II

206 17 0
                                    

Jam hampir menunjukkan waktu pulang. Kelas di blok itu ada yang sesetengahnya sedang fokus belajar apabila guru dihadapan manakala ada kelas yang tidak mempunyai guru. Jadi faham-faham je lah kalau takde guru macam mana riuh rendah sesuatu kelas tu

Suasana di dalam kelas Adelia dan Shawara agak tenteram disebabkan kelas mereka adalah dua kelas paling hadapan jadi pemberian tumpuan mereka lain macam sikit. Macam terlebih fokus sksk

Dalam kelas Putri juga agak tenteram namun tidak lah macam kelas Adelia dan Shawara yang terlalu memberi tumpuan

Bagi kelas Layla pula, disebabkan kelasnya bukan lah di antara kelas top three jadi pelajar yang berada di dalam kelas itu tidak semuanya yang memberikan tumpuan mereka terhadap pembelajaran di hadapan. Nasib baik tak bising, kalau tak dah meletup rasanya si Layla tu

Waktu akhir subjek mereka pada petang itu pun berakhir tanda tamatlah pembelajaran mereka pada hari itu. Pelajar-pelajar yang sudah siap-siap mengemas barang sejak dari awal lagi pun bergesa-gesa meninggalkan kelas selepas guru mereka keluar dari kelas

Kini tinggal beberapa orang sahaja pelajar di dalam kelas Putri. Buku-buku dan alat tulis disimpan rapi di dalam beg. Beg dizip lalu disandang selesa. Apabila kaki ingin melangkah keluar dari kelas, salah seorang daripada pelajar yang masih ada di dalam kelas itu menegur Putri

"Hai! Tak dapat nak berkenalan tadi. Saya ketua kelas ni, Amirul" tegur pelajar lelaki itu

"Oh hai. Saya Putri"

"Erm awak dah nak balik ke?"

'Bang soalan awak pun. Dah memang sah-sah lah aku kemas-kemas ni nak balik. Takkan nak bermakam dekat dalam ni pula. Ei soalan pun'

"Ah ye"

"Oh hati-hati ye. Kalau ada apa-apa masalah kelas awak boleh beritahu saya"

"Oh baik. Terim kasih"

Ketua kelas yang bernama Amirul itu mengukir sebaris senyuman ke arah Putri. Putri menunduk sedikit sebelum berjalan keluar dari kelas

"Uwu, hai awek. Saya Iman" Shawara mengajuk perbualan mereka tadi. Putri yang sedar dari tadi menunduk mengangkat kepalanya apabila dijemput oleh rakannya di luar kelas

"Eish jangan lah"

"Halah halah hari pertama masuk sekolah ni dah ada yang berkenan pergh"

"Tak lah kau ni!"

"Hahaha okay-okay. Jom rakan-rakan, papa dah tunggu kita semua" lalu mereka berempat pun berlalu pergi menuju ke pintu pagar. Pelajar-pelajar yang lain pula dilihat menunggu penjaga mereka datang bagi menjemput mereka untuk pulang ke rumah

◌ D̲̅I̲̅ P̲̅E̲̅R̲̅K̲̅A̲̅R̲̅A̲̅N̲̅G̲̅A̲̅N̲̅ R̲̅U̲̅M̲̅A̲̅H̲̅ B̲̅A̲̅N̲̅G̲̅L̲̅O̲̅W̲̅ ◌

"Macam mana sekolah harini?"

"Okay je papa. Biasa lah hari pertama di sekolah baharu kan. Jadi nak kena biasakan diri"

"Ada nampak apa-apa?"

"Takde lagi papa. Sebab masa kami datang sekolah 4 jam sebelum waktu sekolah tamat"

"Oh tak pe lah. Harini kamu berempat rehat saja dulu"

"Baik papa, terima kasih"

Empat orang gadis itu turun daripada kenderaan beroda empat selepas pulang daripada sekolah. Kereta yang membawa mereka pulang hilang daripada pandangan mata. Kaki mereka terus bergerak masuk ke dalam banglow yang megah dibina berdekatan dengan kawasan hutan, agak jauh daripada pandangan mata awam

Pintu dikuak perlahan, salam diberi walaupun tiada siapa di dalam rumah itu selain mereka berempat yang tinggal di sana

"Fuh, takde lah penat mana tapi panas juga harini eh" luah gadis yang telah merebahkan diri di sofa besar yang lembut di ruang tamu

"Cuaca harini tak boleh bawa bincang"

"Macam mana kelas korang? Okay?" Tanya si Adelia setelah meletakkan beberapa tin air bergas di atas meja ruang tamu itu. Satu tin air bergas diambil dan di buka lalu diteguk laju

"Okay je lah, nasib baik takde siapa yang bercakap dengan aku" jawab Layla sebelum mencapai tin air bergas 100 plus "macam mana orang nak bercakap dengan kau kalau muka bengis macam tu"

"Tch, diorang yang takut bukan salah aku" selamber badak saja Layla menjawab begitu

"Putri, yang tegur kau tu tadi siapa?"

"Ketua kelas aku"

"Oh ketua kelas. Dia ada cakap apa-apa?"

"Takde pun. Dia kenalkan diri dia je"

"Oh okay. Papa kata harini kita rehat dulu. Jadi boleh lah berehat ye. Aku naik dulu" Shawara meminta diri untuk naik ke biliknya berehat

"Jom jom aku pun nak naik" Putri mengambil begnya dan bergerak bersama Shawara memasuki pintu lif dan bergerak ke atas

"Kau Layla? Tak nak masuk bilik bersihkan diri?"

"Kejap lagilah aku mengantuk lah pula"

"Okay lah kalau macam tu" baru sahaja Adelia ingin bergerak baik naik ke biliknya, dia dipanggil oleh Layla

"Adelia kejap. Budak yang bercakap dengan Putri tadi, nama dia Amirul kan?" Layla memandang ke arah Adelia yang 5 meter jauh darinya

"Erm seingat aku lah, ya. Kenapa?"

"Tak sebab masa dekat pejabat tadi, aku ternampak dia dalam pejabat. Dekat-dekat dengan kawasan bilik pengetua" terang Layla keliru sebab mengikut peraturan yang ditetapkan sekolah, kawasan bilik pengetua dan bilik guru-guru penyelia adalah dilarang untuk murid masuk sama sekali

"Alah mungkin dia budak nakal kut sampai kena berjumpa dengan pengetua"

"Aku tak rasa macam tu. Okay kau dengar eh, pertama dia budak kelas top three dan pelajar-pelajar daripada kelas tu semua tingkah lakunya yang sangat baik. Kedua, kawasan bilik pengetua tu pelajar-pelajar tak boleh sesuka hati masuk tau kalau ikutkan peraturan sekolah tu. Dan ketiga yang aku curiga, masa dia dah masuk dalam bilik pengetua tu, pada masa tu juga kita semua terdengar bunyi kuat tu dua kali. Macam bunyi sesuatu yang dibuka dan ditutup semula..."

Layla dan Adelia bertentangan mata. Apa yang dikatakan Layla tadi perlahan-lahan mula masuk dek akal..















𝔹𝔼ℝ𝕊𝔸𝕄𝔹𝕌ℕ𝔾!

Jadi macam mana part kalini, okay? Jangan lupa vote dan comment untuk support kami dalam meneruskan penulisan cerita ini! ♡

𝑹𝒂𝒉𝒔𝒊𝒂 4 𝑮𝒂𝒅𝒊𝒔 | 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 [𝐈]Where stories live. Discover now