarik muka sebelum melepaskan tawa dihujung bibir.

"I'm your husband, okay. Jadual period awak pun saya dah hafal" kening dijungkitkan dan menarik semula beg putih dalam pelukan Ayra itu. Apa nak malunya? Sudah hampir sebulan mereka kahwin.

"Ha ha ha. Farhan, don't be so bold please" bahu lelaki itu dilanggar dari tepi. Akhirnya, bahu mereka melekat bersama dan membiarkan sahaja lelaki itu memeriksa isi begnya.

"Ipad ni dah charge? MacBook ni?"

"Saya tak pernah buka pun awak, nak charge apa? Awak kan yang last buka"

"Ouh yeah, I forgot. Let me handle this for a while. Could you please, make me some caffeine?" Berkerut dahi Ayra mendengarkan itu.

"Malam malam? Jangan nak tidur lambat, saya tak kena denda di hari orientation" Farhan ketawa kecil. Punggung dilabuhkan pada kerusi dan MacBook itu dibuka.

"Bolehlah..." Pintanya separuh merayu.

"Iyelah, 'boyfriend' " sempat memerli sebelum berlalu keluar dari bilik.

"I smelled jealousy here!"

"It's not jealousy!" Teriakan dibalas teriakan. Dengusan keluar dari hidung sebaik menghempas pintu bilik mereka.

"Okay...cool down. That's kinda make it more obvious that you're jealous. Oh, Ayra Hijanna. You failed bab-bab sorok perasan depan dia!" Monolognya sendiri. Teringat perbualan antara dia dan Farhan didapur, petang tadi.

"Sayalah... girlfriend awak tu kan?"

Farhan terlihat seperti kaku mendengarkan dia. Lelaki itu berpaling kearahnya seraya menyandar belakang tubuh di kabinet dapur. Tangan kekar itu naik berpeluh tubuh. Wajah itu tampak seperti menyembunyikan sesuatu.

"Apa maksud awak?"

"Tak adalah, cara awan describe dia tu macam nak perli saya, semua sifat dia tu macam kena dengan saya. Awak perli saya eh? Sampai hati" bibir dicebir sambil tangan masih sibuk mengacau kuah carbonara.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now